Thursday, August 4, 2011

perlu lagi ke utk aku tangisi?

aku tak keluarkan perkataan yg buruk mengenai dia.. tapi aku terguris, dia berhajat besar tapi aku membantutkan hajatnya begitu saja...bukan aku tak mau, tapi aku telah fikir sedalamnya dan ini keputusan aku...
mungkinkah dia faham @ mungkinkah dia dapat terima keadaan...atau mungkinkah sebaliknya.. tidak semua yg diperkatakan itu menunjukkan hati yg tersirat dalam diri seseorang..aku tak tau kebenarannya...
teguris aku bila seperti dia tidak dapat menerima kenyataan yg hakiki, makin dalam gurisan itu bila hati aku mengatakan disebalik susunan ayatnya, menyatakan dia seperti menyalahi aku,,

(nak lari dia kejar, nak buat tak tau dia merisaukan.. nak tak nak terpaksa berdepan dengannya..)

jika pilihan dia mau lari, pergilah berlari ke mana saja arah tujunya, tak pernah aku halang malah aku bukan sesiapa utk mengatur gerak geri dia.. mau tidak endahkan aku, dia boleh melakukan begitu kerana itu juga pilihan dia... merisaukan itu akan pergi dibawa arus detikan masa.. untuk berdepan dengan aku, aku tidak pernah memaksa dia utk berhadapan dengan aku... sungguh tidak pernah ada paksaan dari aku terhadap dia...

jalan terbaik telah aku tujukan, menarik rambut di dalam tepung akan aku laksanakan dgn hemah,, tiada tepung akan berselerak dan tak kan aku biar rambut putus di dalamnya...
telah aku serah pada Nya, dan pada dia pula, lakukanlah keinginannya..tiada paksaan kerana semua itu jalan yg dia pilih..

tak kan aku biar mata ini sakit lagi spti mana hati ku sakit dahulu...
salah dia tidak pernah aku pandang kerana pada aku tiada cacat celanya..
salah aku, cuma mampu aku ungkap kata maaf kerana tiada lain yg boleh ku lakukan lagi..