Sunday, May 31, 2015

Detik Lamaran

Alhamdulillah...Allah sebaik-baik perancang.

rancangan untuk kahwin bulan Mac 2015, di lewatkan pada Mei 2015,
akhirnya Insya-Allah tahun 2015 juga majlis akan berlangsung.

rasanya macam baru saja kita berjumpa, berkenalan, berkawan, bertunang..
pengalaman bersama, semua tu tak lapuk tau. 

pernah satu hari aku merajuk sebab activity hiking cancel.. 

secara tak sengaja jugak, activity hiking diganti pada hari lain on the sport.

dalam keadaan merajuk,,hiking sambil membisukan mulut. 
direct 50 minit pertama hike tanpa berhenti,
(walaupun dah nampak gaya don nak rehat)

-masing-masing ego, jadi tak mau berhenti hike-

curi-curi senyum, bila don cuba pujuk dan aku jual mahal. 
-seronok juga main jual mahal ni-

****************************************************
****************************************************

Finally sampai di satu puncak yg view cantik...
sesuai untuk lepak-lepak..

walaupun tengah merajuk..tak kira, nak juga amek gambar berdua sebab view sangat cantik,, sebab sebelum tu banyak view cantik yg aku lepaskan peluang utk bergambar sebab aku masih dalam kondisi merajuk..bukan senang nak hike lagi sebab fizikal don tak mengizinkan. waktu tu juga kami discuss hal merajuk ni..

tak sangka...!!
tak juga aku duga...!!

(perasaan cinta kitorang masih fresh..)

menitik-nitik air mata, entah kenapa,,beribu rasa ada dalam hati ni
yang pasti rasa sangat selamat.

orang yang aku terlalu sayang, rupanya dah ready untuk berkahwin dengan aku.

AKU KIRA:
INI LAMARAN KEDUA DARI DON

lamaran kedua yg tepat pada masanya,
sesuai tempatnya.


-antara minat aku ialah hiking-
gunung pulai, johor.
gambar edit lepas di cerahkan.


-gambar asal jam 6.20 pm-
lagi 1.3 km nak sampai ke puncak, tapi tak di teruskan sebab hari makin gelap & hikers ramai dah mula turun..akhirnya kitorang sampai ke kaki gunung jam 7.40 pm, last hikers yang tertinggal di belakang...kitorang tak boleh turun laju, sebab kaki don dah mula sakit.




************************************************
************************************************

selang beberapa hari, kaki don mula sakit.. pagi2 buta jam 6.30 am, aku dah dekat parking lot depan kilang don.. settle kan interview, lepas tu bawak don ke hospital untuk rawatan.

kesian & rasa serba salah sebabkan aku nak hiking, dia sakit kaki...akhirnya MC 3 hari..
penat juga, tapi tak apa,,puas dapat tolong jaga dia.. & hantar balik kampung dia. 

kesian dekat don, nak berjalan susah, aku tolong tolak kan wheel chair,,tolong papah masuk rumah mak..tapi rasa nya memang happy bila dapat tolong org yg kita sayang




bila sakit macam ni,, tak kira lah sakit apa, tapi bila ada orang tersayang di sisi,,automatik rasa sakit tu berkurangan.. ini namaya KUASA CINTA.  



*****************************************
*****************************************



LAMARAN PERTAMA DARI DON?

-agak tak kena masa nya dan tempatnya.

kali pertama kita keluar (lepas don dah banyak kali cuba ajak keluar)..
di restoran buluh, tengah makan kuey tiaw..beralih makan ais kacang pula

"AWAK, BILA KITA NAK TUNANG?"

soalan tak dilayan. 


*****************************************
*****************************************


Sunday, May 10, 2015

The Job Hunter

Tahap pelajaran setinggi mana zaman sekarang ini, tidak menjaminkan sebarang pekerjaan yg bersesuaian.

Contohnya tak perlu jauh, tengok je pada aku,,,

susah untuk dapatkan keje
susah lagi dapatkan keje yg match dgn qualification masing2


  

  


~kerja di klinik pergigian selama sebulan~


~part-timer di ISK membuat penyediaan kambing golek frozen~


~selespas interview sebagai HR cum Admin Asst di sebuah syarikat oil and gas services~



~selesai interview di kolej YPJ sebagai pensyarah HR~



~diterima bekerja di syarikat lain sebagai HR Exec~







Saturday, May 9, 2015

PRE CONVOCATION BBA (Hons) Human Resource Management

Pernah terdetik di hati... sebak mencari duit, berjimat cermat wang saku..
Baru semester ke-dua, kekangan duit menjadikan aku lemah,,
tak mungkin aku susahkan orang tua aku di kampung,,, 
sedangkan aku terfikir-fikir
entah apa keluarga di kampung makan hari ini
ikan kecik-kecik ke, sardin ke... 

Puasa sunnat... itu langkah untuk menjimatkan duit.
belajar pun lebih mudah kalau kita berpuasa


bahan belajar di utamakan...buku buku dibeli,,
pinjam duit dari kakak... 
sama-sama berpakat tak mengadu masalah kewangan pada mak ayah

masih teringat kawan-kawan bagi semangat
teruskan belajar,
jangan berhenti separuh jalan kerana masalah duit

Alhamdulillah, aku layak menerima biasiswa tajaan JPA


KINI
*********
KINI
*********
KINI
*********

hanya menunggu hari istiadat konvokesyen tiba
setiap permulaan itu, adalah satu kepayahan
survive till the end
never give up 
because, 
the time u want to give up is the time of success in front of you.

UMU NADIAH BINTI JAMALUDDIN
PENERIMA ANUGERAH NAIB CANSELOR
IJAZAH KELAS PERTAMA

IJAZAH SARJANA MUDA (Kepujian) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

UiTM, SHAH ALAM


CREDIT TO:

~my lovely mummy : sulaimi marhaban
~my lovely daddy: jamaluddin daud
~my lovely family: jamaluddin's generation
~my awesome friends

#preconvowiththem#
#3rdmay2015setiacityconventioncentre#



pidah,mun,umu,ella,mazni,wanie,ara