Tuesday, June 25, 2013

Istiqa mohon hujan turun

lepas zohor tadi, Masjid Negara ada buat solat hajat minta turun hujan, alhamdulillah diturunkan jua.

sepakatnya umat islam dalam mencari nikmat tuhan...
seharian kepanasan tinggal di isi perut rumah half apartment ni..
sliding window masih tak dibuka memandangkan jerebu teruk diluar..ni semua akibat aktiviti pembakaran indonesia yang mana dikatakan strategi utk menyubukan tanah tanaman....

tanpa ada had pembakaran, asapnya bersiar di bumi singapura dan malaysia...
keseimbangan bumi tercemar, khalifah menjadi alpa akhirnya derita dengan "kebodohan" sendiri.

terimbas perkongsian pendapat di usia zaman persekolahan...
tidak mustahil selang berapa abad lagi manusia akan berebut2 utk hidup,,disaat itu, yang kaya akan menguasai dunia, dan yang miskin tidak lagi mendapat kebajikan....

hidup dengan hilangnya ekosistem keseimbangan bumi, oxygen terhad...
dan di ketika itu manusia dengan pengaruh besar bersama ringgit dollar yang banyak mampu membeli alat pemberi oxygen.. wow... sampai nak hidup bernafas pun perlu beli oxygen,,? perlu berebut-rebut mendapatkannya?  tak mustahil ada yang sanggup bergaduh dan berbunuh untuk merebutkan oxygen terhad itu,,,mungkin jua ada oxygen buatan manusia & side effectnya lebih teruk...siapa boleh jangkakan??

sekarang kualiti udara merundum...
sekolah dan ipt juga di tutup....
aktiviti harian tergendala... penyakit baru boleh datang bila2 masa... imuniti badan manusia juga tak sekuat zaman nenek moyang kita dahulu... mana tak nya, dihidangkan dengan makanan tak berkhasiat, latihan fizikal pun tak di amalkan...

kesedaran pada diri juga, dihadiahkan tubuh yang sempurna dan bumi yang sesuai utk hidup, sama-samalah menjaga amanah...

jerebu di pasir gudang

pembakaran di Indonesia

macam ni lah imaginasi manusia dan bekas oxygen