Sunday, May 4, 2014

My Engagement Day

The 3rd May 2014, Saturday

sementara menunggu sesi sarung cincin di dalam kamar. 

Ikatan Pertunangan terjalin dengan izin Nya dan restu kedua ibu bapa serta famili dua belah pihak, tahniah diucap kepada tunangan ku Norashidin Bin Abdul Khalil. Perkenalan yang baru menjangkau lebih kurang setahun setengah,,mula menjadi pasangan kekasih pada 3 April 2013 dan bertunang pada 3 May 2014.

Insya Allah dengan ikatan ini, kami  berdua lebih memahami hati pasangan dan keluarga masing-masing. Belajar serba sedikit cara untuk menjadi suami isteri yang soleh dan solehah, menjadi pemimpin dan lebih bertanggungjawab seiring dengan status yang bakal kami peroleh.

Majlis pertunang yang sederhana sudah cukup, dihadirin beberapa famili terdekat, sahabat baik dan jiran berdekatan. Hantaran 7 berbalas 9 dulang dijadikan hadiah untuk pasangan. Terima kasih tunanganku sebab banyak membantu, sedang diri jauh menghadiri kuliah, bie sedia menolong membeli segala barangan hantaran.

9 dulang hantaran dari pihak perempuan kpd pihak lelaki
(1 lagi kek)

- sirih junjung
- songkok & sejadah
- baju melayu
-jeans & urban men
- tuala
- cookies & whoopy pie
- buah
- coklat cadbury
- coklat cake

# semua ni D.I.Y (do it yourself), oleh kerana nak berjimat, aku gubah sendiri bunga merah & kuning dari crepe paper walaupun nampak macam kalung bunga orang india, never mind..yang penting sangat ikhlas. Yang tolong sesi menggubah ni emak, erin (sahabat), kak nana (kak ipar), muna (adik) dan aku sendiri. emak gubah songkok & sejadah + baju melayu, aku gubah jeans & urban men, tuala, cookies & whoopy pie, buah, coklat cadbury + cake..

sesi make up & dressing di andaman liza boutique, pasir gudang. memang dari makcik2, kak sehinggalah aku, kitorang semua percaya dengan liza andaman..harga pon sangat puas hati. make up by friendly staff, zura. 

bersama nyai jumah (nenek) dan tunangan ku Norashidin Khalil. 

Nota isi hati : 3rd May 2014. bersyukur semua berjalan dengan lancar dan tiada halangan. perasaan sangat cantik menjadikan aku malu kerana ramai yang melihat..apatah lagi bilik dikerumuni ramai tetamu sewaktu disarung cincin, ditemani pula dengan 'flash' camera-camera termasuk nikon, canon, samsung, smart phone, tab dll. terkedu jua. beruntung kerana wajah emak ada menemani sewaktu diperhati ramai, juga sahabat yang menemani. dahi dicium pula oleh Hjh Naimah (bakal ibu mertua). selangkah telah di ambil, persiapan dari semasa ke semasa perlu untuk perbaiki diri. Doakan kami semua termasuk keluarga dalam keadaan dilindungi dan dikasihi oleh Nya. love u mum & dad. Assalammualaikum wbt.