Monday, January 13, 2014

we are six, but now we look like 5+1

setelah dipertimbangkan, aku membuat keputusan belajar di peringkat ijazah. bermulalah perjalanan aku dengan kawan-kawan baru di UiTM Puncak Alam.

 
wawa, fatin, mazni, fyqa, umu & ella

kami group besar dalam kelas dengan bilangan 6 orang. from time to time, our relation become strong. tapi sekarang tak berapa nak strong lagi. dah umpama 5+1.  5 ialah mereka & 1 ialah aku. 

we are lack in communication. opss sorry, not we but me. wawa, fyqa & mazni, kami housemate. dan akhirnya aku keluar dari rumah itu. kekurangan komunikasi itu ialah antara aku dan housemate. aku dah berusaha untuk cekalkan hidup di rumah itu kerana kami ialah kawan. kemudian usaha aku terhenti, sebab aku nampak tiada apa lagi yang boleh aku pertahankan lagi jika aku makin tidak di endahkan, makin aku dijadikan seperti orang asing. terkilan aku bila mulut aku bercakap, tapi tiada siapa hirau seolah aku bercakap dengan benda mati. 

umu, fatin & ella
inilah yang ditinggalkan untuk aku berkawan dalam group berenam ini. orang yang neutral. 

keasingan terasa dalam diri aku. terlintas di hati aku, untuk kembali kuatkn semula hubungan berenam ini. tapi umpama 5+1. bila perlu baru menjadi enam, bila tidak perlu hanya menjadi 5. kehadiran aku dan tanpa kehadiran aku kelihatan sama. kadang aku makan hati, tapi demi kerana nilai persahabatan, aku tutupkan sementara jurang ini, aku turunkan sedikit ego dan maruah aku, tetap mencuba berkomunikasi, walau aku tahu hujungnya aku seperti melukut di tepi gantang, tak perlu, dan ianya reality. 

gambar terakhir kami tahun 2013,

nampak macam ok, tapi tak ok pada aku. sah, memang hati aku tercalar. dari terus tercalar baik aku diamkan saja. aku tak mahu lebih sakit hati kalau aku mencuba baikan keadaan tapi aku gagal. sakit rasanya bila diri seperti tiada maruah. sedih rasanya bila berlaku dalam kalangan kawan sendiri. dalam diam aku terus berdoa supaya hubungan kembali pulih dan dilembutkan hati antara kami semua. mengharap jua jika ella n fatin dapat membantu kerana diorang masih rapat dengan exhousemate aku. 

banyak kali juga hati aku sakit, kadang aku rela, kadang aku tak rela, sebab aku masih bernilai kenapa orang perlakukan aku.  mungkin juga sebelum ini aku pernah membuat orang menangis dan sekarang orang membuat aku menangis. bermuhasabah diri. dalam berkawan memang ada persengketaan, sedang lidah lagi tergigit, anak sungai lagikan berubah, ini pula manusia.