Monday, September 10, 2012

Welcome UiTM Puncak Alam



pengajian diploma Pengurusan Pejabat Dan Teknologi  Maklumat di UiTM Kampus Alor Gajah dah pun tamat...tunggu konvo ja bulan november ni...insyalah semuanya baik2..

dah selamat juga daftarkan diri sebagai pelajar Pengurusan Sumber Manusi di bawah fakulti Pengurusan Perniagaan...harap tempoh pengajian tidak lama...sekarang ni semua org nak advance,,tak mau lambat lg...
kalau boleh bljr pun nk cepat abes...

berdoa agar semuanya berjalan lancar...insyalah nak jadi antara pelajar yg terbaik juga...tapi kos ni ramainya pelajar perempuan..waktu daftar tdi pun tak nmpak pelajar lelaki utk kos ni...

actually video ni wat ringkas ja...tak smpt nk wat cantik2...just utk intro...
kawan2 dri kampus melaka dulu pun ramai juga yg study sini..& good luck for them too..

Welcome to UiTM Puncak Alam


pengajian diploma Pengurusan Pejabat Dan Teknologi  Maklumat di UiTM Kampus Alor Gajah dah pun tamat...tunggu konvo ja bulan november ni...insyalah semuanya baik2..

dah selamat juga daftarkan diri sebagai pelajar Pengurusan Sumber Manusi di bawah fakulti Pengurusan Perniagaan...harap tempoh pengajian tidak lama...sekarang ni semua org nak advance,,tak mau lambat lg...
kalau boleh bljr pun nk cepat abes...

berdoa agar semuanya berjalan lancar...insyalah nak jadi antara pelajar yg terbaik juga...tapi kos ni ramainya pelajar perempuan..waktu daftar tdi pun tak nmpak pelajar lelaki utk kos ni...

actually video ni wat ringkas ja...tak smpt nk wat cantik2...just utk intro...
kawan2 dri kampus melaka dulu pun ramai juga yg study sini..& good luck for them too..

Thursday, September 6, 2012

Senyum Itu Indah

bermula kerja di ASM April lalu, aku membawa senyuman ku ke mana saja di banggunan umpama shopping complex itu..mencari rezeki tuhan di bumi persinggahan ini...dengan hasrat senyum sentiasa, aku berharap ia dapat menghapus kedukaan di hati ini..biar duka itu di hati saja, jgn pula di pamer pada yg lain...mengapa hati yg sdg sakit harus berjangkit menyakiti anggota yg lain...

benar kata org, senyum itu indah, boleh mengeratkan hubungan sesama manusia di sekeliling...gembira bekerja di sana...kerana ramai kawan2 yg bersapa dan berbual...katanya aku ibarat tiada masalah,, hari2 memberi sedekah..

sebulan bekerja di sana,, ada yg menggelar aku najwa latif, penyanyi baru tanah air...ada juga yg tertambat hati nya kepada aku..ada yg aku anggap org nya tak lebih dari kawan kerja...dan ada juga seorang yg ku dekatkan dgn hati aku ini...

ternyata bekerja selama 4 bulan di sana, dengan keizinan tuhan dapat aku mengubat luka tertusuk sejak awal 2012...di akui, masih lgi teringat2 pada yg lalu..tapi tidak la aku meraung meronta2 seperti sebelum ini kerana aku harus belajar menerima ketentuan ilahi yang penuh dengan misteri..

aku merelakan kau pergi walau hati ku dulu tidak pernah mampu melepas kau pergi...
dialah yg aku inginkan...dia cinta yg ku dambakan...
aku harus melupakannya,..aku harus memadam rasa...
aku harus membantu diri aku, aku harus memandang masa depan aku...

bantuan dari si pengubat hati, effandi...terima kasih...
kau berjaya membantu aku...mengorak langkah utk kembali bersemangat..tapi aku juga tidak akn pernah lupa pada yg lalu utk di jadikan pengajaran dan agar aku lebih berhati2 mengatur caturan hidup ini...

sedang aku berkawan dgn si pengubat hati...ada insan lain yg ingin bersanggah di hati ini..
hubungan dgn si pengubat hati sebagai sepasang kawan...aku memberi peluang utk insan itu bersanggah di hati aku..
dalam perkenalan, aku lihat insan itu bagai mahu hubungan yg lebih dari berkawan...di susunnya ayat2 cinta, kata2 tulus...jujur ada kalanya aku tertarik pada dia...sikap nya yg langsung tidak hipokrit..atau aku buta kerana memberi tanggapan awak sebelum mengenal lbih lgi...

tersedar memandangkan si pengubat hati tak lena dari membantu aku, aku berterus terang pada insan itu...aku suka pada org lain...bertabur ayat2 berbaur penyesalan dari insan itu...biarlah apa yg ingin ditaburkan pada aku...aku tak marah...kerana aku tak mau apa yang aku alami dulu berpindah malangnya kepada insan itu..aku tidak biarkan insan itu menimpa nasib yg sama dengan ditinggalkan tanpa kata...biarkan aku mengutus kata2 berterus terang...sebelum bumi smakin cepat berputar di paksinya mengelilingi matahari..sebelum hati bertambah harap...kekecewaan tak sabar menanti...

kemudian....di buat pengakuan jujur dari insan itu...
dia juga sebenarnya ada girl friend di kl...tp dia bkwn dgn aku krn dia mahu mencari prmpuan yg lbih baik. dikata mcm2 olehnya...aku dan dia pada paksi yg sama...sedang mencari yg terbaik kerana tak mau lg kecewa seperti dahulu....tp bila aku fikirkan...aku tak mau menyakiti org lain...apa aku ini bagus sgt ka nk mencari yg terbaik...??
si sembur nya aku dengan kata2 dia,,tersentuh pula hati ku dengan masa yg lalu...
biarlah...ku kental kn diri ini...utk ape aku kecundang lgi kerana lelaki...dia tidak mengenali getir2 aku selama ini..tidak kenali siapa diri aku sebenar...yg tahu cuma aku,,,yg alami cuma aku..dan saksi itu tuhan aku...
setiap org ada cara nya sendiri..biarlah mereka dengan cara masing masing..

si pengubat hati juga tidak kurang hebat baik nya...terasa belum puas mengenali diri nya...
siapkah dia sbenarnya...perkenalan yg baru hampir 4 bulan ini...
budinya luhur...pekertinya mulia...itu ungkapan buatnya...kejujurannya berpanjangan...kepercayaannya tak gentar utk aku...

dan kini, aku sudah berhenti kerja...cuma 4 bulan aku bekerja...april hingga ogos... september menanti aku di UiTM Kampus Puncak Alam, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Sumber Manusia)..doa dan restu kedua ibu bapa menjadi tunggak utama... tak kan ku biar cinta menjadi penghalang dan penggugat harapan keluarga ku utk aku berjaya mencorak kehidupan aku...

kepada masa lalu aku,,,aku tak pernah marah pada kau...cuma aku terkilan kenapa kau tinggalkan aku..lenyap tiba tiba...aku terharu...aku tidak lagi menjadikan kau sebagai inspirasi aku kerana ada yg membatasi...tapi aku masih lgi mendoakan kebahagiaan kau...

tuhan memberi aku hati,,dan aku percaya hati itu dikurniakan utk memperoleh kebahagiaan dan ketenangan...skit pun bukan utk di kecewakan atau di simpan kedukaan...tuhan juga memberi aku mulut dan bibir...utk aku menghadiahkan senyuman buat semua... senyuman itu mengukir keindahan...keindahan yg menggembirakan insan lain...senyuman ikhlas dari aku...

Monday, July 2, 2012

Benar Cinta Dunia Itu Punca Derita


Bila aku lihat gambar gadis ini, ku kenal senyumannya.  Dibalik senyuman ini, tersembunyi kedukaan dan kehampaan.  Senyuman riangnya lama sudah kelam.  Doanya agar dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat buatnya.  Cintanya berliku, sayunya ditinggalkan tanpa kata.  Tergamaknya.  Benar cinta dunia itu punca derita.

Wednesday, June 13, 2012

penantianku saban hari

mata ku pejam, mata ku celik, aku hanya terus memandang hp. mencari-cari kalau ada sinaran dari kamu. raut wajah senyum, hati berdebar penuh pengharapan, namun bunyian hp bukan menunjukkan diri mu. terus berharap keadaan reda dengan pantas. mengharap bayangan mu jadi nyata kembali.

pulang kerja, broad band dan lap top yg aku cari. facebook kamu lah menjadi tatapan saya. tiada sebarang info.

tidurku bersama naskah yasin utk menenangkan hati ini. tidurku bersama hiasan di pergelangan tangan pemberian kamu.

hati ku sayu, sungguh pilu. ingin hati ini menjerit meluah rasa kecewa namun hanya batin ku saja yg mengerti. suara ku kaku. sedu sedan. titisan jernih menderas bersama perasaan ini. mulutku hanya menyuarakan : "sedihnya hati aku ni kak, sayu, penuh dengan emosi".

ingin meluahkan rasa kecewa. tapi biarlah perasaan itu lenyap dengan sendiri. usah disentuh lagi perasaan luluh itu. kamu tetap berdiam diri. mana isyarat dari kamu?

"SAYA MENANTI ISYARAT DARI KAMU" barisan ayat itu yg ku tulis di office.

@^&(#J*&$)

lembutnya bibir bertanya, emosi pula yang meronta.
sedang memberi pendapat, di balas pula dengan soalan "ape perasaan kau waktu DIA pergi?"
getir petir pantas menuju ke lubuk hati ini..kenapa kawan aku ni keluarkan pertanyaan yang terlalu tinggi tahap sensitifnya. lidah mula  berbicara semula "segala perasaan wujud hingga sekarang...sakit, terkilan, terharu, rindu macam2, kenapalah macam ni".

ibarat mengeluh,,ibarat tidak dapat menerima takdir...
tapi aku kuatkan semangat ku semula walau kadang air mata masih menjadi peneman tanpa disedari.

apa daya aku..setiap yang berlaku ada rahsianya.
orang yang bersabar itu akan dapat ganjarannya..
aku berpegang pada kata2 itu...tuhan masih menjadi sandaran aku tanpa pemisah.

aku redha dan pasrah.

Tuesday, March 20, 2012

when u're gone

i always needed time on my own
i never thought i'd need you there when i cry
and the days feel like years when i'm alone
and the bed where you lie is made up on your side

when you walk away i count the steps that you take
do you see how much i need you right now

when you're gone
the pieces of my heart are missing you
when you're gone
the face i came to know is missing too
when you're gone
the words i need to hear to always get me through
the day and make it ok
i miss you

i've never felt this way before
everything that i do reminds me of you
and the clothes you left, they lie on the floor
and they smell just like you, i love the things that you do

when you walk away i count the steps that you take
do you see how much i need you right now

when you're gone
the pieces of my heart are missing you
when you're gone
the face i came to know is missing too
when you're gone
the words i need to hear to always get me through
the day and make it ok
i miss you

we were made for each other
out here forever
i know we were, yeah
all i ever wanted was for you to know
everything i'd do, i'd give my heart and soul
i can hardly breathe i need to feel you here with me, yeah

when you're gone
the pieces of my heart are missing you
when you're gone
the face i came to know is missing too
when you're gone
the words i need to hear to always get me through
the day and make it ok
i miss you

jangan di tilik lagi tangan ini

lunch bersama rakan...perut yg berkeroncong terus lena kekenyangan...mata mula menerawang berfantasi mencari kelembutan bantal untuk dijadikan persinggahan sang kepala..wow bestnya...dah makan sampai kenyang then tidur...

sepasang mata menelaah tapak tangan yang kononnya tersimpan beribu makna...kali ini kanan berkaitan "rumah tangga" dan kiri "kesihatan". memang di akui, ada kata laluan di tapak tangan, antara tau dan tidak @ sahih dan palsu.

"AWAK KAHWIN LAMBAT"
"AWAK BANYAK KECEWA, SATU TAHAP HUBUNGAN AWAK MEMANG INTIM TAPI AKAN KECEWA JUGA"
"AKHIRNYA AWAK TETAP JUMPE MR. RIGHT JUGA"

urm..! tak tau nak dirungkaikan macam mana lagi..bukan nak kata percaya atau tahyul, tapi semua ni da ibarat macam iklan untuk telinga saja..cuma satu kajian hasil manusia, hypotesis yang dicipta dari pemikiran, tapi hakikatnya tuhan penentu segalanya.

barisan ayat sudah disusun "saya sudah putus asa". putus asa dengan hiburan dunia yg kadang kilauannya kian bersinar dan kadang malap tidak kelihatan lagi. cita-cita yg dulunya ingin berkahwin awal makin menjunam perlahan2...niat itu masih ada, tapi memandangkan keadaan tidak memberi jalan yang jelas jadi saya hanya mengikut haluan.

rindunya dekat kehidupan dulu...kalau dulu, bila aku ketawa hati aku pun ketawa..berbeza dengan sekarang..raut wajah ceria belum tentu hatinya melonjak keriangan...

Tuesday, February 7, 2012

Barangan Lepas


"barang yang lama usah di kenang"
bile fikir balik, barang yang dimaksudkan tu kenangan.
pada saya barang tak salah apa-apa dan yang salah ialah manusia.
jadi barang ni semua saya dah bungkus elok2..
niat nak di hadiahkan pada murid yatim tak jadi
kerana barangan tu tak boleh dipersalahkan hingga perlu di tukar milik.

saya simpan semua dalam satu almari
bila semua perkara lepas cuma tinggal perkara yang tak bermakna
bila hati dah benar tabah
saya akan menggunakan semula barangan ini.
thanks..

Tuesday, January 24, 2012

Sayu Getaran Jiwa Ini

hari ini hatiku berlagu pilu
walau aku keluar bersama adik beradik ku, namun perasaan itu tetap menjadi bayanganku.
aku melontarkan kata-kata : "sedihlah kak hati aku, sedihlah muna hati aku, sedih" mereka bertanya kenapa, tapi jawapan aku entah. bagaimana hendak aku rungkaikan kepada mereka hal sebenarnya.

kami ke tesco seri alam dan giat plentong, aku mencari perfume brand secret garden. namun tak nampak langsung apa yg aku cari. aku bukan jenis yg suka menggunakan perfume tapi aku gemar dengan bau perfume itu.

hati aku tetap berlagu pilu.
sayu sangat. tersangat sayu mengenang semuanya.

perkara pertama yg saya cuba tiap kali mengakses akaun facebook saya ialah menelaah ruang facebook kamu. tapi. "YA ALLAH" berulang kali ungkapan itu dimantulkan oleh mulut saya. kamu telah BLOCK saya di facebook. saya tau 21 jan lepas saya block kamu, tapi kerana saya terpaksa. Kemudian saya sekadar menukar nama facebook dan UNBLOCK kamu semula. tapi hari ini, kamu BLOCK saya, apa yang terjadi.?

adakah kamu yg lakukan, @ orang lain yg lakukannya?

"saya tiada daya utk lupakannya, saya minta maaf, jika kamu boleh bina hidup baru, saya akan tumpang gembira. tapi jauh di sudut hati saya utk turut bersama kamu semua, berilah saya satu isyarat."

isyarat itu masih lagi tidak kelihatan. tapi apakah dengan UNBLOCK saya sebagai tanda isyaratnya?

kini saya menulis di sini kerana utk menjadi bahan informasi buat kamu. supaya kamu tidak tertanya-tanya. tapi rupanya saya yang diputarkan dengan pelbagai pertanyaan, persoalan yg mendesak satu jawapan kepastian.

benarlah kata eiz, saya perlu BREAK kan keadaan ini buat seketika. novel yg diberi dan buku yg dibeli oleh eiz sebagai cara utk saya break masalah ini sementara waktu memberi ruang buat situasi ini.

redha dan pasrah, ikhlas dan berserah.
saya tetap yakin Tuhan tau segalanya.
pelangi akan tiba selepas guruh menguasai langit,
itulah cara Tuhan buat hambaNya.

saya redha dan pasrah, ikhlas dan berserah.
wasalam.

hanya sebagai informasi kamu

aku berlegar di Pustaka Harris Jusco dan kelibat eiz muncul. katanya aku semakin kurus mungkin kerana perangai ku yg menempah masalah. kami membeli sedikit bahan bacaan. terus pacuan empat rodanya memecut ke center pusat tusyen globalink. mulutnya selamba dan caranya begitu tenang memberi aku motivasi. dia meminjamkan aku 3 buah novel. masa kami tidak terlalu panjang kerana eiz ada meeting. aku dihantar semula ke Jusco.

Menanti syuhadah tiba, ligat akal ku memberi mesej "wayang" dan kaki ku lancar mencari destinasi. pertama kali aku menonton wayang sendirian. dan ini kali pertama aku menonton wayang bentuk 3D.

tekanan aku semakin berkurangan. kata2 yg simple tp penuh mesej dr eiz.

ini kali kedua saya mimpi diri kamu. kamu berada dalam "kesusahan". saya tergamam. tidak tahu mimpi dari tuhan @ mimpi mainan syaitan. kali akhir saya tahu keadaan awk cuma pada 22 jan, dan panggilan pada 21 jan. doa saya agar kamu bahagia dan dipermudahkan urusan oleh Pencipta yg abadi.

"Semua yg berlaku adalah dalam takdir Nya dan setiap takdir Nya memiliki ribuan hikmah."

Amin.

Monday, January 23, 2012

tuhan menguji takkan berhenti

tuhan menguji, takkan berhenti...(inilah barisan lirik lagu siti nurhaliza)
betul barisan ayat itu, kerana Pencipta mahu kita kembali ke padaNya semula di landasan yang benar.

22/1/2012:
terluah segala isi permasalahan ku ini dan alhamdulilah rakan ku menggunakan telinganya mendengar dengan baik. kami keluar bertiga, rupanya aku dibawa ke pusat karaoke. ini bukan kebiasaan aku, tapi mungkin rakan ku mahu membantu aku mengurangkan sedikit beban yang belenggu diriku. setibanya di rumah, kami bersiap pergi ke majlis bacaan yassin. alhamdulilah, jika kita berniat untuk melakukan kebaikan, setapak kita menuju ke arah perubahan yang baik maka sepuluh bantuan akan datang memudahkan urusan kita. insyalah.

23/1/2012
tiada sebarang perancangan utk keluar lagi pun aku tidak diberi banyak kelonggaran utk bersiar di luar. aku diizinkan keluar bersama rakanku semalam (syuhadah). jusco tebrau. arah kami sama. tiba di sana kami ikut haluan sendiri. syuhadah dengan kawannya dan aku pula dengan eiz.

eiz, seorang guru. tidak pernah mengajar aku pendidikan berupa akademik. tapi pendidikan yg diberi adalah berkaitan kehidupan. dia umpama guru, umpama kawan, dan dia juga motivator ku. jika aku di sajikan dengan masalah, dia sedia membantu. cuma kadang masanya terbatas kerana kesibukan dirinya.

nasihatnya tidak panjang berjela, cukup ringkas, padat, tapi mesejnya begitu jelas kepada ku. aku mengerti kenapa ada positif dan negatif. padanya masalah aku cuma kecil, kerana dia telah banyak berhadapan dengan masalah sebelum ini.



kepada mu,

buatlah yang terbaik. saya diberi perumpamaan : "orang dulu nak makan daging lembu terpaksa korbankan seekor lembu. jadi, kita perlu korbankan sesuatu utk mencapai keinginan kita. tapi tak berbaloi jika utk kebahagiaan kamu, banyak hati yg terkorban"

benar,,,kita berada dijalan yg sukar. sesukar apa pun dugaan dan ujian yang dituju pada kita, ia tetap ada penyelesaian. "BUATLAH YANG TERBAIK. TIDAK BERBALOI UTK MENGORBANKAN BANYAK HATI".

saya percaya kepada qada' dan qadar. saya percaya setiap yg terjadi ada rahsianya. Rahsia yg tuhan saja mengetahui. menyesal yg tidak berkesudahan tak memberi makna lagi. manusia di kurniakan akal fikiran yg membezakan dengan makhluk allah yg lain, gunakan akal jgn gunakan hati yg dihasuti syaitan.

saya mendoakan kebahagiaan awak di samping mereka. sampaikan salam saya padanya. dan katakan padanya, saya bersungguh2 meminta maaf pd dia.

saya akan berusaha utk terus berada di jalan menuju keredhaan pencipta.
pintu taubatnya sentiasa terbuka buat hambanya yg ikhlas.

wasalam.

Sunday, January 22, 2012

LAGU UTK KITA

CINTA - MISHA OMAR & JACKLYN VICTOR
Menapak jalan yang menjauh
Tentukan arah yang ku mau
Tempatkan aku pada satu peristiwa
Yang membuat hati lara

Didekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta.... tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata
Tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati
Bagai raga tak bernyawa

Aku..... junjung petuahmu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya dulu berlayar
Kini telah menepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

Didekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya

Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta.... tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata
Tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati
Bagai raga tak bernyawa

Aku..... junjung petuahmu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya dulu berlayar
Kini telah menepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

Bagaimanapun hidup hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan

Cinta...........



SEMUA TENTANG KITA - PETER PAN

waktu terasa semakin kelabu
tinggalkan cerita tentang kita
akan tiada lagi kini tawamu
tuk hapuskan semua sepi di hati

reff: ada cerita tentang aku dan dia
dan kita bersama saat dulu kala
ada cerita tentang masa yang indah
saat kita berduka, saat kita tertawa

teringat di saat kita tertawa bersama
ceritakan semua tentang kita

Keikhlasan hati di tikar sejadah

Sesungguhnya, solatku, ibadahku,hidupku dan matiku adalah kerana allah. Pada Nya jua aku kembali. Allah tidak pernah menutup pintu keampunan buat hambanya yang tersasar.

aku mengakui akan kesalahan aku yang lalu. maafkan saya kerana tak terdaya untuk melupakan kamu. saya telah memudaratkan keadaan. cukup dgn post ini saya ingin kamu tahu bahawa saya menyayangi kamu. akan tetapi saya tetap mendoakan kebahagiaan kamu. dan andai kelak kamu tidak bahagia dan ditinggalkan, kamu datanglah mencari saya, saya akan membahagiakan kamu. dan ketika itu insyalah direstui. tapi jika kamu sedang mekar berbahagia, percayalah saya juga subur dengan kebahagiaan kamu. ingatlah, yang utama ialah kebahagiaan kamu, dan jika kamu tidak menemuinya, maka kebahagiaan kamu adalah bersama saya.

hidup penuh misteri dan kejutan. aku tidak tahu apakah rahsia disebalik ujian tuhan ini. yang pasti dia maha mengetahui segalanya. Berjuanglah untuk kebahagiaan kamu dan jangan ditoleh ke arah saya, jika perjuangan kamu tewas, berpandanglah terus kepada saya.

"berjuanglah"
-khas buat kamu seorang
-ikhlas dari "pencari hidayah"

lagu yang kita suka:
-disaat ku mencintaimu
-kerna ku sayang kamu
-kita hampir ke situ
-percaya pada ku
-tetap bertahan

(terima kasih tak terhingga)
wasalam

Wednesday, January 4, 2012

stop nag

“NAG NAG NAG..U R MORE THAN MY MUM”
Tu la dialog kat komik yg masih aku ingat ayatnya…

Telinga aku ni “nipis“ dengar je benda2 yg tajam, terus parah telinga aku ni..lg parah klu mood aku jdi berkecai... urgh...

Kalau dulu mungkin la kan aku ni blh terima benda tajam ni, tapi sekarang NO!!! Telinga aku dah ckup2 benci semua tu...

“kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa“
Jgn nak terkejut or pura2 terkejut kalau tibe2 aku overcontrol mcm singa liar... sebelum aku jadi mcm tu, baiklah si mulut jahat control mulut diorang dulu...

Pernah tanggan aku ni melekat kat pipi org,,blkg badan,, kaki ni terbang menyepak,,,jadi aku tak nak semua ni jadi semula...

Come on everyone, im not child anymore,, im going to adult phase,,so, just slow talk or i give punishment, just choose the best situation..

come back to school

“mengimbas kembali hari pertama di sekolah”
Topik ringkas itu la yang menjadi bahan bualan di radio “hot fm“ hari ini. Kelakar bila telinga ni dengar desas desus peristiwa pemanggil..

(pemanggil pertama): “hari pertama aku sekolah, nama aku dah naik di pejabat sekolah, kesnye sebab dagu aku koyak jatuh dari meja,,,kisahnya aku dan kawan2 main ultraman waktu rehat, tiba-tiba aku diserang, kawan aku tendang aku dari belakang“

(pemanggil kedua): “aku pergi sekolah jalan kaki, jarak rumah ke sekolah dalam 1-2 km. hari pertama aku sekolah, mak aku pesan selagi tak dengar bunyi loceng jangan balik rumah...bila dah kat sekolah, aku dengar je bunyi loceng aku terus angkat beg n bekal aku, kawan2 aku tak mau balik lagi, diorang tak mau dengar cakap mak diorang, aku pun terus balik, mungkin cikgu sibuk sangat jadi diorang pun tak tahan aku balik..sampai rumah je bapak aku tanya kenapa balik awal sangat baru pukul 10, ’loceng dah bunyi, mak kata dengar loceng baru boleh balik’, rupanya tu loceng rehat...“

Rancangan TV3, Malaysia Hari Ini (MHI) pun dengan topic yang lebih kurang sama, sorang pengacara wanita cakap “anak2 sekarang diberi belanja yg mewah“ bila fitri tanya pada wanita tu diberi berapa wang belanja, jawapannya RM1.50. FUH! Dia pun mewah jugak lah..cube bayangkan..dulu2 aku sekolah rendah hanya bawa RM1 sehari, siap boleh menabung, ni pengacara tu RM1.50, dibandingkan usia dia dan aku masih jauh lagi jarak usianya. Duit belanja aku di sek menengah plak RM2.

Tapi bila aku tengok adik2 aku sekarang ni,,memang diorang mewah... sek rendah dapat RM2, kadang2 tak cukup sampai mintak tambah lagi.. amboi... yang laki sek men pun mewah juga,,bile aku cakap diorang kene kurangkan duit belanja, perhh melenting adik2 aku tu... ish ish ish...

Tapi kan,,,kenapa ea aku tak leh ingat hari pertama aku di sekolah...yg aku ingat hari pertama aku di sek men kota masai, n sek tek ert azizah,,,owh mungkin sebab time kat sek rendah aku ada kakak n abang yg sek di tempat yg sama...

Seawal usia 5 tahun aku da mula sekolah...:
Sek 1: tadika bahagia, taman rinting,,,(aku tinggal dengan embah n nyai aku)
Sek 2: sek keb kopok baru,,,(depan je dengan rumah aku)
Sek 3: sek men keb taman kota masai,,
Sek 4: sek men teknik ert azizah,,(jauh sikit kat jb, sek asrama)

Pastu aku sambung ipt:
18 thn: kolej matrikulasi johor (KMJ).. (tak lama, cume sebulan,, sains hayat)
18 thn: uitm alor gajah Melaka,,(dip in office management & technology,, ni tahun terakhir aku)

Tu la serba sedikit aku punye “education background”

Sunday, January 1, 2012

say welcome to 2012...penyeri 2011

ape ade dgn 2012, biasalah semua orang akan impikan sesuatu setiap kali tahun baru menjelma, aku pun akui aku di golongan yg sama,,tak perlulah nk hipokrit kan..semua nye same...

hi 2012, i just hope i will get "hidup yang gembira, tenang, bersemangat dan bermotivasi"

aku suka sangat tengok dia..pada aku dia tetap good looking, senyuman dia, gaya dia...dia memang layak diminati ramai, tapi aku tidaklah begitu tergila-gilakan dia..tapi sebenarnya aku gila jugak kat dia....huhuhu...kerana gilakan dia, aku tau semua setiap gerak gerinya,,,tak pernah aku bosan tengok dia...gerak tari dia, senyuman dia, usikan dia.. cara dia tambat hati, kadang-kadang aku pun terikut dengan gerak kepala dia... dia bukan je boleh wat aku senyum, nangis pun boleh...

dia dia dia...
gilakan dia...
dia romantik...

semalam aku baru je tengok dia... tengok dia dari dekat... dekat sangat...3 jam aku tengok dia di tv3,,
inilah dia..