Sunday, January 22, 2012

Keikhlasan hati di tikar sejadah

Sesungguhnya, solatku, ibadahku,hidupku dan matiku adalah kerana allah. Pada Nya jua aku kembali. Allah tidak pernah menutup pintu keampunan buat hambanya yang tersasar.

aku mengakui akan kesalahan aku yang lalu. maafkan saya kerana tak terdaya untuk melupakan kamu. saya telah memudaratkan keadaan. cukup dgn post ini saya ingin kamu tahu bahawa saya menyayangi kamu. akan tetapi saya tetap mendoakan kebahagiaan kamu. dan andai kelak kamu tidak bahagia dan ditinggalkan, kamu datanglah mencari saya, saya akan membahagiakan kamu. dan ketika itu insyalah direstui. tapi jika kamu sedang mekar berbahagia, percayalah saya juga subur dengan kebahagiaan kamu. ingatlah, yang utama ialah kebahagiaan kamu, dan jika kamu tidak menemuinya, maka kebahagiaan kamu adalah bersama saya.

hidup penuh misteri dan kejutan. aku tidak tahu apakah rahsia disebalik ujian tuhan ini. yang pasti dia maha mengetahui segalanya. Berjuanglah untuk kebahagiaan kamu dan jangan ditoleh ke arah saya, jika perjuangan kamu tewas, berpandanglah terus kepada saya.

"berjuanglah"
-khas buat kamu seorang
-ikhlas dari "pencari hidayah"

lagu yang kita suka:
-disaat ku mencintaimu
-kerna ku sayang kamu
-kita hampir ke situ
-percaya pada ku
-tetap bertahan

(terima kasih tak terhingga)
wasalam

No comments:

Post a Comment