Monday, January 23, 2012

tuhan menguji takkan berhenti

tuhan menguji, takkan berhenti...(inilah barisan lirik lagu siti nurhaliza)
betul barisan ayat itu, kerana Pencipta mahu kita kembali ke padaNya semula di landasan yang benar.

22/1/2012:
terluah segala isi permasalahan ku ini dan alhamdulilah rakan ku menggunakan telinganya mendengar dengan baik. kami keluar bertiga, rupanya aku dibawa ke pusat karaoke. ini bukan kebiasaan aku, tapi mungkin rakan ku mahu membantu aku mengurangkan sedikit beban yang belenggu diriku. setibanya di rumah, kami bersiap pergi ke majlis bacaan yassin. alhamdulilah, jika kita berniat untuk melakukan kebaikan, setapak kita menuju ke arah perubahan yang baik maka sepuluh bantuan akan datang memudahkan urusan kita. insyalah.

23/1/2012
tiada sebarang perancangan utk keluar lagi pun aku tidak diberi banyak kelonggaran utk bersiar di luar. aku diizinkan keluar bersama rakanku semalam (syuhadah). jusco tebrau. arah kami sama. tiba di sana kami ikut haluan sendiri. syuhadah dengan kawannya dan aku pula dengan eiz.

eiz, seorang guru. tidak pernah mengajar aku pendidikan berupa akademik. tapi pendidikan yg diberi adalah berkaitan kehidupan. dia umpama guru, umpama kawan, dan dia juga motivator ku. jika aku di sajikan dengan masalah, dia sedia membantu. cuma kadang masanya terbatas kerana kesibukan dirinya.

nasihatnya tidak panjang berjela, cukup ringkas, padat, tapi mesejnya begitu jelas kepada ku. aku mengerti kenapa ada positif dan negatif. padanya masalah aku cuma kecil, kerana dia telah banyak berhadapan dengan masalah sebelum ini.



kepada mu,

buatlah yang terbaik. saya diberi perumpamaan : "orang dulu nak makan daging lembu terpaksa korbankan seekor lembu. jadi, kita perlu korbankan sesuatu utk mencapai keinginan kita. tapi tak berbaloi jika utk kebahagiaan kamu, banyak hati yg terkorban"

benar,,,kita berada dijalan yg sukar. sesukar apa pun dugaan dan ujian yang dituju pada kita, ia tetap ada penyelesaian. "BUATLAH YANG TERBAIK. TIDAK BERBALOI UTK MENGORBANKAN BANYAK HATI".

saya percaya kepada qada' dan qadar. saya percaya setiap yg terjadi ada rahsianya. Rahsia yg tuhan saja mengetahui. menyesal yg tidak berkesudahan tak memberi makna lagi. manusia di kurniakan akal fikiran yg membezakan dengan makhluk allah yg lain, gunakan akal jgn gunakan hati yg dihasuti syaitan.

saya mendoakan kebahagiaan awak di samping mereka. sampaikan salam saya padanya. dan katakan padanya, saya bersungguh2 meminta maaf pd dia.

saya akan berusaha utk terus berada di jalan menuju keredhaan pencipta.
pintu taubatnya sentiasa terbuka buat hambanya yg ikhlas.

wasalam.

No comments:

Post a Comment