Tuesday, January 24, 2012

hanya sebagai informasi kamu

aku berlegar di Pustaka Harris Jusco dan kelibat eiz muncul. katanya aku semakin kurus mungkin kerana perangai ku yg menempah masalah. kami membeli sedikit bahan bacaan. terus pacuan empat rodanya memecut ke center pusat tusyen globalink. mulutnya selamba dan caranya begitu tenang memberi aku motivasi. dia meminjamkan aku 3 buah novel. masa kami tidak terlalu panjang kerana eiz ada meeting. aku dihantar semula ke Jusco.

Menanti syuhadah tiba, ligat akal ku memberi mesej "wayang" dan kaki ku lancar mencari destinasi. pertama kali aku menonton wayang sendirian. dan ini kali pertama aku menonton wayang bentuk 3D.

tekanan aku semakin berkurangan. kata2 yg simple tp penuh mesej dr eiz.

ini kali kedua saya mimpi diri kamu. kamu berada dalam "kesusahan". saya tergamam. tidak tahu mimpi dari tuhan @ mimpi mainan syaitan. kali akhir saya tahu keadaan awk cuma pada 22 jan, dan panggilan pada 21 jan. doa saya agar kamu bahagia dan dipermudahkan urusan oleh Pencipta yg abadi.

"Semua yg berlaku adalah dalam takdir Nya dan setiap takdir Nya memiliki ribuan hikmah."

Amin.

No comments:

Post a Comment