Tuesday, January 24, 2012

Sayu Getaran Jiwa Ini

hari ini hatiku berlagu pilu
walau aku keluar bersama adik beradik ku, namun perasaan itu tetap menjadi bayanganku.
aku melontarkan kata-kata : "sedihlah kak hati aku, sedihlah muna hati aku, sedih" mereka bertanya kenapa, tapi jawapan aku entah. bagaimana hendak aku rungkaikan kepada mereka hal sebenarnya.

kami ke tesco seri alam dan giat plentong, aku mencari perfume brand secret garden. namun tak nampak langsung apa yg aku cari. aku bukan jenis yg suka menggunakan perfume tapi aku gemar dengan bau perfume itu.

hati aku tetap berlagu pilu.
sayu sangat. tersangat sayu mengenang semuanya.

perkara pertama yg saya cuba tiap kali mengakses akaun facebook saya ialah menelaah ruang facebook kamu. tapi. "YA ALLAH" berulang kali ungkapan itu dimantulkan oleh mulut saya. kamu telah BLOCK saya di facebook. saya tau 21 jan lepas saya block kamu, tapi kerana saya terpaksa. Kemudian saya sekadar menukar nama facebook dan UNBLOCK kamu semula. tapi hari ini, kamu BLOCK saya, apa yang terjadi.?

adakah kamu yg lakukan, @ orang lain yg lakukannya?

"saya tiada daya utk lupakannya, saya minta maaf, jika kamu boleh bina hidup baru, saya akan tumpang gembira. tapi jauh di sudut hati saya utk turut bersama kamu semua, berilah saya satu isyarat."

isyarat itu masih lagi tidak kelihatan. tapi apakah dengan UNBLOCK saya sebagai tanda isyaratnya?

kini saya menulis di sini kerana utk menjadi bahan informasi buat kamu. supaya kamu tidak tertanya-tanya. tapi rupanya saya yang diputarkan dengan pelbagai pertanyaan, persoalan yg mendesak satu jawapan kepastian.

benarlah kata eiz, saya perlu BREAK kan keadaan ini buat seketika. novel yg diberi dan buku yg dibeli oleh eiz sebagai cara utk saya break masalah ini sementara waktu memberi ruang buat situasi ini.

redha dan pasrah, ikhlas dan berserah.
saya tetap yakin Tuhan tau segalanya.
pelangi akan tiba selepas guruh menguasai langit,
itulah cara Tuhan buat hambaNya.

saya redha dan pasrah, ikhlas dan berserah.
wasalam.

No comments:

Post a Comment