Tuesday, January 24, 2012

Sayu Getaran Jiwa Ini

hari ini hatiku berlagu pilu
walau aku keluar bersama adik beradik ku, namun perasaan itu tetap menjadi bayanganku.
aku melontarkan kata-kata : "sedihlah kak hati aku, sedihlah muna hati aku, sedih" mereka bertanya kenapa, tapi jawapan aku entah. bagaimana hendak aku rungkaikan kepada mereka hal sebenarnya.

kami ke tesco seri alam dan giat plentong, aku mencari perfume brand secret garden. namun tak nampak langsung apa yg aku cari. aku bukan jenis yg suka menggunakan perfume tapi aku gemar dengan bau perfume itu.

hati aku tetap berlagu pilu.
sayu sangat. tersangat sayu mengenang semuanya.

perkara pertama yg saya cuba tiap kali mengakses akaun facebook saya ialah menelaah ruang facebook kamu. tapi. "YA ALLAH" berulang kali ungkapan itu dimantulkan oleh mulut saya. kamu telah BLOCK saya di facebook. saya tau 21 jan lepas saya block kamu, tapi kerana saya terpaksa. Kemudian saya sekadar menukar nama facebook dan UNBLOCK kamu semula. tapi hari ini, kamu BLOCK saya, apa yang terjadi.?

adakah kamu yg lakukan, @ orang lain yg lakukannya?

"saya tiada daya utk lupakannya, saya minta maaf, jika kamu boleh bina hidup baru, saya akan tumpang gembira. tapi jauh di sudut hati saya utk turut bersama kamu semua, berilah saya satu isyarat."

isyarat itu masih lagi tidak kelihatan. tapi apakah dengan UNBLOCK saya sebagai tanda isyaratnya?

kini saya menulis di sini kerana utk menjadi bahan informasi buat kamu. supaya kamu tidak tertanya-tanya. tapi rupanya saya yang diputarkan dengan pelbagai pertanyaan, persoalan yg mendesak satu jawapan kepastian.

benarlah kata eiz, saya perlu BREAK kan keadaan ini buat seketika. novel yg diberi dan buku yg dibeli oleh eiz sebagai cara utk saya break masalah ini sementara waktu memberi ruang buat situasi ini.

redha dan pasrah, ikhlas dan berserah.
saya tetap yakin Tuhan tau segalanya.
pelangi akan tiba selepas guruh menguasai langit,
itulah cara Tuhan buat hambaNya.

saya redha dan pasrah, ikhlas dan berserah.
wasalam.

hanya sebagai informasi kamu

aku berlegar di Pustaka Harris Jusco dan kelibat eiz muncul. katanya aku semakin kurus mungkin kerana perangai ku yg menempah masalah. kami membeli sedikit bahan bacaan. terus pacuan empat rodanya memecut ke center pusat tusyen globalink. mulutnya selamba dan caranya begitu tenang memberi aku motivasi. dia meminjamkan aku 3 buah novel. masa kami tidak terlalu panjang kerana eiz ada meeting. aku dihantar semula ke Jusco.

Menanti syuhadah tiba, ligat akal ku memberi mesej "wayang" dan kaki ku lancar mencari destinasi. pertama kali aku menonton wayang sendirian. dan ini kali pertama aku menonton wayang bentuk 3D.

tekanan aku semakin berkurangan. kata2 yg simple tp penuh mesej dr eiz.

ini kali kedua saya mimpi diri kamu. kamu berada dalam "kesusahan". saya tergamam. tidak tahu mimpi dari tuhan @ mimpi mainan syaitan. kali akhir saya tahu keadaan awk cuma pada 22 jan, dan panggilan pada 21 jan. doa saya agar kamu bahagia dan dipermudahkan urusan oleh Pencipta yg abadi.

"Semua yg berlaku adalah dalam takdir Nya dan setiap takdir Nya memiliki ribuan hikmah."

Amin.

Monday, January 23, 2012

tuhan menguji takkan berhenti

tuhan menguji, takkan berhenti...(inilah barisan lirik lagu siti nurhaliza)
betul barisan ayat itu, kerana Pencipta mahu kita kembali ke padaNya semula di landasan yang benar.

22/1/2012:
terluah segala isi permasalahan ku ini dan alhamdulilah rakan ku menggunakan telinganya mendengar dengan baik. kami keluar bertiga, rupanya aku dibawa ke pusat karaoke. ini bukan kebiasaan aku, tapi mungkin rakan ku mahu membantu aku mengurangkan sedikit beban yang belenggu diriku. setibanya di rumah, kami bersiap pergi ke majlis bacaan yassin. alhamdulilah, jika kita berniat untuk melakukan kebaikan, setapak kita menuju ke arah perubahan yang baik maka sepuluh bantuan akan datang memudahkan urusan kita. insyalah.

23/1/2012
tiada sebarang perancangan utk keluar lagi pun aku tidak diberi banyak kelonggaran utk bersiar di luar. aku diizinkan keluar bersama rakanku semalam (syuhadah). jusco tebrau. arah kami sama. tiba di sana kami ikut haluan sendiri. syuhadah dengan kawannya dan aku pula dengan eiz.

eiz, seorang guru. tidak pernah mengajar aku pendidikan berupa akademik. tapi pendidikan yg diberi adalah berkaitan kehidupan. dia umpama guru, umpama kawan, dan dia juga motivator ku. jika aku di sajikan dengan masalah, dia sedia membantu. cuma kadang masanya terbatas kerana kesibukan dirinya.

nasihatnya tidak panjang berjela, cukup ringkas, padat, tapi mesejnya begitu jelas kepada ku. aku mengerti kenapa ada positif dan negatif. padanya masalah aku cuma kecil, kerana dia telah banyak berhadapan dengan masalah sebelum ini.



kepada mu,

buatlah yang terbaik. saya diberi perumpamaan : "orang dulu nak makan daging lembu terpaksa korbankan seekor lembu. jadi, kita perlu korbankan sesuatu utk mencapai keinginan kita. tapi tak berbaloi jika utk kebahagiaan kamu, banyak hati yg terkorban"

benar,,,kita berada dijalan yg sukar. sesukar apa pun dugaan dan ujian yang dituju pada kita, ia tetap ada penyelesaian. "BUATLAH YANG TERBAIK. TIDAK BERBALOI UTK MENGORBANKAN BANYAK HATI".

saya percaya kepada qada' dan qadar. saya percaya setiap yg terjadi ada rahsianya. Rahsia yg tuhan saja mengetahui. menyesal yg tidak berkesudahan tak memberi makna lagi. manusia di kurniakan akal fikiran yg membezakan dengan makhluk allah yg lain, gunakan akal jgn gunakan hati yg dihasuti syaitan.

saya mendoakan kebahagiaan awak di samping mereka. sampaikan salam saya padanya. dan katakan padanya, saya bersungguh2 meminta maaf pd dia.

saya akan berusaha utk terus berada di jalan menuju keredhaan pencipta.
pintu taubatnya sentiasa terbuka buat hambanya yg ikhlas.

wasalam.

Sunday, January 22, 2012

LAGU UTK KITA

CINTA - MISHA OMAR & JACKLYN VICTOR
Menapak jalan yang menjauh
Tentukan arah yang ku mau
Tempatkan aku pada satu peristiwa
Yang membuat hati lara

Didekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta.... tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata
Tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati
Bagai raga tak bernyawa

Aku..... junjung petuahmu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya dulu berlayar
Kini telah menepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

Didekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya

Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta.... tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata
Tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati
Bagai raga tak bernyawa

Aku..... junjung petuahmu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya dulu berlayar
Kini telah menepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

Bagaimanapun hidup hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan

Cinta...........



SEMUA TENTANG KITA - PETER PAN

waktu terasa semakin kelabu
tinggalkan cerita tentang kita
akan tiada lagi kini tawamu
tuk hapuskan semua sepi di hati

reff: ada cerita tentang aku dan dia
dan kita bersama saat dulu kala
ada cerita tentang masa yang indah
saat kita berduka, saat kita tertawa

teringat di saat kita tertawa bersama
ceritakan semua tentang kita

Keikhlasan hati di tikar sejadah

Sesungguhnya, solatku, ibadahku,hidupku dan matiku adalah kerana allah. Pada Nya jua aku kembali. Allah tidak pernah menutup pintu keampunan buat hambanya yang tersasar.

aku mengakui akan kesalahan aku yang lalu. maafkan saya kerana tak terdaya untuk melupakan kamu. saya telah memudaratkan keadaan. cukup dgn post ini saya ingin kamu tahu bahawa saya menyayangi kamu. akan tetapi saya tetap mendoakan kebahagiaan kamu. dan andai kelak kamu tidak bahagia dan ditinggalkan, kamu datanglah mencari saya, saya akan membahagiakan kamu. dan ketika itu insyalah direstui. tapi jika kamu sedang mekar berbahagia, percayalah saya juga subur dengan kebahagiaan kamu. ingatlah, yang utama ialah kebahagiaan kamu, dan jika kamu tidak menemuinya, maka kebahagiaan kamu adalah bersama saya.

hidup penuh misteri dan kejutan. aku tidak tahu apakah rahsia disebalik ujian tuhan ini. yang pasti dia maha mengetahui segalanya. Berjuanglah untuk kebahagiaan kamu dan jangan ditoleh ke arah saya, jika perjuangan kamu tewas, berpandanglah terus kepada saya.

"berjuanglah"
-khas buat kamu seorang
-ikhlas dari "pencari hidayah"

lagu yang kita suka:
-disaat ku mencintaimu
-kerna ku sayang kamu
-kita hampir ke situ
-percaya pada ku
-tetap bertahan

(terima kasih tak terhingga)
wasalam

Wednesday, January 4, 2012

stop nag

“NAG NAG NAG..U R MORE THAN MY MUM”
Tu la dialog kat komik yg masih aku ingat ayatnya…

Telinga aku ni “nipis“ dengar je benda2 yg tajam, terus parah telinga aku ni..lg parah klu mood aku jdi berkecai... urgh...

Kalau dulu mungkin la kan aku ni blh terima benda tajam ni, tapi sekarang NO!!! Telinga aku dah ckup2 benci semua tu...

“kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa“
Jgn nak terkejut or pura2 terkejut kalau tibe2 aku overcontrol mcm singa liar... sebelum aku jadi mcm tu, baiklah si mulut jahat control mulut diorang dulu...

Pernah tanggan aku ni melekat kat pipi org,,blkg badan,, kaki ni terbang menyepak,,,jadi aku tak nak semua ni jadi semula...

Come on everyone, im not child anymore,, im going to adult phase,,so, just slow talk or i give punishment, just choose the best situation..

come back to school

“mengimbas kembali hari pertama di sekolah”
Topik ringkas itu la yang menjadi bahan bualan di radio “hot fm“ hari ini. Kelakar bila telinga ni dengar desas desus peristiwa pemanggil..

(pemanggil pertama): “hari pertama aku sekolah, nama aku dah naik di pejabat sekolah, kesnye sebab dagu aku koyak jatuh dari meja,,,kisahnya aku dan kawan2 main ultraman waktu rehat, tiba-tiba aku diserang, kawan aku tendang aku dari belakang“

(pemanggil kedua): “aku pergi sekolah jalan kaki, jarak rumah ke sekolah dalam 1-2 km. hari pertama aku sekolah, mak aku pesan selagi tak dengar bunyi loceng jangan balik rumah...bila dah kat sekolah, aku dengar je bunyi loceng aku terus angkat beg n bekal aku, kawan2 aku tak mau balik lagi, diorang tak mau dengar cakap mak diorang, aku pun terus balik, mungkin cikgu sibuk sangat jadi diorang pun tak tahan aku balik..sampai rumah je bapak aku tanya kenapa balik awal sangat baru pukul 10, ’loceng dah bunyi, mak kata dengar loceng baru boleh balik’, rupanya tu loceng rehat...“

Rancangan TV3, Malaysia Hari Ini (MHI) pun dengan topic yang lebih kurang sama, sorang pengacara wanita cakap “anak2 sekarang diberi belanja yg mewah“ bila fitri tanya pada wanita tu diberi berapa wang belanja, jawapannya RM1.50. FUH! Dia pun mewah jugak lah..cube bayangkan..dulu2 aku sekolah rendah hanya bawa RM1 sehari, siap boleh menabung, ni pengacara tu RM1.50, dibandingkan usia dia dan aku masih jauh lagi jarak usianya. Duit belanja aku di sek menengah plak RM2.

Tapi bila aku tengok adik2 aku sekarang ni,,memang diorang mewah... sek rendah dapat RM2, kadang2 tak cukup sampai mintak tambah lagi.. amboi... yang laki sek men pun mewah juga,,bile aku cakap diorang kene kurangkan duit belanja, perhh melenting adik2 aku tu... ish ish ish...

Tapi kan,,,kenapa ea aku tak leh ingat hari pertama aku di sekolah...yg aku ingat hari pertama aku di sek men kota masai, n sek tek ert azizah,,,owh mungkin sebab time kat sek rendah aku ada kakak n abang yg sek di tempat yg sama...

Seawal usia 5 tahun aku da mula sekolah...:
Sek 1: tadika bahagia, taman rinting,,,(aku tinggal dengan embah n nyai aku)
Sek 2: sek keb kopok baru,,,(depan je dengan rumah aku)
Sek 3: sek men keb taman kota masai,,
Sek 4: sek men teknik ert azizah,,(jauh sikit kat jb, sek asrama)

Pastu aku sambung ipt:
18 thn: kolej matrikulasi johor (KMJ).. (tak lama, cume sebulan,, sains hayat)
18 thn: uitm alor gajah Melaka,,(dip in office management & technology,, ni tahun terakhir aku)

Tu la serba sedikit aku punye “education background”

Sunday, January 1, 2012

say welcome to 2012...penyeri 2011

ape ade dgn 2012, biasalah semua orang akan impikan sesuatu setiap kali tahun baru menjelma, aku pun akui aku di golongan yg sama,,tak perlulah nk hipokrit kan..semua nye same...

hi 2012, i just hope i will get "hidup yang gembira, tenang, bersemangat dan bermotivasi"

aku suka sangat tengok dia..pada aku dia tetap good looking, senyuman dia, gaya dia...dia memang layak diminati ramai, tapi aku tidaklah begitu tergila-gilakan dia..tapi sebenarnya aku gila jugak kat dia....huhuhu...kerana gilakan dia, aku tau semua setiap gerak gerinya,,,tak pernah aku bosan tengok dia...gerak tari dia, senyuman dia, usikan dia.. cara dia tambat hati, kadang-kadang aku pun terikut dengan gerak kepala dia... dia bukan je boleh wat aku senyum, nangis pun boleh...

dia dia dia...
gilakan dia...
dia romantik...

semalam aku baru je tengok dia... tengok dia dari dekat... dekat sangat...3 jam aku tengok dia di tv3,,
inilah dia..