Sunday, August 24, 2014

Projek Dapur

Macam pelikan. Dulu aku lah orang yg sekeras-kerasnya tak mahu masak. Bukannya ape, cuma aku tak suka leteran mak, ayah & kakak. Suke membandingkan aku dengan kakak yg pandai masak. Adoi.. sakit kepala. Bila makin besar, makin ade rasa tanggungjawab. Setiap kali cuti sem, aku masak kat rumah. Yelah, walaupun aku sanggup tak makan sebab tak suke masak, tapi tak kan nak biarkan adik-adik kebulur.

By the time aku pandai memasak. Ok ape masak ni. Tapi bersyarat. Aku tak suka kalau masak ade orang lain. Orang macam aku ni pattern telinga nipis. Baik hati happy tenang ikhlas nak masak, pastu org dok potpet potpet complaint, terus tak seronok masak. Baik tak payah masakan.

Nak jadikan cerita, antara favourite dessert aku ialah BUBUR PULUT HITAM. 

Rasanya dah banyak kali aku request kat mak nak mak tolong masakan bubur pulut hitam ni. Tapi tak juga dapat. Biasalah, banyak sangat karenah aku nak dilayannya. 

Geram tengok beras pulut hitam kat MYDIN (setelah banyak kali berulang alik beli lauk), aku beli. Sudahnya jadi juga bubur pulut hitam. Dari sukatan secawan, dapat seperiuk hasilnya. Betulah kata orang, seronok kalau kita masak ni, lagi seronok kalau kita tengok orang kenyang makan masakan kita. Alahai, rasa bahagianya buat perut orang berisi dengan masakan air tangan kita.

LAGI SATU HAL

aku memang cukup pantang kalau orang sebuk nak tegur aku itu ini. Means "macam aku ni teruk sangat" jadi seorang perempuan yang tak tau masak. Eh HELLO..! Actually aku ni pandai masak, tak lah pandai & hebat sesangat kan. Tapi pass! 

Yang aku lagi tak boleh terima kalau ade mulut-mulut yg berbunyi cenggini : "Macam mana lah kau nak kawin ni umu, masak pon tak reti lagi" Eh HELLO..! Org jenis typical tau gini..orang yg cliche. Aku tak rendahkan orang macam ni tau, tapi pada akulah orang macam ni orang yang entah ape-ape. Sakit hati. 

Dalam Islam tak ade pon diberitahu syarat nak kawin kene pandai masak yg perempuan tu. Teruk betul. Kalau perempuan, ade saje!!! Tak ade pulak aku dengan manusia yang dok complaint kat laki cenggini: "Macam mana lah kau nak kawin ni ###, solat pon tinggal-tinggal, tak jadi imam kat masjid". Ha mana yang lagi bagus untuk dipersoalkan.

Tepuk dada tanya iman,
jangan tunding jari kat orang lain saja. 

Well : Cooking is very simple & I love cook with pleasure heart.
-ape english aku ni-

Friday, August 22, 2014

Cover Half Face for Selfie

Kite nak main cak-cak..!
*Auucakk*


Biasenye kite snap pic selfie gune tangan kanan, kali ni tangan kiri pulak lah. Ha nampakan cincin tunang kite. Jam Carlo Rino pink pon nampak. 

MH 17 : 22 August 2014 Malaysia Berkabung


Benarlah jua, Allah Maha Berkuasa. Jika diminta akan Nya untuk terjadi sesuatu (baik @ buruk) tiada apa dapat menghalang.  Siapa sangka Malaysia digemparkan lagi dengan berita sedih, dan berduka cita rakyat apabila Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 ditembak jatuh di Timur Ukraine 17, 17 Julai 2014.

Hiba tragedi nahas MH17 turut dirasai bersama.  Memperdengarkan iklan di mana-mana siaran TV, sebak hati.

#MH17 Dalam Ingatan#
#MalaysiaBertafakur#

 Embedded image permalink
Dunia terang menjadi gelita
cahaya indah tiada bergema
keluhan hatiku membawa derita
kini kau juga tak kunjung jelma



Monday, August 18, 2014

Happy is Gembira

Baru lepas meeting dengan advisor for my last semester in degree level. Happy nyerr..! 1st impression pon dah tengok my advisor tu orangnya very simple. Paling tak perfectionist pon dah sangat best tau. Mana tidaknya, untuk buat reseach kan..kalau advisor so perfectionist, alamat challenging tahap tinggi sikit lah kan untuk meet with advisor expectation.


****my research is begin****


*****************************************************
mood research macam di taman bunga ni, 
indah nye buat reseach 

*****************************************************

Tuesday, August 12, 2014

Best nya cuti sem kali ni

cuti sem kali ni memang kejap je (July-August). Sebab musababnye fakulti suh start intern awal sebulan. huh! Bulan puasa kali ni pokok ayah berbuah lagi-lagi manggis..! tapi bila dah abes exam, buah pon dah banyk habis dimakan famili. tingal sikit je utk aku. tak ape, merasa jugak.


*puas makan buah hasil tanaman ayah..! berbuah cepat lagi ye.


*kuih tak buat banyaklah, cuma dua jenis, tat teratai & suji rama-rama. 
macam nak repeat buat lagi je tat teratai ni. sebab sedap, lembut je. mak yang adun, selebihnya aku buat. 
yg sebenarnya mak dah order kuih raya, tu yang mak tak nak buat kuih raya banyak2. 

Internship at WHB

Selepas beraya seminggu, aku terus start intern di WHB (Worldwide Holdings Berhad). Memang rezeki, nak intern di WHB & akhirnya dapat juga placement di WHB tanpa interview. Offer intern dari Panasonic aku lepaskan dan beri peluang tu pada classmate yang belum dapat placement. 

kenapa pilih WHB, sebab:
-dekat dengan rumah, 5 minit je nak sampai tau.
-workers tak ramai sangat around 150, so Insya Allah mudah utk wat theses (kurang sikit pening2 tu)

*building HQ WHB kat sini lah aku intern. worldwide@7 seksyen 7, Shah Alam
allowance RM500.00/month


*Oh syukran, ade tea lady buat kan air every morning and evening.
cakap je nak air ape, nanti sampai. 
thanks tau mak cik. 

Salam Lebaran 2014

Tahun pertama kami sekeluarga beraya tapi tak cukup korum. Abang beraya rumah mertua, kakak beraya bersama suami di tahun pertama Aidilfitri mereka. Kami beraya bersama ayah dan bonda serta 4 beradik. Macam ada kelainan sikit, aku menjadi leader pada adik2, aku lah yang sulung utk tahun ni. Tapi tak ape asalkan tak biarkan ayah dan bonda tidak kesunyian.

Nah gambar Aidilfitri 2014 kami.

*keseluruhan famili yang balik kampung 2014
Generasi Warisan Hj Marhaban 

*Anak-anak dan barisan menantu Jumah Mian lentok ke kiri

*cucu Nyai Jumah Mian
(Sepupu sepapat aku)

*posing ke kiri

*posing ke kanan 

*Cinta nyai Muuaaahhhxx

*ayah bonda dan 4 beradik
Dari hujung pintu depan: ayah, emak, muna, ummi, ummu dan bujang merah faiz.

*Berbaris ikut keluarga untuk sesi bersalaman mohon kemaafan dari yang tua hingga yang muda. 

*tak lupa, saya juga beraya dengan encik tunang
ke Taib Andak, Kulai beraya ke kampung dia. 


My only sista Wedding

Selang sebulan majlis pertunangan aku, satu-satunya kakak aku melangsungkan perkahwinannya dengan Hakimin. Hampir 7 tahun hubungan mereka. Jodoh memihak pada mereka.

Melihat kebahagiaan kakak, aku turut gembira umpama di taman bunga sakura. Tak lama selepas tu, baru wujud perasaan kehilangan dalam hati lembut nurani aku ni. Perasaan kehilangan, kakak tempat aku bergurau senda, bertepuk tampar, mengilai ketawa & bercakaran.

Menitis juga air mata, walau dekat geografi nya, tapi terasa jauh dan jarak besar terlihat. Di pujuk hati ini oleh tunangan ku. Melihat future, aku pula yg akan melalui waktu kebahagiaan itu, Perasaan kehilangan itu sekali lagi mungkin dirasai oleh adik-adik ku yang mana mereka rapat dengan ku...

Nah gambar kahwin kakak nisak..!


*Photo by donphotographer.blogspot.com

Tunangan ku menjadi photographer majlis kakak.

*******************************************************************************
*******************************************************************************

Jom have look at my fiance blog page donphotographer.blogspot.com

Don mula berkecimpung dalam bidang photo sejak 2009. Bergiat aktif dan merupakan ahli photographer Johor. Mempunyai kemahiran professional.  Kelebihan perkhidmatan yang diberikan sesuai kepada pelanggan yang mempunyai budget. 

Sila layari blog page donphotographer.blogspot.com dan tinggalkan comment atau direct contact. Jangan risau, customer tetap dilayan. 

Quality is Our Priority.