Thursday, September 25, 2014

Repost : Don Convocation Ceremony


**********************
kita tak selalu jumpe,
tapi terasa kita semua akrab (rapat)

**********************
 


Monday, September 22, 2014

Tahniah Don - INSTEP 16th Convocation Ceremony


"Mencintai Diri Mu Sepenuh Hati Ku Sayang"

Assalammualaikum En Don, 
Sekalung penghargaan di beri buat pujaan hati (ranking ke 3 - selepas Emak, Ayah & Family) yang secara rasminya bergelar graduan lepasan INSTEP Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Embedded image permalink 
***gambar sekadar hiasan***
-only love you-

Embedded image permalink   Embedded image permalink

Seronoknya kali ini saya sambut Hari Meraikan Graduan INSTEP dengan mak dan ayah awk En Don. Sebenarnya seronok bila kita berkongsi kegembiraan bersama orang lain. Awak layan saya mcm princess sayang. Mak ayah awak dah macam mak ayah saya sendiri, terasa macam rapat sangat hubungan ni. Saya temankan mak awak ke sana ke sini, (nak temankan ayah awak pulak saya kene control lagi sebab lain gender). 

Makan minum saya bukan main awak jaga ye, kalau boleh semua awak nak suap kat mulut saya. Dari hari pertama saya sampai Airport Kuala Terengganu awak dah suapkan sotong celop 2 ekor (besar sangat) untuk saya makan sorang. Mak ayah awak siap cakap "malam ni Umu jadi kucing". huhuhu pulak seafood mmg favourite saya. Habis saya makan - yelah,,uoolls semua dah kenyang makan sebelum amek saya kat airport. 

Embedded image permalink

Embedded image permalink   Embedded image permalink
***sempat berselfie sorang2 dalam flight firefly***
-gile lah, sikit rasa takut utk travel using air way sorang diri x ada pon-
-cara macam dah selalu travel sorang naik flight (sblm ni naik air asia dgn family ke langkawi)-

***itulah orang kata, hebatnya nilai percintaan***


Habis je graduation En Don sesi pagi, terus plan berjalan ke Kuala Terengganu. Ayah ajak balik terus ke homestay, tapi tak kan vacation nak stay rumah kot..so kite berjalan ke Masjid Kristal. Otw balik dari Masjid Kristal, we all singgah Kedai Losong Warisan. Shoping kopok losong kat situ & kopok kering utk bawak balik goreng kat umah.

Memang Terbaiklah Kopok Losong Goreng & Rebus.
Mak En. Don bukan main suke tengok aku berselera makan kopok losong. mana tak nya, kat riba satu bungkus kopok rebus, kat tangan satu bungkus kopok losong goreng. Mulut pulak lepas habis kunyah, aku suap lagi..En Don yang tgah drive tu pon aku asyik nak suap je..nasib baik lah awak pakai baju putih, risau saya kalau sambalnya jatuh kat baju awak.

Embedded image permalink
***malam sebelum nak p airport sempat makan kopok lagi***
-lihatlah, mulut yang dalamnya berisi kopok & ada En Don ajak bergambar-
tembam kot pipi tu.

Nak dijadikan cerita, firefly flight delay 30 minit pulak.. 
& memang rezeki kot, suddenly Iqram Dinzly duduk sebelah seat aku.
Berselfie lagi.

Embedded image permalink
***Iqram tolong amekan gambar***

p/s: jgn jadi kontroversi pulak selfie picture ni. tak ade sebarang hubungan ye. 
I'AM TOTALLY TAKEN BY DON

Friday, September 19, 2014

DIY DON CONVOCATION DAY

Dalam hal bagi hadiah untuk don memang aku sangat hilang akal. Apa tak nya kalau dah don asyik cakap "sayang, tak payah beli hadiah untuk bie, jangan membazir.  kalau sayang bagi hadiah bie jadi pening nak bagi sayang hadiah ape pulak"

nak cakap macam mana lagi kan..nak bagi hadiah tapi di halang-halang. memanglah aku tak mampu nak bagi hadiah yg tip top untuk don macam joran ke, laptop ke, jam tangan ke..agak nya hadiah macam tu la yang dia nak...tapi sebab costing terus cakap tak payah beli hadiah untuk dia. 

kita perempuan kan suke nak bagi itu ini pada kekasih..tak kira apa lah kan.. 
ni dah DIY utk jimat kos.

If tak suke pon tak mengapa. memang kite buat khas utk awak. terpulanglah pada awak macam mane pon kan sebab jadi milik awak.



Embedded image permalink  
***niat hati nak design kan teddy manusia pakai spec tp tak reti***
(i beli kain felt je)

Embedded image permalink

Bx3nvv5ccae4bqo
***bahan ni semua sedia ada kat rumah, i gubah & tak beli ape2 sebab u x nak i membazir***

SELAMAT BERKONVOKESYEN DON

Thursday, September 18, 2014

Perodua Axia Wanna Buy 2014



Alhamdulillah, Insya Allah Perodua Axia Advance akan aku miliki secara hutang. Haruslah hutang, nak cash memang tak mampu lagi.

Flashback kenapa aku nak beli kereta:
  1. Aku tak kan bawa kereta orang lagi, dah fobia dengan minor accident & di marah ayah (bertambah sedih bila ayah cakap "malu mak ayah sebab kau langgar kereta orang")
  2. Aku nak senang bergerak ke mana-mana, tak nak susahkan orang utk hantar ke sana ke sini. Tambahan lagi aku tak boleh bawa motor jauh dari kawasan rumah sebab faktor keselamatan (mak ayah & tunang risau sangat)
  3. Mulanya aku nak gunakan peluang Perodua Skim Graduan. Mula-mula nak amek Viva Auto (murah) tapi viva stop production sebab nak introduce PERODUA AXIA (PCC Produa Compact Car)
  4. Finally emak ayah & tunang tak ada sebarang bantahan (mungkin diorang faham kondisi aku yang fobia driving & dimarah -incident guna kereta orang-) 
Mulanya nak amek Axia G -kira Axia paling basic lah ni yang ada auto. Harga RM35,200. Loan CIMB dah lepas dengan 3.5% interest rate, zero downpayment (tapi bila agreement siap, kene pulak letak RM1k ++ untuk downpayment), monthly RM402 (consistent) untuk 9 tahun. 

(Public Bank pon offer buat loan Axia G ni, zero downpayment)
tapi kisahnya macam tak TELUS sikit lah public bank ni... tak berapa nak tally dengan monthly dia offer RM385 utk 9 tahun dengan 3.5% interest.  

**********************************************
**********************************************

secara tiba-tiba tunang ajak beli Axia Advance pulak. terus aku cakap "i tak mampu nak bayar bulanan tinggi ye, budget i RM400 je monthly". Yg bestnya dia cakap, tak ape u bayar RM400 monthly & balance i bayar..

Axia aku nak beli ni pon sebab aku rasa aku mampu plus ade FRONT SENSOR & banyak aspek lain lagi yang best termasuklah WARNA MEMAINKAN PERANAN "LAVA RED". Overall untuk downpayment aku still mampu bayar lagi. Opkos bile nak amek kete kene letak downpayment + road tax bagai. Ok, still boleh lagi insya Allah.

Btw, macam mana kita nak pon, kita kene doa pada Allah minta dipermudahkan segala urusan. 

exterior
interior & eco-friendly
extra spacious & practical
practical & easy driving

Tuesday, September 9, 2014

Aku si perempuan pencetus masalah

please jangan create problem lagi ye.
please jangan create problem lagi ye
please jangan create problem lagi ye.

banyak jugak la perkataan ni keluar dari mulut orang yang point kan pada aku. faham tak maksudnya. maksudnya di sini "aku ni manusia yang menimbulkan masalah, isu dll yg berkaitan.

tapi rasanya mulut aku ni tak lah keluarkan perkataan :
"please jangan create problem lagi ye"

nampakan kat situ, aku ni orang yang create masalah tapi orang lain tak create masalah.
kadang aku cuma menunjukkan pendapat aku, atau mengekspresikan perasaan aku.  tapi dek kerana penerimaan atau darjah kesefahaman berbeza dan orang tak setuju dengan aku, akhirnya di hujung terdengar :

"please jangan create problem lagi ye"

walau pon aku rasa aku tak cetuskan permasalahan, aku tetap beralah, mengalah... mengalahlah... tak apa pada aku kalau aku mengalah, hati aku ni boleh refresh semula...mula-mula sentap, kemudian hilang sentap tu.

tu juga menyebabkan aku nak berhati-hati dalam percakapan. lebih baik rasa nya kurang kan bercakap. tapi bila aku tak banyak cakap mulalah orang kata aku ni berubah...tak suka dengan tingkah laku aku macam ni dll. tak ape, aku mengalah.

macam boleh wujudkan equation/formula lah kes aku ni. apa kata aku try wat equation nye.

umu = problem maker

problem maker = mengalah

#umu = problem maker = mengalah.

ok..ape pon ikhlaskan hati...orang yg sabar always have the rewards. jomlah layan lagu "mengalah" sesuai utk orang yg sentap-sentap macam aku ni. memang best sangat bile i dpt title problem maker & best jugak solution nya i mengalah. Ok lah tu, orang yg wat salah, mestilah terima hukuman..hukuman i kene mengalah.

LAYAN SENDIRI DI
SEVENTEEN -SLALU MENGALAH 
http://www.youtube.com/watch?v=FlnytTiBiYA 

ps: i sentap but its ok coz im never mind 

Tuesday, September 2, 2014

Senyum mekar terukir kini, mata bersinar turut dihiasi. Perasaan teruja membuatkan aku berasa seolah-olah baru semalam aku bergelar tunangan seseorang.  Hakikatnya hitam dan putih mataku suka memandang gambar pertunangan itu.  Takkan puas melihat hanya di skrin telefon pintar, skrin komputer peribadi juga dapat memuaskan ibarat memori indah itu sedang berlangsung di kediaman rumah orang tua aku.