Wednesday, September 29, 2010

LETIH LAH...

semalam merupakan antara hari yang agak letih bagi aku.. masih tak cukup rehat ni, tapi kalau di ikutkan kehendak hati je susahlah... kene bangun juga & takut rugi nanti bangun lewat...

awal pagi semalam aku bangun pukul 5:30 pg utk wat kerje yg patut... first amek laptop untuk upload gmbar kat fb buah hati,, sebab dia asyik tanya-tanya gambar mana... kesian dia tunggu lame-lame... tu pun siap upload pukul 8:?? pagi... kul 8:30 pagi aku dah gerak keluar utk wat assigment mandarin (video).. dah dapat kereta terus shooting,, kelakar la rasenye sebab tak menghafal lagi kan, time tu gak kene hafal... banyak lah adegan2 kelakar time wat video tu...

habis wat video tu terasa minyak kereta masih banyak lak.. so (yani, fafau, kak zu dan aku) g ronda-ronda bandar melaka untuk habiskan minyak tu... aku & kak zu tertidur di belakang... pulang kereta jam 2:30 petang, wal hal 2:30 petang tu ade kelas.. masuk kelas lewat sikit.. tertinggal zuhur aku...

pas kelas (aku, ain, nad & marin) singgah pasar dulu untuk beli air, kami dahaga tapi tak lapar pun... aku mula terasa penat, kepala pening & sedikit mual... pening sebab cuaca panas,, penat sebab tak da rehat jap, pas wat video trus masuk klas, mual sebab mkn sata...

siap-siap g koko dengan sya, nad, ain & aku,,, tiba ja di padang kawad kitorang di tahan kerana lambat.. pada hal tak da la lambat pun kitorang ni,,, cuma yg tahan kitorang tu ialah org yg kitorang tak suke..org tu dulu satu klas dgn aku, pengang jawatan juga la... tapi kadang2 agak bangga dengan jawatan dia tu... lantak kau la wey... nak tahan pun tahan la... tapi at the end kitorang di lepaskan gak, tak de pun amek name kitorang...

"ujian fizikal" tajuk utk koko... larian di buat sebanyak 4 kali,,, aku berlari dgn sya, ain & nad.. cuma awal2 je.. pas tu nad dah penat,, aku pimpin tangan nad... berlakon konon2 nad sakit dan tak blh lari jadi jalan je la.. mmg agak lain sikit la tgok nad tu, sebab tangan dia dah warna biru pun... pas abes lari ade wat angkat tubi la tekan tubi la lompat bintang la... baru boleh alek...

badan busuk,, jom mandi wey... toilet betul2 penuh...kitorang pun mandi la kat toilet kan... memandangkan malam nye ade graded test note taking, & kami pun tak wat persiapan lagi utk graded test tu,, mandi cepat2... pastu solat n trus capai note... balik bilik agak lewat kerana ade masalah sikit, sya nak print folder dia yg ilang... naik je kat level sendiri, bacaan yasin pun abes...

ha time ni mcm ade "HOT CHAIR" sikit.. pas abes baca doa yasin, chaq selaku ketua level bercakap sekejap... tup tup.. semua org kenekan dia,, dia di marah, semua benda kecil nak di perbesarkan... pas bersurai, chaq masuk bilik kitorang and menangis.. baru sekarang kitorang nampak dia menangis....

aku sangat letih sebenarnye.. tapi tetap tidur lewat gak...kul 1.20 baru tidur.. alahai,, ingatkan ari ni nak bangun kul 5:30 pagi tapi tak terbangun... huhhuhuh.. (^_^)

Tuesday, September 28, 2010

SENDIRIAN DI DALAM BILIK

Pada : 25 Sept 2010

awal pagi rumate aku dah siap-siap utk ke zoo ikut event student DOMT 4B yang di lancarkan kat zoo. aku nak join sekali, tapi petang ni aku akan gerak ke dungun dan bimbang pula kalau tak sempat alek dari zoo tu tepat pada waktunya, jadi dengan pendapat sya, aku stay dibilik untuk kemas barang dan wat ulangkaji utk test hari isnin,, tambahan pula mata aku ni nampak sembam.

hati aku dah di sakiti dan air mata aku dah habis kebanjiran semalam, jadi aku tak nak ada tangisan utk hari ini lagi.. walau hilang cinta si pemuda, aku masih punya cinta keluarga yang tulus dan ikhlas & aku masih punya cinta ilahi yang kekal abadi. aku siapkan kerja yang patut aku buat.

tapi hati aku terganggu sedikit, jadi aku mencapai telefon dan mendail seseorang utk mendapatkan nasihat agar tidak terus bersedih. dan kemudiannya aku menelefon dia ( DUAN, seorang lelaki yang menyukai aku sekali gus menyayagi aku) dengan tujuan dia boleh memberi aku mood yang lebih baik dan bersemangat. ternyata duan dapat membuat aku mengukir senyuman... thanks duan, lelaki yang cuba mendekati hati aku utk memberikan kasihnya... sewaktu aku kesedihan dulu, aku telah memperluaskan interaksi aku dan mungkin dari situ aku berhubung dengan duan dan akhirnya duan bergelar "BOYFRIEND" aku sejak bulan ramadhan.

aku ke dungun adalah kerana mengikuti lawatan MPP UiTM ke sana, aku ditemani oleh kak zu yang baik hati, kak zu pada mulanya tidak mahu pergi ke dungun tapi memandangkan aku yang ingin ke sana tapi aku tiada peneman jadi kak zu mengambil keputusan utk menemani aku di sana nanti...tapi di sebalik tu, aku ada perancangan lain, aku dah kabarkan kpd duan yang aku telah di ajak oleh seorang MPP utk ke sana dan dia berharap aku menerima tawaran MPP itu kerana dia ingin berjumpa dengan aku dalam waktu terdekat ini. kak zu tahu niat sebenar aku dan kerana itu lah dia menemani aku.

jam 4.3o pm kami bertolak ke UiTM dungun dan tiba di sana jam 12.2o pm. hati aku sekarang sangat bimbang jika matlamat utama aku utk berjumpa duan tidak ke sampaian. aku hanya berharap ada sedikit peluang utk aku bersemuka dengan dia. (^-^)

Monday, September 27, 2010

CINTA MANUSIA

pada : 24 Sept 2010

aku sedang sibuk duduk di meja belajar ku menyiapkan nota CTU untuk di bawa ke dungun esok, bolehlah aku membuat sedikit ulangkaji semasa di sana jika ada sedikit kelapangan. sedang aku menyiapkan kerja ku, tiba-tiba aku terganggu dengan satu mesej yg muncul di skrin telefon bimbit ku.. tercalar sedikit hati ku mendapat kabar dari seorang perempuan.

CINTA & SAYANG

sebenarnya cinta itu boleh membawa kebahagiaan tetapi bila cinta yang datang juga boleh menyakitkan dan memusnahkan. cinta terlalu banyak kepalsuan dan kepalsuan itu memang memedihkan. cinta manusia boleh menjadi seperti embun yang kekalnya tidak lama, apabila matahari membakar diri, embun hilang tiada lagi... dan esok datang kembali, embun tak kan wujud untuk menemani panasnya hari. biarlah apa yang terjadi pada diri aku, aku redha dengannya, aku tau setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, aku tidak kekal dengan dia mungkin aku akan di beri kan seorang putera yang lebih baik untuk membimbing dan memimpin hidup ku di masa akan datang, tak akan aku bertanya kabar tentang kau lagi. cukup luka di hati kau guris.

air mata bercucuran ke pipi tidak dapat aku kawalnya. mata yang molek kian kecil dan membengkak, suara aku tidak kedengaran jelas kerana masih ada sendu tangisnya... aku dalam keadaan sangat sedih, lantas aku pergi mencapai tuala mandi, selesai mandi air sembahyang membersihkan diri aku, ku capai kitab suci Quran untuk ku baca dan menenagkan emosi aku yang sedang di uji. kerja aku di atas meja telah terbengkalai tidak aku hiraukan, kerana membentuk emosi yang baik adalah lebih utama pada waktu itu.

ketiduran aku di atas tilam setelah penat menangisi orang yang menyakiti diri aku. bangun dari tidur, terasa mata ku tidak boleh dibuka seluas hari-hari biasa.. masyaallah kecilnya mata ku ini. aku sedar dari tidur dan aku ingati diri ku lagi, sudahlah jangan menitiskan air mata hanya kerana cinta manusia, kerana cinta manusia tidak kekal sebaliknya cinta Allah itu yang abadi.

about today..

terasa sibuk sangat...banyak perkara yang nak di catit tapi tak ada masa yang cukup... bayangkan, saya tiba di melaka jam 11.30 p.m. hari ahad.. dan hari ini saya ada test CTU pada pukul 10.30 a.m.- 12.30 p.m. tapi masih tak habis membaca dan buat ulangkaji utk test.. angan2 nak bangun jam 5 pagi tapi mcm mana ntah saya blh tidak sedar dan bangun pada pukul 6.30 a.m... mungkin saya terlalu penat sebab baru pulang dari lawatan ke UiTM dungun... selesai menduduki ujian, saya belajar subjek math dan dengan izin pensyarah saya diberi pelepasan awal untuk ke klinik menemani kak zu yang ingin membuat rawatan giginya di alor gajah...

dah berhari-hari tak sempat nak menulis di blog saya ni,,, terasa sibuk sangat.... hari jumaat saya sibuk menyiapkan nota,,, sabtu sibuk untuk pergi lawatan ke dungun.. ahad pula baru pulang ke melaka dan saya masih dalam keadaan letih tambahan ulangkaji pelajaran masih belum selesai,, jadi saya lakukan kerja saya yang lebih utama..

Wednesday, September 22, 2010

SATU PERUBAHAN SERIBU KENANGAN

7:15 a.m. : "ain bangun, nad bangun, sya bangun... kite kene g dewan, bangun la"
8:40 a.m. : "wey dpt breakfast free la" (dah sampai kat dewan bendahara)

pelajar fakulti office managment & technology diberi pengecualian drpd menghadiri kuliah hari in bermula 8:30 pagi hingga 2:30 petang...fuh best nye tak de klas..hahaha...cume ade klas mandarin ja ari ni... SENIOR PART 4 (DOMT 4A) PUNYE EVENT : "SATU PERUBAHAN SERIBU KENANGAN" berkaitan tentang zaman dahulu dan sekarang.. pelbagai pertandingan dijalankan...

awal pagi sedikit ceramah dri Institut Seni Melaka Malaysia (ISMMA) memberi pengenalan tentang dendang sayang, tarian, bla..bla.. dan beberapa persembahan..
tamat acara tu, pertandingan pertama dimulakan... PERTANDINGAN SYAIR... aku sebagai wakil kelas ditugaskan untuk bersyair... aku drpd 4 orang ialah orang pertama yang bersyair di atas pentas.. aku perkenalkan diri dan akhirnya terus bersyair... selepas syair pertandingan pidato dr pelajar sem 2..

12:30 p.m. diteruskan dengan pertandinga baling selipar, memasak, congkak dan batu seremban... aku pun turut melibatkan diri dalam pertandingan batu seremban dengan tujuan bersuka-suka... nadiah, rumate ku bertanding permainan congkak.. sempat aku melihat kawan yang lain bermain baling selipar..wah seronok nye..itulah permainan ku dulu sewaktu kecil... tapi kelakar nya selipar yg digunakan tidak sesuai kerana setiap balingan selipa tidak mengena pada selipar yang telah di susun berdiri... bertambah kelakar apabila kawan ku yang mengambil bahagian dalam pertandingan baling selipar tidak tahu cara sebenar permainan ini... setelah dia meruntuhkan selipar yang disusun, dia pula yang mengambil selipar dan baling selipar pada pihak yang lainnya.. walhal dia sendiri perlu lari menyelamatkan diri daripada di baling dengan selipar oleh pihak lawan... wat ketawa besar ja...

sebelum jam 12:30 p.m. pengacara majlis mengishtiharkan pemenang bagi pertandingan syair dan pidato.. aku tidak mengharap apa-apa.. kerana menjadi adat jika ada yang kalah dan menang... jeng-jeng-jeng... aku menang di tempat kedua pada hari ini.. tidak ku sangka... kerana aku bukan memberi yang terbaik tapi aku sekadar beri apa yang aku mampu... lagi pun persiapan aku tidaklah secukup mana...

assalamualaikum pembuka bicara
menyusun kata meluahkan rasa
puisi di dendang menghibur semua
dari 3A syair bermula

dulunnya aku mendaki bukit
kiniku kerap turun ke parit
hidupku dulu terasa perit
kini hidupku selesa sedikit

syukur aku kepada tuhan
segala usahaku mendapat kemajuan
makan pakai dan tempat kediaman
ternyata sudah dalam keselesaan

tuhan Yang Agung Yang Maha Pemurah
jiwa dan raga ku kepada Mu berserah
bawalahku ke tempat yang indah
di dunia di akhirat tak merasa gelisah


Tuesday, September 21, 2010

HARI-HARI MCM NI KAN BAGUS.. (^-^)

ari ni klas start kul 1.30 p.m. tp kuar bilik dlm kul 10.40 sebab nak wat discussion skit dgn group member speaking... g discuss kat library.. owh perut pun lapar.. tgah hari p makan pau kat cafe... pas mkn je trus nk grak p klas tp tibe2...wey korang kelas cancel la...
ape hal lak cancel?? miss tak sihat wey...

along invite ikut dia p tganu utk visit UiTM tganu... aku pun ikut la (sebab ade makna aku ikut tu..huhuhu..) g blik saila jap, dah lame tak lepak blik dia.. & balik bilik sndiri lak pastu,, siap2 g kokurikulum tibe2 hjan lebat...basah kuyup dibuatnye,,,tp still dtg gak la kat padang kawad..tak da pape aktvti pun, just amek kedatangan ja...

conclusion nye..mcm tak da pape pun ari ni,,, siang tak da klas, koko pun ujan...
wat hal msing2 ja la... tp rase rugi lak klas tgah hari tu (BBM) cancel sebab tak bnyk yg da bljr, mcm ketinggalan ja,, tak lama lg da final exam... aduh!!

Monday, September 20, 2010

seronok nye...

lepas cuti selama 2 minggu, aku kene alek melaka smula..."study".. tapi kali ni aku bukan alek naik bas bersama kawan2... erm EMAK yang antar aku alek melaka... kebetulan ade majlis pertunangan kat negeri sembilan... kan da dekat dgn melaka... kuar rumah awal pagi.. tiba di NILAI tgah hari n trus ke rumah pihak pmpuan utk settle kan uncle aku tunang (cik bayok)... abes je majlis tu lepak jap kat masjid, ktorang agih2 mknn yg di balas pihak pmpuan.... gerak nk balik terasa haus, kami semua p la singgah restoran mamak minum air... area pukul 4 kami semua gerak alek ikut arah dan destinasi masing2... mak anta aku p alek UiTM... akhirnya mak anta gak aku kat univ ni lg... igt kan hnye akan dtg utk pendaftaran masuk dulu2 tu je... ni kali ke dua mak smpai n anta aku kat sini... TQ MUMY.. (^-^)

Sunday, September 12, 2010

RAYA KE 3




"ari ni kite raye rumah sdara mara,,, pakai baju raya pertama.." kata emak.
"tak nak la, baju tu gatal2 tau, lagi2 kat leher tu.." kak mengeluarkan pendapatnya.

"eh.! tadi kata nak kuar raye kul 10 pg, ni da kul 11 pg...lmbt2 nti ade org lain dtg nk raye rumah ni lak..." ayah mula terasa sungguh lama menunggu anak2 daranya bersiap, maklumlah perempuan..

rumah 1 :
rumah jiran, wak yan & cik nor.. fuh ! dah besau gajah pun dpt duit raye lg...alhamdulilah

rumah 2 : rumah cik romziah & wak ali... kelakarnye melihat wajah cik rom,,tak dipakai gigi palsu nampak agak lain skit...

rumah 3 :
rumah wak sudin & cik noo... kat rumah cik sudin ade gak cik aca, fmly cik amad & cik
zila...dah lama tak bermain dgn anak cik zila...cik amad said: baru nmpak ha muke umu nie..maklumlah smlm mlm tak dtg rmh nyai, sebab beraya dgn syuhadah...

rumah 4 :
rumah nyai ndon... dtg2 je nyai ndon tgah duk kat mesin urut ogawa...mak ape lg...
dtg dekat kat nyai ndon... & dpt peluang utk rase diurut guna mesin tu.. 15 minit...
malu gak ni... nyai ndon bagi duit raye..

rumah 5 : rumah wak kucit @ wak juri... mcm raya2 yg sebelum ni, klu dtg ke rumah ni mmg
asyik nak gelak ja.. yalah, isteri nya mengeluarkan kata2 yg kelakar... tahun lepas
bercerita ttg hantu, hari ni pula critanya " pak cik tua ni g smbhyg di masjid, dgr
ceramah, org ceramah kata merokok tu najis.! terus pak cik ni nak berhenti rokok..
bulan puasa dia start berhenti rokok.. tak lame lepas tu isteri nye asyik kene marah ja.
eh mcm tu skali ea klu laki nak berhenti rokok dia marah2 ea...? bukannye ape su,
bila dia berhenti rokok dia jadi lupe gitu... baru kejap letak kunci dah lupe nyanyok
letak kat mne,, habis semuanye dia marah, ye tension isteri dia...
ade sorg budak ni plak dia isap dadah.. bapak dia beli PIL PELALI.. jadi dia dah tak
nak mkn dadah nye... kurus2 juga,,, tak lame lepas mkn pil tu dia terus mampus su,,,
erm macam2 hal.. aku nk cerita kan balik tak la kelakar mane.. sbab aku tak dpt nak
igt setiap kata2 yg kuar dr mulut dia tu..
time dah nak beredar dr rumah tu, dia panggil aku, kakak sini,, ni wak bagi RM2 buat
beli asam kecut... mengekek-ngekek (ketawa) kak aku... jgn dibeli nye gula ye nak ye..
nanti kencing manis... beli asam kecut je,,, hahaha,,,

rumah 6 :
raye rumah wak kona,, jln dia tinggi berbukit... kat rumah wak kona ni lapar la plak..
tibe2 wak kona pelawa mkn nasi,,, yeah! rezeki ni... alhamdulilah.. sodap mkn ayam
kmpg...smbal kicap dia, fuh memang best la sey... amek hujung sudu mcm nk
terangkat ke bumbung...memang syok giler..

rumah 7 :
raye rumah mak ibul skali gus melawat nyai yam.. yam-yam sodap @ ayam,,, jangan
ejek name org..name sebenar nyai yam, kalau tak silap mariam... adik beradik arwah
embah aku...

rumah 8 :
raye rumah nyai salmi lak..kesian kat nyai salmi,, dah uzur sgt tgok keadaan dia...
hari ni dia tidur dr pagi smpai ke petang tak bgun... biasa la org dah tua mmg ada
sakitnye...

trus balik ke rumah.. penat raye dr kul 11 smpai kul 5... kul 6 cik pari pula dtg beraya di rumah..
mlm ayah, mak, kak, aku & muna kluar lg beraya di kota masai... 2 buah rumah...

rumah saila :
tak dpt duk lama pun rumah dia, sebab kami kluar rumah pun hmpir kul 9...
duk kejap kat rumah dia... time balik ja, mak dia bg duit raya... alhamdulilah..
tq mak cik (cik ida)...

rumah imran :
rumah kawan kak nisa time dia bljr di INSPEN dulu... kelakar tgok dia bercerita..
dia bru pas accident di TMN U...
imran da keje, dia bg duit raya kat kami 3 bradik.. tq imran..

maksudnya hari ni kami p beraya dlm 10 buah rumah
bnyk juga tu....alhamdulilah...
sebab pas ni aku da mls nak raya...
maklumlah naik cuti ja ada test,,,
kene study,,
assgmnt pun blm siap lg ni..
WISH ME LUCK BEBEH !!

Saturday, September 11, 2010

MENJELANG HARI RAYA....

HARI RAYA AIDILFITRI YG PERTAMA DI RUMAH NYAI TERSAYAG....










daripada :
keluarga Pn. Jumah (nyai)
& cik aca, cik barak

keluarga En. Jamaluddin & Pn. Sulaimi
(my family)

keluarga En. Sanusi & Pn. Zana
(anak2 : zul, syuhada, aina)

keluarga En. Fattunajib & Pn. Ida
(anak : daniel)

keluarga En. Muhamad Ma'sum & Pn. Yati
(anak : aliya)

Tuesday, September 7, 2010

PAYAH SUNGGUH NAK BAGI TAU


di suatu pagi sedang seorang kakak, adik perempuan & emak di ruang dapur...
kakak tu kak nisa, adik perempuan tu aku, emak tu emak aku...
waktu itu aku sedang mengosok pakaian emak utk pergi ke tempat kerja..
kakak tak habis dgn aktiviti membungkus kuih raya...
emak sibuk mencari telekungnya yang ummi dah guna siang semalam...

aku sedikit mencemburui kakak yang sejak dari dulu diberi "lebih" berbanding aku....sejak zaman kami sama2 bersekolah lagi....

kak : hari tu mak poskan coklat tu dah smpai RM bape belas ntah..
aku : coklat ape mak poskan tu..?
kak : ni la, kurma bersalut coklat tu...
aku : owh... ko ni kan, semuanye ko dapat..aku ni tak de pape pun yg mak poskan...
tak adil lagsung... aku pun jauh gak dr mak, sama2 jauh...tapi tak de lak mak poskan
utk aku... (geram + jealous, sape tak jelous kalau kak dilebih2 kan.. cth lain, mak pernah
datang PERAK utk jalan2 sekali gus lawat kak, tapi aku yg kat melaka ni tak da la pulak
emak nak dtg...pernah dtg pun skali je,,tu pun waktu awal2 masuk UiTM utk
pendaftaran)
kak : kau jelous ea umu?
aku : memang la aku jelous..
kak : nanti aku poskan utk kau ea...
aku : tak payah.. ko tak ikhlas (dlm hati aku nak mak yg poskan, emak bg attention kat aku)
tiba2 ada yg berkata juga..
emak : ala..dia tu ade pakwe umu, nak pos kat pakwe dia kuih tu.. nak jumpe jauh...
nanti bile kau dah ade pakwe kau lak mcm tu...
kak : eleh., emak, umu dah ade pakwe la emak..
emak : betul mu kau da ade pakwe...?
aku : ha'a emak... saya dah ade pakwe...
dia ade hajat,,,nak dtg beraye kat sini.. blh mak?
emak : datang la..tak kan mak nak halau org dtg rumah pulak...
aku : mak, dia dtg nak menginap kat sini sekali... org jauh dtg mak, tak kan nak balik hari pulak
kak : owh,,,jauh... jauh mane tu? south africa ke?
aku : org pantai timur...nak lagi jauh blh,,,south africa lah jauh nye...
emak : hahaha... kalau nak menginap, dia tidur la kat rumah nyai...rumah ni banyak anak dara
la...
aku : okey... dia nak dtg mungkin raya ke 3 tak pun ke 5.. pastu dia nak saya ikut dia balik
kampung sana lak....
huhuhu...
mulanya aku tak tau nak berkata macam mane tntang hasrat dia nak dtg sini
tp bila kak nisa sentuh bab aku da ade pakwe....
(maklumlah pas sahur td dia tgok aku asyik ber'sms' ja)
aku pun terus la masuk line tntg dia nak raya di sini tu...
akhirnya berkata juga aku...

tapi...actually...
dia tak confirm lg utk dtg sini...
dia ckp dia akn usahakan utk dtg sini juga...
kalau dia dah usaha tapi tetap tak dpt dtg...
tak pa la...
lain kali pun boley...
~(^_^)~




Biasiswa Tajaan JPA

aku berharap agar berjaya dapatkan biasiswa tajaan JPA...
mingu lepas aku check status permohonan aku...
"ANDA TIDAK BERJAYA"

bukan rezeki aku kali ini.... permohonan aku di tolak....
kalau dapat biasiswa ni alangkah bersyukurnya aku..
harap rayuan akan dibuka dan aku akan buat rayuan..
utk mendapatkan biasiswa ni bukanlah mudah..
ramai pelajar yang memohon...
saingan sangat hebat...

pointer yg aku kumpulkan selama 2 semester tidak lah begitu teruk
tapi tidak mudah juga utk aku kekalkan dan pertingkatkan...
kerana semakin lama belajar, semakin susah...

kalaulah aku tetap tak dapat biasiswa ini..
aku akan cuba tahun depan, dan berharap sgt..
berharap aku dapat kekalkan pointer aku,,,
insyalah aku akan kekalkannya walaupun
sukar dan sulit dan yg seerti dengannya,,

Monday, September 6, 2010

NIKMATI JUADAH BERBUKA PUASA

wow..sodap nye buka pose kat rumah banding di hostel... hari ni juadah buka puasa bnyk... rumah masak ikan caru bakar..tiba2 ja ayah balik bawa rojak asma..2 polistrin mie goren...erm best la...air karbonat excel...first p mkn rojak,,dah rojak mkn nasi lak...erm pedas sey mkn kicap bercili tue..tak blh bla pedas nye aku mkn nasi putih utk hilangkan rase pedas tue..tak ilang lg...p mkn mie goreng sikit...pelik la, org yg jual mie tu pakai smbal yg manis...tup2 stu tupperware kuih suji cap tong ade atas meja mkn..pe lgi..panjang tangan ni mencapai...fuh!! sodap nye.. dah la kuih tu sikit,, tp p makan bnyk lak... huhu.. kuih tu memang sedap pun..tp klu di tanye resepi nye, ckp je resepi suke hati... ayah cakap: "eh, bnyk ko mkn ni umu.. well, sy ni kuat mkn ayh.. sikit hari lg gemuk la" huhu...puas la bile mkn kat rumah, ye la tmbahan lak ade fmly kan... mkn kat hostel dgn rumate pun ape kurang nye.. sronok gak... air aneka warna & rasa.. bab mkn kadang2 semua menu sama, kadang2 menu beza2... duk bersila kat atas lantai berbuka smpai nk dkat kul 8 baru smua blh bngun dr duduk.. termasuk lah aku.. maklumlah slalu ade kelas malam kan...

pgi2 td p lap tingkap dgn faiz... tgah hari pasang langsir,,, tup2 tersalah pasang lngsir lak.. langsir utk pintu bilik di pasang kat ruang tamu lak.. woi... sat g den kene buka & betul kan alek... keje bnyk kali kan... nasib la der... kuih suji cap tong tu kak nisa & muna yg wat dr mula smpai la habis...thanks yea... sat g gak nk kene wat kuih cornfleks.. popia gulung skit.. wat yg mampu ja la... blh smbung esok gak... tp jgn smpai tak sempat dah la.. raye da nk dekat ni.. tggal 4 ari ja nie... (^-^)...

Sunday, September 5, 2010

jalan2 p cari baju raye...!

ari ni p kuar jalan cari baju raye...at "KIPMART, MASAI"...pening kepala den tgok baju skrg ni...jarang...dah tu banyak colour...trend skrg kan...niat nk p bli baju yg simple tp nmpak cantik...aim baju raye yg aku tak banyak warna tu...dlm almari bnyk pink, purple..jln punye jln,,tapi tak jumpe baju lg...ummi nak baju kebaya...adoi susah nye nak cari baju kebaya utk saiz budak kecik...urh..masuk la satu kedai ni..tak berkenan den....tp dtg kedai tu tuk cri baju ummi...belek2 punye baju, aku rase berkenan skit dah..tbe2 lak MUNA nmpak baju ni ade 4 pasang sme patern same colour...dia sungguh2 gile nak aku, mak n kak nisa beli baju tu...dah la btul2 purple pekat,, tak da corak langsung..." aku tak nak la pakai baju tu..aku da bnyk bju purple la wey." " ala tak pe la kak umu, t kite same..." wey budak sorang ni...geram aku diwat nye... RM35 spasang,,,RM 100 utk 3 pasang...ish!! ummi nye warna biru....mak yg nk warna oren tak jadi lak gara2 muna nie...geram la plak....dah tu kedekut nye owner kedai tu, ktowrg bli 5 psang baju kowt..tak dpt murah lgsung... melayu same melayu pun nak berkira sangat...blh bla la wey...nasib baik mak ade kat situ, kalau mak tak de aku sound owner tu..."KITORANG BELI 5PASANG, JGN LA KEDEKUT SGT KAK OI...BAGI LA DISCOUNT SKIT KERW..."
len kali aku tak nak muna sibuk2 cari baju raye dgn aku....tak suke...!!