Tuesday, October 20, 2015

Terjalin Ikatan Suami Isteri & Dua Buah Keluarga - Pernikahan

Saat sesi ijab qabul perkahwinan.  Tatkala ini aku hanya terfikirkan emak dan ayah.  Wajah emak dan ayah berada dekat di depan mata aku, orang yang telah membesarkan aku. Mereka berwajah bersahaja, tapi siapa tahu apa yang diduga dalam fikiran mereka. 

Terima kasih emak dan ayah. Kaulah kebanggaan aku.




***********************************
Bersalaman dengan :

En. Jamaluddin Bin Daud  &
Pn. Sulaimi Binti Marhaban

***********************************

 

 



 ***********************************
Bersalaman dengan :

Hj Khalil Bin Sabikhan &
Hjh Naimah Binti Wari

***********************************









Terjalin Ikatan Suami Isteri & Dua Buah Keluarga - Sebelum Pernikahan




Siap sudah tujuh dulang hantaran gubahan bertemakan pink purple.
Paling aku suka sangat ialah sirih junjung. tak sangka kali ni sirih jungjung aku awesome sangat. 






Malam sebelum dinikahkan 7 Ogos 2015.  Permintaan emak supaya nikah bertemakan putih suci terlaksana.  Berseri-seri bila semuanya putih.  Ditemani oleh mak andam dan tiga orang photographer khas & bos photographer sendiri yang ambilkan gambar, penghargaan buat Don.

Gambar yang ketiga terselit dalam frame almari tu ada gambar Don, gambar yang digunakan time2 study dulu.. sebelah frame ni frame family utk dijadikan inspirasi berjaya.



*************************************
MY AWESOME BFF
*************************************



Bergambar sambil baring-baring dengan tiga sekawan, 3 dara pingitan





*** tersentuh hati ya sahabat-sahabat ku ***
tiba masa giliran kau pula diperisterikan orang. 





Tarikh Nikah Around Corner

1 Syawal dah sudah... bermakna semakin dekatlah tarikh pernikahan aku.  Semakin kerap aku lambat balik rumah..habis sahaja kerja, ada saja langkah aku ni ke kedai-kedai peralatan hantaran perkahwinan.  Beli bunga lah... tak cukup barang singgah lagi beli sirih lah... riben lah.. kalau boleh aku tak nak beli banyak2 terus sebab tak nak membazir kalau baki barang gubah tak terpakai.

Balik lambat pon ada alasan lain, ke kedai printing tengok design kad kahwin, tengok bunting kahwin... sempat juga aku tolong student untuk order baju event di kedai printing yang sama.

Walaupun orang nampak aku macam busy @ penat, aku tak kesah, yang penting usaha aku ni berbaloi dan aku tak menyusahkan orang lain..banyak urusan aku deal sendiri antaranya :

# hantaran
# kad kahwin & bunting kahwin
# goodies
# pelamin DIY
# makeup
# baju nikah beli (set lelaki dan perempuan)
# baju dress resepsi


Lain-lain ni bantuan emak + ayah + Don

# catering - mak deal
# khemah - ayah deal
# cameraman - don (guna khidmat bos don)





*** satu-satu aku release gambar bila hari yang di nanti makin tiba ***

 


*** bunting simple & vintage concept yang aku nak ***


  

*** timberland di JPO yang dia nak, aku bagi sebagai hantaran, kasih sayang don terhadap aku lebih banyak jika nak bandingkan hanya dengan timberland shoe ***

*** marks & spencer ni dia dapat beli di KLCC kebetulan interview di situ ***

dia memang sesuai beli barangan yang berjenama international, sebabnya saiz tubuh dia tu besar susah nak di cari kalau jenama tempatan.. cuba bayangkan kasut sahaja saiz 12 - 13. 

marks & spencer ni dibeli utk pakai majlis resepsi, daripada tempah baju 1st user (sewa sahaja rm500) disebabkan saiz baju tak ada  baiklah beli sendiri dan boleh dipakai berulangkali.




inilah goodies yang aku, adik-adik & mak ayah buat.  aku design corak tengah, print, then ramai2 gunting dan tampal. Jimat.



*** ini pulak wedding counting day.. hahaha ***



*** berat badan sebelum kahwin ***

Makin dekat dengan hari nikah, aku dapat banyak teguran dari orang sekeliling, katanya aku makin kurus, Don pon agak risau dengan keadaan kurus aku.





Salam Aidilfitri Salam Lebaran

Don't get confuse..!  Aidilfitri jatuh pada 17hb Julai 2015,  Jumaat.

Alhamdulilah masih ditemukan dengan bulan kemenangan umat Islam, bulan Syawal.
Tahun ini kurang kemeriahan hari raya, kakak di kedah tak dapat balik ke johor, kakak ipar pun terpaksa bertugas di hospital dek kerana tanggunggjawab seorang jururawat.

Tahun ini aku menyambut Aidilfitri sebagai seorang anak dara yang berada dibawah tanggungjawab ibu bapa aku, tahun depan  aku beraya sebagai isteri kepada suamiku, insya Allah juga sebagai seorang ibu. Tiba tiba rasa sebak pula, ayah dah menjaga aku dengan sebaiknya selama 24 tahun, dan aku bakal di ambil oleh seorang lelaki lain pula.

(^_^) (^_^) (^_^)

Tahun ni juga aku dah start bagi duit raya pada anak buah dan sepupu2.. Emak ayah, adik2, nenek dan cik rom tetap dapat bahagian masing-masing.  Macam mana pun tetap berjimat, sebab selang beberapa hari, aku akan bernikah dan perlu berjimat. Aku bernikah pada 22 Syawal 1436.


* gambar keluarga raya *

 


 



 




Kembali Update Entry

Sunnah Rasulullah S.A.W tersahut juga.  Kini aku telah di ijab qabulkan menjadi seorang isteri yang sah kepada Norashidin Bin Abdul Khalil.  Perkataan "MISS" telah berubah menjadi "MDM", namun ada juga pelajar2 yang masih tersasul, dan tetap memanggil aku dengan panggilan Miss Umu.

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, aku sudah 4 bulan berkhidmat di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) sebagai seorang pensyarah. Tercapai hasrat ibunda ku yang mahu ada dalam kalangan anaknya menjadi pendidik.  Saham untuk di akhirat katanya.


Entry ni aku nak share berkenaan kerjaya aku di KYPJ & untuk majlis perkahwinan, aku masukan dalam entry yg lain.

Rasanya usaha emak temankan aku hantar borang permohonan kerja di KYPJ ni berbaloi.. doanya harap-harap aku dapat kerja di sini. 

Tugasan sebagai warga pendidik memberi aku banyak pengalaman, seronok..! kerana aku berhadapan dengan pelbagai jenis pelajar (customer), diorang datang dengan karenah yang beribu-ribu. 

Banyak gambar yang dah di ambil bersama mereka.. dah disimpan untuk masukan gambar ni semua dalam blog entry... oh tidak! tiba-tiba gambar hilang sekelip mata. yang tinggal pon tak berapa banyak.

Agak mencabar kerana aku terus mengajar pada hari pertama aku melapor diri.. suara halus aku kedengaran tidak jelas. Melontarkan suara yang lantang, kuat dan jelas merupakan satu cabaran pertama pada permulaan tugas aku di sini di tambah pula sedang menunaikan ibadah berpuasa dibulan Ramadhan.

Mengendalikan EVENT (projek besar) untuk 4 kelas sedikit tekanan kepada aku.  Hari pernikahan semakin hampir, event belum dijalankan, sponsor??? Dengan keizinan Allah, terlaksanalah juga event pelajar aku 7 hari sebelum hari pernikahan.  Sangat bersyukur. 




*** antara baki gambar yang ada  ***