Tuesday, October 20, 2015

Kembali Update Entry

Sunnah Rasulullah S.A.W tersahut juga.  Kini aku telah di ijab qabulkan menjadi seorang isteri yang sah kepada Norashidin Bin Abdul Khalil.  Perkataan "MISS" telah berubah menjadi "MDM", namun ada juga pelajar2 yang masih tersasul, dan tetap memanggil aku dengan panggilan Miss Umu.

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, aku sudah 4 bulan berkhidmat di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) sebagai seorang pensyarah. Tercapai hasrat ibunda ku yang mahu ada dalam kalangan anaknya menjadi pendidik.  Saham untuk di akhirat katanya.


Entry ni aku nak share berkenaan kerjaya aku di KYPJ & untuk majlis perkahwinan, aku masukan dalam entry yg lain.

Rasanya usaha emak temankan aku hantar borang permohonan kerja di KYPJ ni berbaloi.. doanya harap-harap aku dapat kerja di sini. 

Tugasan sebagai warga pendidik memberi aku banyak pengalaman, seronok..! kerana aku berhadapan dengan pelbagai jenis pelajar (customer), diorang datang dengan karenah yang beribu-ribu. 

Banyak gambar yang dah di ambil bersama mereka.. dah disimpan untuk masukan gambar ni semua dalam blog entry... oh tidak! tiba-tiba gambar hilang sekelip mata. yang tinggal pon tak berapa banyak.

Agak mencabar kerana aku terus mengajar pada hari pertama aku melapor diri.. suara halus aku kedengaran tidak jelas. Melontarkan suara yang lantang, kuat dan jelas merupakan satu cabaran pertama pada permulaan tugas aku di sini di tambah pula sedang menunaikan ibadah berpuasa dibulan Ramadhan.

Mengendalikan EVENT (projek besar) untuk 4 kelas sedikit tekanan kepada aku.  Hari pernikahan semakin hampir, event belum dijalankan, sponsor??? Dengan keizinan Allah, terlaksanalah juga event pelajar aku 7 hari sebelum hari pernikahan.  Sangat bersyukur. 




*** antara baki gambar yang ada  ***

                              

No comments:

Post a Comment