Saturday, December 17, 2011

inilah kehidupan

kehidupan..
kadang kala menyebelahi kita, kadang kala menentang kita..
aku tak tau apakah corak kehidupan sebenar aku
jika kini aku katakan hidupku amat bersinar
tapi adakah mana-mana kepastian yg akan menjamin sinaran itu di kehidupan aku seterusnya?

sebentuk hati...
hati nurani
diselaputi pelbagai rahsia
pelbagai aneka perasaan
berbesar hati & berkecil hati sentiasa mengekori kehidupan

aku tidak lagi menghiasi diriku dengan angan fantasi
kerana aku sendiri tidak pasti
yang pasti, aku memang sudah gentar benar dgn..
istilah kekecewaan

ketabahan hati yang aku buntukan
sokongan menjadi hiduan aku
di mana semua itu
kehidupan yang menentukan
kehidupan ciptaan tuhan
sesungguhnya benar DIA mengetahui yang terbaik buat diri ku


Friday, December 2, 2011

after 2 weeks practical

sblum start prctical lg aku dah harap smua nye lancar, dri segi mutu keje, pergaulan, cekap.... tpi rupenye ape yg aku harapkan tu blum jdi kenyataan lg lah... masalah aku ialah aku malu... ni dah 2 mggu keje,, baru ari ni aku mkn dgn kwn keje, sebelum ni mkn dgn mak aku je... ape hal la aku ni malu sgt nk cmpur org ni...?

satu lgi aku benci btul lah, aku ni mcm budak tak tau ape.. come on lah,,aku dah bljr 5 sem kat u, ni dah mase nye prctcal,, aku kene tunjuk kn ape yg aku da bljr slame ni... keje ade je silap, keje lmbat,, aku memang benci... aku bukan nk wat keje silap2 ni,,aku tak moh pun jdi mcm budak tak tau ape... aku mmg nk keje effisyen...

aku takut la bile kak2 kat opis tu menyampah dgn aku,,aku ni keje bwak name uitm,, kene jga nme uitm tu... aku takut gak if effect aku nye pointer sem ni...

aku bermatlamat untuk keje dgn sbaik nye mula minggu ke3 ni.
aku tau masih belum terlambat lg utk aku perbaiki semuanya.
keje aku ialah markah aku & markah aku bergantung pda keje aku.
jdi aku kene keje dgn baik.!

sekian terima kasih.

Tuesday, November 22, 2011

pizza cheesy 7 bite

adik kecik ni name nye "ummi"

pikir jap, nak makan ke tak? maklumlah tak minat cheese


yg ni muna,,, name glamor mcm mcm ada...rahsie senyap2 sudeh


bau dulu cheese nie...urm,,masam lahh!



menarik lah gmbar nie... leleh air liur...



sepi je kan blog ni.. lame doh tak online and create new story...
puas ari ni tgok si adik kecik puas ati ari nie....
bawak si kecik beli buku, kasut...asyik nak kasut je,,pantang aq nak beli kasut baru, kecik tu pun nak juge...

abes2 beli je, bawak kecik tue n muna adik tak kecik tu pergi ngap! ngapp! ngapp..! ngapp kat pizza hut... diorg nk mkn yg cheesy bites 7 tue ha... layann..duit ptptn pun dah masuk...so, ni la time nye utk kuarkan...hehehehe...

lagi pun sem ni just stay at home with family, maklumlah dah start practical, dekat lak dgn umah, satu keje dgn mak... PGEO EDIBLE OILS SDN. BHD. WILMAR.. skrg ni da kerap g mane2 bwak kete,, improve kn diri gitu... ok drive pun mkin chayya lah!!


Thursday, August 4, 2011

perlu lagi ke utk aku tangisi?

aku tak keluarkan perkataan yg buruk mengenai dia.. tapi aku terguris, dia berhajat besar tapi aku membantutkan hajatnya begitu saja...bukan aku tak mau, tapi aku telah fikir sedalamnya dan ini keputusan aku...
mungkinkah dia faham @ mungkinkah dia dapat terima keadaan...atau mungkinkah sebaliknya.. tidak semua yg diperkatakan itu menunjukkan hati yg tersirat dalam diri seseorang..aku tak tau kebenarannya...
teguris aku bila seperti dia tidak dapat menerima kenyataan yg hakiki, makin dalam gurisan itu bila hati aku mengatakan disebalik susunan ayatnya, menyatakan dia seperti menyalahi aku,,

(nak lari dia kejar, nak buat tak tau dia merisaukan.. nak tak nak terpaksa berdepan dengannya..)

jika pilihan dia mau lari, pergilah berlari ke mana saja arah tujunya, tak pernah aku halang malah aku bukan sesiapa utk mengatur gerak geri dia.. mau tidak endahkan aku, dia boleh melakukan begitu kerana itu juga pilihan dia... merisaukan itu akan pergi dibawa arus detikan masa.. untuk berdepan dengan aku, aku tidak pernah memaksa dia utk berhadapan dengan aku... sungguh tidak pernah ada paksaan dari aku terhadap dia...

jalan terbaik telah aku tujukan, menarik rambut di dalam tepung akan aku laksanakan dgn hemah,, tiada tepung akan berselerak dan tak kan aku biar rambut putus di dalamnya...
telah aku serah pada Nya, dan pada dia pula, lakukanlah keinginannya..tiada paksaan kerana semua itu jalan yg dia pilih..

tak kan aku biar mata ini sakit lagi spti mana hati ku sakit dahulu...
salah dia tidak pernah aku pandang kerana pada aku tiada cacat celanya..
salah aku, cuma mampu aku ungkap kata maaf kerana tiada lain yg boleh ku lakukan lagi..

Tuesday, July 12, 2011

like it too much!!

special for zuraidah mohd amin.


i'm really like your blog spot

very nice

please teach me how to create that beautiful blog page like you

thanks

Saturday, June 25, 2011

I KNOW WHO THE REAL MEN

nak kata apa pasal aku @ nak fikir aku ni perempuan jahat,
terpulanglah... pemikiran masing-masing... yang penting tak kacau hidup aku.

erm, andaian aku kat lelaki ni, konon2 je lelaki ni bagus... konon2 bagusshh!!!
baru keep in touch dgn aku within one month, dah nak buat first move
ish ish ish... laki ni dah silap orang la derrr...
aku ni bukan perempuan yang boleh dibodohkan @ dalam bahasa jahatnya "dikencingkan"
aku ni bukan tak tau cinta si penipu..!

kononnye suke kan aku dari dulu...maksud dr dulu tu adalah around 4 years ago
kalau betul suke, ape hal ko blh cari orang lain
nape tak je ko tunggu aku bertahun2 n tak cari orang lain
awal2 ko cakap pun aku tau ko ni kira laki yg *susah lah nak cakap...

ada gak aku korek cite ex girl dia, skrg ni dah mkin rapat smla...
& lepas aku wat research n bla...bla..bla.., aku sure diorg couple smla..
no komen lah...budak2 sekarang ni banyaknya suke2 je..tak serius langsung..

ini dari andaian aku je lah.. & aku rasa andaian aku tak jauh menyimpang..
sebab laki ni boleh "hehehehe" plak bila aku ckp "congrate dah couple smla" kat dia

utk kaum hawa, hati-hati dgn mainan dunia
utk kaum adam plak :
janganlah nak main-mainkan perasaan perempuan
sakit hati tak terkata tau

kenapa aku cakap macam niehh????
mungkin lah kan..
sebab aku masih lagi geram dgn kaum adam ni kot
insyalah bila aku dah betul2 sedia, barulah aku jd normal..
bukan gila ea... tp aku masih takut2 lagi..
tak moh kecewakan org, n tak moh dikecewakan

Wednesday, June 1, 2011

ceruk mana nak korek??

cerok mana nak korek?
sesuai untuk gambaran apakah itu?
jawapannya: POKET TENGAH BOLOS
BOLOS?? senang cerita tak ada duit dahhh...

ni minggu pertama kuliah semester 5...semester 5 dah..wahhhhh... tak lame lagi tamat sudah pengajian kat sini...insyalah...
BAD NEWS...BAD NEWS...& REALLY BAD NEWS...
not for me only..but to those that we call as diploma student
terutamanya yg pinjam PTPTN...

ape hal bed news sgt ni.. mana tak nye, kuliah dah start.... tapi DUIT PTPTN TAK MASUK LAGI DERRR..!!!! for the first week class, memanglah tak study lagi..tp "memang kene ade duit" nak beli buku kan... mana boleh petik daun je nak bayar duit buku..nak pulak tu buku tak lah sama harga macam kat KEDAI RM2....
campur-campurkan semua buku dan harga, jumlahnya cecah RM200... tapi tak kisah berapa pun student kene lah ade effort utk belajar..beli buku..untuk ilmu jangan berkira sangat...
lagi pening kepala kalau duit tengah tak ade lepas tu buku tu mahal dan limited pulak... macam mana tu... mau tak mau, langkah pertama terpaksalah ikat perut

tak ape..bersusah dulu pendapatan...
sedar2 je nanti dah sampai minggu depan..
duit pun dah masuk...boleh lah belanja yg patut...

Thursday, May 26, 2011

kebenaran air mata

hati aku gentar... gentar seperti petir yang datang menyambar di kala puting beliung bakal menyunsung... aku ketepikan semuanya, dengan helah untuk mencari ketenangan buat seketul hati yang ketakutan...

apabila berhadapan dengan mesin canggih komputer, dan kalendar mengeluarkan angka "25hb May 2011" dan arah jam telah melepasi masa 9:00 pagi, pelbagai misteri bermain dengan emosi aku.. terasa badan aku lemah dan ingin rebah di bumi tuhan...

aku kuatkan diri aku, inilah saatnya untuk aku menggunakan mata aku dan memandang keputusan peperiksaan aku..

YA ALLAH... YA ALLAH... YA ALLAH... memang benar selepas itu aku terus rebah di dalam perut rumah keluarga aku... air mata aku mengalir tanpa dipaksa, Allah Maha Berkuasa... hanya DIA yang aku ingat ketika itu... alat komunikasi telefon bimbit aku gapai dengan lemah,, mendail nombor telefon, suara yang penuh kasih sayang mengucapkan "tahniah" buat aku.. terima kasih juga buat emak kerana telah mendoakan kejayaan anak-anaknya.

segala ketakutan dan misteri yang menyelubungi aku, terlerai sudah... tetapi, aku masih lagi dalam keadaan ketakutan, ketakutan dengan "terperanjat" tidak percaya apa yang telah berlaku..

emak, keluarga ku, kawan-kawan, guru-guru dan semua
aku ucapkan terima kasih
terima kasih kerana ikhlas bersama-sama aku
menempuhi hari-harian aku di dunia yang sementara ini
"SYUKRAN"

Tuesday, May 17, 2011

JOM LAYAN

BERTAMU DI KALBU
BY
JACLYN VICTOR


ku genggam semilir malam
tika rembulan menyinari
lalu ku menadahkan
kata cinta nan suci
dan akan ku
hembuskannya
tika malam syahdu

kerana dalamnya
kasih sedalam lautan
setinggi mentari
tak mampu digapai
oleh khayalan insani
cuma di naluri

corus:
katakan bara melecur diri
bisa memercik jalan yang luka
dengan selasih balut pedih ngeri
tiada berpaling setia

adalah sejarah jadi saksi
bulan, bintang menghangat kasih suci
kita pun terpaut dan bersatu
dalam bebayang mimpi berseri
ulang corus

ku layarkan asmara
di pelabuhan setia
akan ku rentangkan
sang pelangi suci
yang pastinya anggun di hati
bertamu di kalbu



Monday, May 16, 2011

sukar memilih

"SUKAR"

ungkapan yang tidak tahu lagi untuk di beri erti sebenar

tambahan lagi jika berhadap dengan situasi yang gentir

"MEMILIH"

apa akan terjadi jika tersalah memilih?

bagaimana pula dengan akibatnya jika tersalah memilih?

pemilihan yang tepat semestinya kehendak semua

"SUKAR MEMILIH"

fikir-fikirkanlah

sedalam-dalamnya



mimpi mengundang ajal

jika di ikutkan, mimpi jenis ini dah dua kali aku alami, first sewaktu zaman sekolah teknik dan second malam tadi. kenapa aku cakap mimpi itu mengundan ajal? cikgu pernah bagi tahu pada aku, jika kita mimpi dan di dalam mimpi itu ada diri dua diri kita dalam mimpi itu, itu ialah mimpi yang bahaya kerana boleh membawa kepada kamatian, mimpi yang mengundang ajal.

alangkah bernasib baiknya jika kita tersedar dari mimpi itu. aku ialah antara golongan yang benasib baik pada malam tadi. aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbit waktu mimpi itu datang dalam tidur aku. sungguh aku kabarkan, aku bukanlah sebaik-baik manusia hamba allah di muka bumi ini, masih banyak dosa aku yang belum terampun, masih banyak lagi amalan aku yang kurang, gerunnya aku setelah tersedar dari mimpi itu.

dalam mimpi jenis ini, diri yang pertama itu ialah "ROH" dan diri yang kedua ialah "JASAD". roh tidak bersama dengan jasad. roh dapat melihat jasad, tetapi jasad tidak menyedari roh. aku tidak tahu kebenaran tentang mimpi ini, buat sesiapa yang ragu-ragukan tentang hal ini, cubalah buat research untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya.

terdetik di hati aku untuk berubah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan aku, mengukur baju di badan sendiri. ajal maut itu rahsia allah, bila masa dan ketikanya tiada sesiapa yang tahu.
semoga aku sentiasa diberi petunjuk dan hidayah-Nya serta mendapat syafaat Muhammad S.A.W. di akhirat kelak. amin ya robbal alamin...

Sunday, May 1, 2011

masak oh masak....

"perempuan dan masak"

memang similar sangat dua perkataan ni...
asal perempuan je masak..asal masak je perempuan...
nak di jadikan cerita, aku kene ambek tender masak
semalam aku kene masak...ikan..
ikan kembung masak singgang,, ikan goreng,,, n tempe goreng..
nak tau hasilnya...
as a result, aku yang masak, aku sorang je yg makan..
alahhh... ni semua tak de hal la..
dah biasa sangat masak sendiri, sendiri yang makan...
tak abeh makan, campak dalam tong sampah...
nak wat macam mana an...
dah pun realitinya aku masak tak sedap...ni lah cabarannya..

hari ni pun aku masak gak...
masak soto..mak aku yg suruh aku masak...
mak aku cuma masak nasi impit jerk... sup aku lak yg masak
kali ni kalau aku masak n tak da sape makan pun aku dah tak kesah..
tak kan nak paksa2 orang makan an...
lagi pun tanggungjawab aku masak dah beres..
terpulang pada isi perut rumah ni lah nak makan ke tak...

that's all from me...
daaa daaa..



Saturday, April 30, 2011

PETUA VS PEMUDA

wowowo...wowowo... hari ni topik aku "PETUA" tapi petua ni bukan nak buat jadi "TUA"... nak wat jadi muda... change from petua tu pemuda... HAHAHA... tu pun boleyyy...

simple jerk "PEMUDA" ni..
first of all,,, thanks a lot to my younger sister, muna@momon@what so ever....
dia yg wat kan ramuan "PEMUDA" ni utk aku..
dulu aku selalu apply "PEMUDA" ni kat my part of body...
tapi sekarang ni dah lama tak apply... yolahh.. bz den nak wat smua benda tuh..

ramuan dia:
timun + bedak sejuk = scrub
result = fresh + soft + happy

for others who like apply this kind of "PEMUDA",
u should try this one...
hahahaha.. tak cuba tak kan tau hasilnya...
(^_^)



Friday, April 29, 2011

sudey sampek...

selamat tinggal semester 4.. wah... tak sangka lah, dah abes sem 4, bakal masuk sem 5 pulak... wahwahwah.... tak lama lagi insyalah abes belajar nie... setelah bertahun2 menuntut ilmu pinjaman allah nie.... bakal graduate... "opsss, jangan asyik berangan jerk"

seronok nye bila dah sampai rumah ni, dapat jumpe family... wahhhh... "home sweet home"
actually ade lg yg lebih "special". tapi just keep it as secret... my secret... hahahaha...

I'M HAPPY NOW..
REALY HAPPY...
(^_^)

tibe2 rase mcm nak dendangkan blog aku ni dgn lagu lah...
kali ni lagu ape yerk?
lagu duet, lagu cinta,
tajuk nye....... "ENTAHKAN JADI ENTAHKAN TIDAK"

kenape pilih lagu nie?
entah la... tak tau... tapi the one thing that i like this music is about the lyric...
soft... not just song, but also have advice insert in the song...
lalalala...lalalalala...lalalala...

tidak mengira manusia,
sama saja.....
di dalam diam ada hati,
ingin bercinta....

org muda menanggung rindu,
org lama menanggung ragam,
carilah......pilihlah.......yg sepadan.....

jika bercinta jangan hanya ikut rasa,
guna akal guna fikiran,
berwaspadalah.........
sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna,
terlajak......tindakan.....merana......

mata bertentangan mata,
bak minyak dsambar api,
janganlah asyik bercinta,
semua kerja tak jadi.

seperkara usah lupa,
memohon izin doa restu,
saudara.....ayah.....ibu.....

berenang-renang di muara,
hati2 dilambung ombak,
dah berzaman asyik bercinta,
entahkan jadi entahkan tidak.......

disebut-sebut pribahasa,
habis madu sepah dibuang,
usahlah begitu hendaknya,
terlanjur....bercinta.......berkekalan.......

Wednesday, April 27, 2011

my all versi malay

ku mentafsirkan kelemahan dan kesilapan
adakah datangnya dariku...mungkin sebaliknya
atau kau ada mengubahkanmu hingga terkeliru
~
[chorus]
ku berikan emas intan dan permata
bukan kaca kilau tiada berharga
tetapi sayangnya
kau terpukau kau lupa segalanya
yang pernah kita ciptakan semua ini
~
pernahkah berdetik atau terlintas di penjuru hati
untuk kau kembali menyambung mimpi kian punah
seberupaya biarku berubah segala-galanya
~
[chorus]
ku berikan emas intan dan permata
bukan kaca kilau tiada berharga
tetapi sayangnya
kau terpukau kau lupa segalanya
yang pernah kita ciptakan semua ini
~


mendalam makna lagu ni kalau betul2 di fikirkan...
(^_^)

my all versi malay

ku mentafsirkan kelemahan dan kesilapan
adakah datangnya dariku...mungkin sebaliknya
atau kau ada mengubahkanmu hingga terkeliru
~
[chorus]
ku berikan emas intan dan permata
bukan kaca kilau tiada berharga
tetapi sayangnya
kau terpukau kau lupa segalanya
yang pernah kita ciptakan semua ini
~
pernahkah berdetik atau terlintas di penjuru hati
untuk kau kembali menyambung mimpi kian punah
seberupaya biarku berubah segala-galanya
~
[chorus]
ku berikan emas intan dan permata
bukan kaca kilau tiada berharga
tetapi sayangnya
kau terpukau kau lupa segalanya
yang pernah kita ciptakan semua ini
~


mendalam makna lagu ni kalau betul2 di fikirkan...
(^_^)

CHAT WITH UMMI NADHIRAH

Today
kak mu sekarang umi tengah chat dengan kak mu
kak mu balik bila?
JUMAAT
o..
HADIAH KAK UMU DAH ADE BELUM?
jumaat,sabtu,ahad,isnin...ahad hari jadi kak umu,lepastu hari jadi umi
BETUL LA TU..
HADIAH KAK UMU, UMMI DAH BELI BELUM?
belum
KENAPE BELUM?
tapi tak payah beli
KENAPE TAK PAYAH BELI?
tadi umi beli buku kat sekolah
nanti umi bagi kak mu 2 buku
1 buku belajar 1 lagi buku baca
apasal kak mu offline?
LEPAS TU?
ALA...
KAK UMU NAK HADIAH TEADDY BEAR..
kenapa kak mu ni...tiba tiba je tanya lepas tu
umi tak da teddy bear
BUKU PUN BOLEH..
ok

UMMI PUNYE HADIAH PUN KAK UMU BAGI BUKU LAH
BIAR UMMI BELAJAR
PASTU UMMI JADI PANDAI.

kak umu dah beli hadiah untuk ummi belum?
HADIAH BUKU KAK UMU BELIKAN..
o..
TAK APE KAN KAK UMU BELIKAN UMMI BUKU UNTUK HADIAH UMMI
kak umubeli buku apa?
?
RAHSIA..
kenapa rahsia?
NANTI HARI JADI UMMI, UMMI TAU LAH.
ala................
BUKU MATHEMATICS..
DARAB DENGAN BAHAGI
ala...susahnya........
UMMI NI BANYAK SANGAT ALA..
TU KAN NAK BAGI UMMI PANDAI,
kak mu dah tau ummi dapat nombor berapa?
TAK TAU
UMMI DAPAT NOMBOR BERAPA?
7:06pm
sekolah agama ummi dapat nombor 10
sekolah kebangsaan banyak nombor
nombor 33/48
kesian.....
jap eh ummi nak gi kat ummi punya fb







"MANUAL OFFICE SOFTWARE APPLICATIONS"
itu dia.. subjek terakhir untuk exam semester ni... cabaran banyak bile baca buku ni... yg benor nye subjek ni banyak amali... theory tu tak ada lah... tup tup ade final lak kan.... uishhh.. buku ni setebal "hampir 2cm" susah aku nak habis kan cepat... macam mana nak baca pun jadi masalah nye... memanglah nak baca tu just baca je..takkan baca pun tak reti.. belajar tinggi bertingkat-tingkat, bodoh janganlah pulak berlapis-lapis...

gap paper ni dengan paper before this 7 hari beza nye... lama menunggu... tapi still penat nak baca buku ni.... start baca ari ahad, ari ni baru abes baca.. tu lah baca tak tekun... tu baru baca.. hafal tu tak la sebagus mana... past sem examination just selak2 je... athooii aiii... masyallah...

nasib baik lah untuk final ni mark 30%.. walau pun 30%, still banyak ooo.. tak leh main2... mcm lah carring mark tu bagus sangat.. pape pun, tomorrow petang exam paper ni... try the best... dah tu, boleh la terlompat2.... lusa, alek umah lah pulak ye... balik kampung....

special thanks to "MISS MUNA KAMEELAH BINTI SAUID"
miss ni yang ajar aku untuk subjek ni... memang miss banyak membantu... macam2 lah miss tolong... submition date pun dia boleh panjangkan lagi.. ni semua sebab dia tak moh potong markah students dia... owhh... thanks a lot.. next sem dah tak jumpe lagi dgn miss muna... miss muna ni kene transfer campus bandaraya plak... ajar subjek record tak silap aku.. so, gud luck miss..



ha, ini lah dia lecturer office software anpplications saya
"MISS MUNA KAMEELAH BINTI SAUID"



Tuesday, April 26, 2011

WHAT WILL BE MY ACTION..?

MY BIRTHDAY IS COMING SOON...

HE TOLD WILL CELEBRATE WITH ME...

BUT NOW WE ARE OVER....

HOW I WILL DO IT BY MYSELF...

FREQUENTLY THINKING OF HIM...



i realized i did not celebrate his birthday
even though i had promised him

i really want to meet him. but i think better never see again.


...mengimbas kembali...

antara kami sudah tiada apa yang terjalin lagi
mungkin aku tidak bersesuaian untuk dia
yang aku sangka aku mampu, hanya sebuah sangkaan
sangkaan yang meleset......
aku kira aku dapat hasilkan sebentuk kebahagiaan
kebahagiaan yang diimpikan oleh setiap manusia...
tapi mungkin aku ini hanya racun yang berbisa
racun yang mematikan buat selamanya
lagu ni mungkin sesuai untuk diri aku
yang....
(aku sendiri dah tak tau nak kata ape lagi)

Kenangan Lalu

Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu

Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta

( korus )
Mengapa aku disiksa, apakah tujuan dia
Mungkin kerna ia pernah dikecewakan cinta
Katakan pada diriku aku 'kan membalut luka
Oh... jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya

Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru

( ulang dari korus )


- KENANGAN LALU - KENANGAN LALU - KENANGAN LALU - KENANGAN LALU -

Monday, April 25, 2011

ADA CINTA...

masih ingat lagi tak dengan "ADA CINTA"?? gabungan pasangan acha & irwansyah..
lagu ni romantis.. sesuai dengan penyanyinya.. tapi sayang, hubungan diorang tak sejauh mana.. ada lah tu ujian antara diorang yg wat kan terputus di tengah jalan... masakkan pokok bergoyang kalau tak ada angin bertiup..

jom kite teroka kat lirik lagu ADA CINTA ni... dulu diorang ADA CINTA, tapi sekarang TINGGAL KENANGAN je...

Ucapkanlah kasih..
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih..
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan, dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal yang terasa
Dalam rindu dendam, hening malam
Cinta.. terasa ada…

mengapa berat ungkapkan cinta?
persoalan hati dan peribadi tu.. biasa lah tu, kadang2 kite takut cinta ditolak, sebab tu mulut mcm ada berlian kat dalam sampai berat sangat nak luahkan perasaan tu.. takut syok sendiri.. tapi sedar atau tak, makin kite simpan perasaan murni tu, makin perit nak tanggung.. sebenarnya kite akan dapat title "PENGECUT"... pengecut utk berhadapan dengan realiti, risiko... what ever it is, we must try first.. without trying we will never get the result..

bila dah "ADA CINTA"
kite akan kenal pula dengan "ADA APA DALAM CINTA"
CINTA..CINTA..CINTA...
percaya atau tak, cinta itu buta... sebab cinta itu anugerah allah yang sangat unik..

KEPADA SESIAPA YANG ADA CINTA TU, JGN LA JADI CINTA YANG BUTA YE...! GUNA AKAL... JGN GUNA NAFSU...

p/s: choose that person who love u, don't choose people who u love are..
u will get the answer why i tell about this