Thursday, May 26, 2011

kebenaran air mata

hati aku gentar... gentar seperti petir yang datang menyambar di kala puting beliung bakal menyunsung... aku ketepikan semuanya, dengan helah untuk mencari ketenangan buat seketul hati yang ketakutan...

apabila berhadapan dengan mesin canggih komputer, dan kalendar mengeluarkan angka "25hb May 2011" dan arah jam telah melepasi masa 9:00 pagi, pelbagai misteri bermain dengan emosi aku.. terasa badan aku lemah dan ingin rebah di bumi tuhan...

aku kuatkan diri aku, inilah saatnya untuk aku menggunakan mata aku dan memandang keputusan peperiksaan aku..

YA ALLAH... YA ALLAH... YA ALLAH... memang benar selepas itu aku terus rebah di dalam perut rumah keluarga aku... air mata aku mengalir tanpa dipaksa, Allah Maha Berkuasa... hanya DIA yang aku ingat ketika itu... alat komunikasi telefon bimbit aku gapai dengan lemah,, mendail nombor telefon, suara yang penuh kasih sayang mengucapkan "tahniah" buat aku.. terima kasih juga buat emak kerana telah mendoakan kejayaan anak-anaknya.

segala ketakutan dan misteri yang menyelubungi aku, terlerai sudah... tetapi, aku masih lagi dalam keadaan ketakutan, ketakutan dengan "terperanjat" tidak percaya apa yang telah berlaku..

emak, keluarga ku, kawan-kawan, guru-guru dan semua
aku ucapkan terima kasih
terima kasih kerana ikhlas bersama-sama aku
menempuhi hari-harian aku di dunia yang sementara ini
"SYUKRAN"

No comments:

Post a Comment