Monday, May 16, 2011

mimpi mengundang ajal

jika di ikutkan, mimpi jenis ini dah dua kali aku alami, first sewaktu zaman sekolah teknik dan second malam tadi. kenapa aku cakap mimpi itu mengundan ajal? cikgu pernah bagi tahu pada aku, jika kita mimpi dan di dalam mimpi itu ada diri dua diri kita dalam mimpi itu, itu ialah mimpi yang bahaya kerana boleh membawa kepada kamatian, mimpi yang mengundang ajal.

alangkah bernasib baiknya jika kita tersedar dari mimpi itu. aku ialah antara golongan yang benasib baik pada malam tadi. aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbit waktu mimpi itu datang dalam tidur aku. sungguh aku kabarkan, aku bukanlah sebaik-baik manusia hamba allah di muka bumi ini, masih banyak dosa aku yang belum terampun, masih banyak lagi amalan aku yang kurang, gerunnya aku setelah tersedar dari mimpi itu.

dalam mimpi jenis ini, diri yang pertama itu ialah "ROH" dan diri yang kedua ialah "JASAD". roh tidak bersama dengan jasad. roh dapat melihat jasad, tetapi jasad tidak menyedari roh. aku tidak tahu kebenaran tentang mimpi ini, buat sesiapa yang ragu-ragukan tentang hal ini, cubalah buat research untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya.

terdetik di hati aku untuk berubah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan aku, mengukur baju di badan sendiri. ajal maut itu rahsia allah, bila masa dan ketikanya tiada sesiapa yang tahu.
semoga aku sentiasa diberi petunjuk dan hidayah-Nya serta mendapat syafaat Muhammad S.A.W. di akhirat kelak. amin ya robbal alamin...

No comments:

Post a Comment