Thursday, May 26, 2011

kebenaran air mata

hati aku gentar... gentar seperti petir yang datang menyambar di kala puting beliung bakal menyunsung... aku ketepikan semuanya, dengan helah untuk mencari ketenangan buat seketul hati yang ketakutan...

apabila berhadapan dengan mesin canggih komputer, dan kalendar mengeluarkan angka "25hb May 2011" dan arah jam telah melepasi masa 9:00 pagi, pelbagai misteri bermain dengan emosi aku.. terasa badan aku lemah dan ingin rebah di bumi tuhan...

aku kuatkan diri aku, inilah saatnya untuk aku menggunakan mata aku dan memandang keputusan peperiksaan aku..

YA ALLAH... YA ALLAH... YA ALLAH... memang benar selepas itu aku terus rebah di dalam perut rumah keluarga aku... air mata aku mengalir tanpa dipaksa, Allah Maha Berkuasa... hanya DIA yang aku ingat ketika itu... alat komunikasi telefon bimbit aku gapai dengan lemah,, mendail nombor telefon, suara yang penuh kasih sayang mengucapkan "tahniah" buat aku.. terima kasih juga buat emak kerana telah mendoakan kejayaan anak-anaknya.

segala ketakutan dan misteri yang menyelubungi aku, terlerai sudah... tetapi, aku masih lagi dalam keadaan ketakutan, ketakutan dengan "terperanjat" tidak percaya apa yang telah berlaku..

emak, keluarga ku, kawan-kawan, guru-guru dan semua
aku ucapkan terima kasih
terima kasih kerana ikhlas bersama-sama aku
menempuhi hari-harian aku di dunia yang sementara ini
"SYUKRAN"

Tuesday, May 17, 2011

JOM LAYAN

BERTAMU DI KALBU
BY
JACLYN VICTOR


ku genggam semilir malam
tika rembulan menyinari
lalu ku menadahkan
kata cinta nan suci
dan akan ku
hembuskannya
tika malam syahdu

kerana dalamnya
kasih sedalam lautan
setinggi mentari
tak mampu digapai
oleh khayalan insani
cuma di naluri

corus:
katakan bara melecur diri
bisa memercik jalan yang luka
dengan selasih balut pedih ngeri
tiada berpaling setia

adalah sejarah jadi saksi
bulan, bintang menghangat kasih suci
kita pun terpaut dan bersatu
dalam bebayang mimpi berseri
ulang corus

ku layarkan asmara
di pelabuhan setia
akan ku rentangkan
sang pelangi suci
yang pastinya anggun di hati
bertamu di kalbu



Monday, May 16, 2011

sukar memilih

"SUKAR"

ungkapan yang tidak tahu lagi untuk di beri erti sebenar

tambahan lagi jika berhadap dengan situasi yang gentir

"MEMILIH"

apa akan terjadi jika tersalah memilih?

bagaimana pula dengan akibatnya jika tersalah memilih?

pemilihan yang tepat semestinya kehendak semua

"SUKAR MEMILIH"

fikir-fikirkanlah

sedalam-dalamnya



mimpi mengundang ajal

jika di ikutkan, mimpi jenis ini dah dua kali aku alami, first sewaktu zaman sekolah teknik dan second malam tadi. kenapa aku cakap mimpi itu mengundan ajal? cikgu pernah bagi tahu pada aku, jika kita mimpi dan di dalam mimpi itu ada diri dua diri kita dalam mimpi itu, itu ialah mimpi yang bahaya kerana boleh membawa kepada kamatian, mimpi yang mengundang ajal.

alangkah bernasib baiknya jika kita tersedar dari mimpi itu. aku ialah antara golongan yang benasib baik pada malam tadi. aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbit waktu mimpi itu datang dalam tidur aku. sungguh aku kabarkan, aku bukanlah sebaik-baik manusia hamba allah di muka bumi ini, masih banyak dosa aku yang belum terampun, masih banyak lagi amalan aku yang kurang, gerunnya aku setelah tersedar dari mimpi itu.

dalam mimpi jenis ini, diri yang pertama itu ialah "ROH" dan diri yang kedua ialah "JASAD". roh tidak bersama dengan jasad. roh dapat melihat jasad, tetapi jasad tidak menyedari roh. aku tidak tahu kebenaran tentang mimpi ini, buat sesiapa yang ragu-ragukan tentang hal ini, cubalah buat research untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya.

terdetik di hati aku untuk berubah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan aku, mengukur baju di badan sendiri. ajal maut itu rahsia allah, bila masa dan ketikanya tiada sesiapa yang tahu.
semoga aku sentiasa diberi petunjuk dan hidayah-Nya serta mendapat syafaat Muhammad S.A.W. di akhirat kelak. amin ya robbal alamin...

Sunday, May 1, 2011

masak oh masak....

"perempuan dan masak"

memang similar sangat dua perkataan ni...
asal perempuan je masak..asal masak je perempuan...
nak di jadikan cerita, aku kene ambek tender masak
semalam aku kene masak...ikan..
ikan kembung masak singgang,, ikan goreng,,, n tempe goreng..
nak tau hasilnya...
as a result, aku yang masak, aku sorang je yg makan..
alahhh... ni semua tak de hal la..
dah biasa sangat masak sendiri, sendiri yang makan...
tak abeh makan, campak dalam tong sampah...
nak wat macam mana an...
dah pun realitinya aku masak tak sedap...ni lah cabarannya..

hari ni pun aku masak gak...
masak soto..mak aku yg suruh aku masak...
mak aku cuma masak nasi impit jerk... sup aku lak yg masak
kali ni kalau aku masak n tak da sape makan pun aku dah tak kesah..
tak kan nak paksa2 orang makan an...
lagi pun tanggungjawab aku masak dah beres..
terpulang pada isi perut rumah ni lah nak makan ke tak...

that's all from me...
daaa daaa..