Thursday, December 18, 2014

Jika Kamu Mencintai Sesuatu

Daku Amat Menyintai Mu

BELAJARLAH untuk kuat, sekalipun kau rasa tak mampu hadapi. Belajarlah untuk lepaskan duka, sekalipun kau rasa ia seringkali merabakkan jiwamu. Belajarlah untuk tersenyum, sekalipun kau rasa dunia tidak lagi berikan sebab untuk kau bahagia. Kau tanya aku, "bila akan aku temui bahagia?" aku jawab, "buka hati kau dan terima apa saja ujian yang mendugamu". Lepaskan apa yang tak mampu dicapai dek tangan dan didikah dirimu, untuk tetap bertahan walau apa pun. Dunia tempat berpenat..akhirat kau akan berehat.

Jika Kamu Mencintai Sesuatu...zahirkan keikhlasan
Cintamu berbalas atau tidak kau tidak rugi apa-apa

Jika kau mencintai sesuatu atau seseorang...zahirkan keikhlasan tanpa harap apa-apa balasan. Jika cintamu disambut, kau beruntung memiliki cinta yang sejati. Namun sekiranya cinta yang diberi tidak berbalas, kau tetap tidak rugi apa-apa. Inilah KUASA KEIKHLASAN!

***************************************************************
***************************************************************

Terkadang aku melihat hubungan aku indah, tersangat indah. Element kasih sayang terpamer bersama tolak ansur, kejujuran, kepercayaan,,, namun dek kerana silap aku (penipuan walau sekecil font 8) tetap memberi impak dan aku terkesima.

Melihat perkara ini berlaku, baik untuk tidak melatah terlalu awal. Asam garam mesti ada dalam hubungan, takan selalunya semanis madu. Tak semua dugaan itu menyusahkan, adakala itu sumber kekuatan untuk lebih mendalami nilai perhubungan. 


***************************************************************
***************************************************************

Perkara yang buruk macam ni bukan pertama kali untuk aku hadapi. Andai tertulis di Luh Mahfuz untuk aku, aku terima. Hidup tak perlu ber"selfish" ... menghargai apa yang dihadiahkan untuk diri sendiri itu lebih bernilai dari meratapi sesuatu yang tiada manfaat.



Thursday, December 4, 2014

Denggi Menyerang Keluarga Kami

Sedih melihat keadaan keluarga dirumah..mulanya along mengadu demam 40C, mak pulak mengadu demam malamnya... 

hari sabtu 29 December 2014, bangun dari tidur, aku kesian tgok mak..aku tanyakan mak pening,,nak picit..ye emak nak aku picit kepala..tapi kali ni bukan sekadar picit kepala..emak minta picit bahu, tengkuk, pinggang, lutut dan sampai ke tapak kaki.. bagi emak sarapan bubur, tapi tak ditelan..hanya minum air..

lepas beberapa jam, kami sekeluarga bawak emak & lain2 ke hospital sultan ismail johor.. ayah demam biasa, adik demam biasa, emak di tahan suspek denggi, abang pon ditahan masuk ward.

hari ahad kami datang melawat mak dan abang.. mak tak lalu nak makan..cuma makan nasi 2-3 sudu berkuahkan sup ketam.. petang, aku dan kakak balik ke shah alam sebab esok kerja..

mendengar khabar dari adik di hospital, emak masuk ICU.. sedih,,kanan dan kiri dimasukan air melalui tangan.. dengan sesak nafas nye lain..dengan wayar berselirat..habis kerja,, kami balik ke jhor semula..

adik muna on the sport dri melaka balik ke johor utk jaga emak.. tunangan aku Don pon keluar keje awal untuk tengok emak dan abang. bersyukur kerana di temukan dgn don,,jaga emak mcm2.. smpai ke malam temankan along..belikan emak pempers, belikan thermos, nasib baik don baru dapat gaji. terima kasih sgt,,sikit pon tak terima duit dari ayah..

tibalah hari selasa utk melawat emak..sgt sedih..emak tak bermaya,,suhunya panas tak menurun,,tekanan darahnya rendah,,emak dah dipindah dari ICU ke HDW high dependency ward..menjaga emak dgn baik..berhati-hati.. sedih juga sebab tak dpat teman emak,,cuma boleh masuk waktu melawat.. 

cuti aku dilanjutkan sampai hari rabu..hari rabu kami melawat emak..apa yg aku dapat ekspresskan,,aku sangat gembira..tersenyum..pagi mak sarapan mee habes, tghri mak da jamah skit nasi putih, tapi masih prefer bubur.. mak da boleh angkt tgn, angkt piring untuk makan buah sendiri..suhu mak turun.. Alhamdulilah.. wlau pon mcm tu, mak dpt pula masalah paru-paru berair sebab terlalu byk air msuk badan & emak kurang kencing. Along dah boleh keluar dr hospital..emak & along sempat telan pati betik.  pahit..

petang otw balik ke shah alam, kak update, suhu mak naik semula & mak ade sesak nafas tadi...sedeh rase...tapi kami serahkan pada Allah. ayah buat 2nd check up di HSI, ayah pon denggi,,kesian,,tdor mlm ayah merenyam,,kegatalan kerana bitik dah keluar bersama bisa..

Khamis aku start keje semula,, dapat berita yg emak smkin baik..emak di tempatkan di ward biasa pulak.. ayah pula dah p klinik jumpe doktor lg skali & platelet ayah semakin meningkat,,kami beri ayah minum pati betik. 

tak sabar rasanya menunggu jumaat sebab esok aku nak balik kg lagi utk jenguk keluarga...

Baru dapat call emak tadi & bercakap dgn ayah..
Alhamdulilah ayah dah clear from denggi
emak pon makin sihat...
Terimakasih Allah
Terima kasih Ya Allah


****************************************************************************
****************************************************************************


   
#hari sabtu sedang menunggu giliran rawatan di kecemasan HSI

#hari isnin malam, along, muna, ummi & don

#machine utk monitor suhu emak, nadi, blood pressure, 

#cara utk menyediakan jus daun betik

#emak hari rabu petang, suhu meningkat,, cool fever cpt je panas


The Perodua Axia Andvance - My first & last car

Salam Axia Advance,

Alhamdulillah Axia Advance aku dah release..lama menunggu, akhirnya dapat juga.. 
walaupon dah release, aku amek Axia di show room pada 29 November 2014 since kene tunggu waktu hujung minggu untuk balik kampung.

Terima kasih sangat2 pada mak & ayah sebab setuju dengan pandangan aku mula-mula nak beli kereta ni.. tak ada bantahan,,memandangkan aku banyak bad record that's why aku beli kereta & ape-ape risiko adalah bawah tanggungan aku dan tak melibatkan orang lain..
tiada istilah pinjam kereta org lain lagi.

Terima kasih sangat2 juga pada tunangan ku Mr Don kerana tak henti tolong dari A-Z untuk proses pembelian Axia walaupon pasal Axia ni kitorang pernah salah faham. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sesama manusiakan.

Insya Allah dengan adanya Axia ni, Axia akan berkhidmat utk tuannya dan don & juga keluarga aku... aku tinggalkan Axia di kampung buat sementara waktu untuk bagi emak & ayah merasa kereta baru. seronok bila kita dapat buat orang tua kita gembira..

macammana pon kehadiran Axia ni tak terasa sebab waktu yg sama, mak, ayah, adik & abg demam... Mak & abg warded kerana positif denggi, ayah pon denggi tapi diketahui lambat sikit.