Saturday, August 24, 2013

minor surgery wisdom tooth!!

seriously, aku ni gonjol..dah fobia dengan cabut gigi boleh plak pergi cari tahu pasal minor surgery gigi bongsu tu! owh...takot plak rase nieh lah weyhh..!

http://pajillnostra.blogspot.com/2011/01/gigi-bongsu.html
http://blogcikziera.blogspot.com/2012/09/pengalaman-pertama-kene-bedah-di-klinik.html

kesimpulannya, bius mmg 4 ke 6 kali,, bedah dalam 30 minit.. pendarahan 1 hari tak henti dan next day kurang,, pain killer kene standby byk2..pastu keje makan bubur je lah..

aku dah terasa mcm nak gile2 privacy pas cabut gigi nanti,,& tanpa warning aku nak pelempang terus je adik2 kat umah yang wat kacau time2 genting..ape yang aku nak semua orang diwajibkan penuhi kehendak aku..ceh melampau..! yelah,,mane tak nye,,doktor kata awak akan dpt MC 2-3 ari nanti,,hah tu dah jelas terbukti sakitnya teramat..ni lah first time aku akan di jahit...

aku tengah tunggu je ni call dri klinik utk appointment..arh!! peduli semua tu,,tak yah nak takut-takut sangat lah.. bencilah aku! tak nak aku tengok blog orang lagi pasal wisdom tooth ni..!

geraham bongsu yang mengada, mentang-mentanglah "BONGSU"

seperti yang aku dah jangkakan sebelum ni, tak mustahil aku ada masalah pertumbuhan gigi bongsu kemudian hari..dan harinya sudah tiba... geraham bongsu yang aku sangka memang betul-betul lambat keluar sepenuhnya rupa-rupanya salah,, penjelasan doktor gigi, tiada ruang rahang lagi untuk tempatkan geraham bongsu aku sebatang...barulah aku tahu tempoh untuk keluar sepenuhnya ialah 6 bulan, tapi keadaan aku average atau lebih dari setahun..

tak sangka, alhamdulilah aku dapat jaga dengan baik tanpa ada gigi berlubang di geraham yang selalunya dikaitkan dengan berlubang kerana mengumpul sisa makanan.. 

ye, memang betul procedure yang aku lalui, macam biasa kene ambil X ray untuk tengok keadaan susunan gigi dan tulang@akar gigi.. first time tengok, cantik gigi aku tersusun di imbasan X ray..

kos rawatan utk cabut geraham bongsu di swasta RM100-300, dengan kos yang tinggi ayah syorkan aku ambil rawatan di klinik kerajaan..mendapatkan penjelasan jelas dari doktor dan memang solution terbaik utk dicabut gigi itu kerana jika tak cabut, pengakhirannya gigi berlubang dan tetap kene cabut jugak!

kes macam ni tak lah begitu janggal berbanding kes geraham bongsu yang tumbuh secara "horizontal"..gigi aku tumbuh secara normal cuma masalah tiada ruang dan sebahagian gigi itu tertutup dengan gusi..untuk mencabutnya perlu X ray dulu dan I need of surgical treatment..kos di klinik kerajaan lingkungan RM15-RM50 mengikut tahap kesusahan gigi utk dicabut.

sebab-sebab kukuh untuk membuang gigi geraham bongsu:

- Pericoronitis [radang yang berkaitan dengan geraham bongsu]
- Komplikasi yang berkaitan dengan kerosakan gigi [tartar dan plaque]
- Periodontal [penyakit/jangkitan gusi]
- Kista (cysts) dan tumor yang berkaitan dengan geraham bongsu.
- Risiko set geraham dan gigi lain rosak dan kegagalan akar gigi untuk berfungsi dengan baik.
- Kesakitan yang kronik dan tidak selesa.
- Masalah gigi tidak sejajar.


ini keadaan gigi bongsu baru nak keluar

ini hard copy x ray gigi aku


 
keadaan gigi aku ialah "soft tissue vertical impaction"
gigi sudah mula tumbuh di permukaan tisu@gusi tapi tidak sepenuhnya.

memang dari kecik lagi aku ni takut sangat cabut gigi,, keluar bilik cabut gigi, aku menangis tak henti sampailah ke rumah,,naik motor dalam perjalanan balik ke rumah aku tak henti menangis. teringat dulu time ayah hantar ke klinik, ayah akan bagi duti syiling untuk aku beli air cincau gedegang (air tin dalam mesin) konon supaya aku leka takut cabut gigi. Sampailah ke hari ini, dah usia 22 tahun ayah masih belikan air tin utk aku sebelum jumpe doktor gigi,,

ape itu gigi bongsu? kenapa ia tumbuh? kenapa tidak sempurna? kesan-kesannya semua aku dah faham,, cuma sekarang aku nak research sikit macam mana surgeri tu dilakukan..ni semua dengan harapan aku lebih bersedia. 



mudah-mudahan semua berjalan dengan selamat sebelum dan selepas. Arggghhhh....takut,,tengok orang kene bius kat klinik tadi pun dah tak tahan..hurm... 

Tuesday, August 13, 2013

Love u Umu Nadiah Jamaluddin...

https://www.facebook.com/don.triplethree/posts/607083205988862?comment_id=6263259&notif_t=like

En Don Triplethree post "sweet" macam ni... 

Love u Umu Nadiah Jamaluddin... 


did you know what bie?
you was surprise me!
thanks so much dear.



My Beloved Dady


En Jamaluddin Bin Daud 
with his daughter
Miss Umu Nadiah Binti Jamaluddin

Love Ayah..Muahh!

En. Buah Hati Ku

Tarrarr...mempersembahkan.. en buah hati ku :

"Norashidin bin Abdul Khalil & Pasangan"


Selamat Hari Raya Aidilfitri Sayang Ku. 
Alhamdulillah kite dapat berjumpa di hari raya pertama kita ini ye. terima kasih kerana mencari masa utk dtg beraya di rumah.. suka melihat en buah hati ni datang ke rumah, jumpa orang tua, makan juadah hari raya bersama mak ayah dan along sekali... siap bertambah, yang best lagi,,en buah hati ni sembahyang maghrib berjemaah dengan ayah di masjid,, sebelum tu ayah bawa pusing2 ronda kampung dulu... kenal-kenal rumah sedara..

wah wah wah, pandai dia ambil hati orang tua ye...tapi en buah hati ni bukannya hipokrit,,memang cara dia macam tu tak kira dengan orang tua ke, kawan-kawan ke, dengan cinta dia ni ke, dengan family dia ke,,apa yang dia show tu la sebenarnya diri dia... no plastic plastic..


Norashidin at BASF Petronas, Gebeng

sekarang dia tengah training kat Gebeng, Pahang.  buat keje baik2 ye..hati-hati. utamakan keselamatan tu.. Isya Allah dengan performance yg baik, dia dapat di serap kerja di company yg sama juga.. Wish you good luck my dear hubby. 

Aidilfitri Minal wal Faizin

alhamdulillah memanjatkan kesyukuran kepada Nya yang Maha Esa. di pertemukan lagi Ramadhan & Syawal tahun ini.. 2013. meriah terasa, sangat2 meriah... pertama kali aku menunaikan ibadah sunnat sembahyang aidilfitri. membentangkan sejadah untuk jemaah.. insya Allah akan diteruskan untuk Aidilfitri yang berikutnya...

seronok, tahun ni beraya bersama ahli baru, Norhana isteri kepada abang sulung ku.  tak merancang tapi tema baju di pagi syawal kami sama..


seperti selalu, lepas makan dan bersalaman, semua berkumpul di rumah Nyai Jumah. menjadi amalan bacaan tahlil setiap pagi syawal untuk arwah Embah Marhaban. kali ni ditambah dengan selawat.. meriah, tahun di mana ramai yg berkumpul...giliran beraya di rumah nyai. 






seronok, seronok juga... tahun ni raya tetap masyukk...alhamdulillah masih dapat duit raya..segan jugalah nak terima duit raya dgn umur yg da tua ni... rezeki jangan ditolak, maut jangan di cari..

insya Allah dari tahun ke tahun ukhuwah ini makin erat. 
amin.