tak sangka, alhamdulilah aku dapat jaga dengan baik tanpa ada gigi berlubang di geraham yang selalunya dikaitkan dengan berlubang kerana mengumpul sisa makanan..
ye, memang betul procedure yang aku lalui, macam biasa kene ambil X ray untuk tengok keadaan susunan gigi dan tulang@akar gigi.. first time tengok, cantik gigi aku tersusun di imbasan X ray..
kos rawatan utk cabut geraham bongsu di swasta RM100-300, dengan kos yang tinggi ayah syorkan aku ambil rawatan di klinik kerajaan..mendapatkan penjelasan jelas dari doktor dan memang solution terbaik utk dicabut gigi itu kerana jika tak cabut, pengakhirannya gigi berlubang dan tetap kene cabut jugak!
kes macam ni tak lah begitu janggal berbanding kes geraham bongsu yang tumbuh secara "horizontal"..gigi aku tumbuh secara normal cuma masalah tiada ruang dan sebahagian gigi itu tertutup dengan gusi..untuk mencabutnya perlu X ray dulu dan I need of surgical treatment..kos di klinik kerajaan lingkungan RM15-RM50 mengikut tahap kesusahan gigi utk dicabut.
sebab-sebab kukuh untuk membuang gigi geraham bongsu:
- Pericoronitis [radang yang berkaitan dengan geraham bongsu]
- Komplikasi yang berkaitan dengan kerosakan gigi [tartar dan plaque]
- Periodontal [penyakit/jangkitan gusi]
- Kista (cysts) dan tumor yang berkaitan dengan geraham bongsu.
- Risiko set geraham dan gigi lain rosak dan kegagalan akar gigi untuk berfungsi dengan baik.
- Kesakitan yang kronik dan tidak selesa.
- Masalah gigi tidak sejajar.


keadaan gigi aku ialah "soft tissue vertical impaction"
gigi sudah mula tumbuh di permukaan tisu@gusi tapi tidak sepenuhnya.
memang dari kecik lagi aku ni takut sangat cabut gigi,, keluar bilik cabut gigi, aku menangis tak henti sampailah ke rumah,,naik motor dalam perjalanan balik ke rumah aku tak henti menangis. teringat dulu time ayah hantar ke klinik, ayah akan bagi duti syiling untuk aku beli air cincau gedegang (air tin dalam mesin) konon supaya aku leka takut cabut gigi. Sampailah ke hari ini, dah usia 22 tahun ayah masih belikan air tin utk aku sebelum jumpe doktor gigi,,
ape itu gigi bongsu? kenapa ia tumbuh? kenapa tidak sempurna? kesan-kesannya semua aku dah faham,, cuma sekarang aku nak research sikit macam mana surgeri tu dilakukan..ni semua dengan harapan aku lebih bersedia.
mudah-mudahan semua berjalan dengan selamat sebelum dan selepas. Arggghhhh....takut,,tengok orang kene bius kat klinik tadi pun dah tak tahan..hurm...
No comments:
Post a Comment