Monday, December 23, 2013

Makin Lama Makin Kuat Perasan


Sebenarnya ini lah diri aku Cik Umu Nadiah Jamaluddin yang memang tak lepas dari identiti kakak yang gedik di dalam keluarga aku.  sebab aku suka kelihatan cantik dan persan cantik sendiri-sendiri. pantang nampak cermin. aku bersyukur dengan wajah yang sempurna dikurniakan Allah, moga akhlak ku juga sempurna dan secantik ciptaan Allah ini.

biarlah orang nak kata aku syok sendiri ke ape ke..aku dah tak kisah, sebab aku dengan gambar2 aku dan cara aku ialah untuk kepuasan aku..dan tak ada ape pun yang aku libatkan orang lain atau jejaskan orang lain. ini gambar aku dan suka hati aku untuk mempamerkan kesukaan aku.

memang dah terdidik dari dulu, aku sukakan kekemasan, kecantikan...ayah aku antara orang yang pentingkan kecantikan dan kekemasan, anak dicorak berdasarkan peribadi orang tuanya. aku antara orang yang takut gemuk. jangan terlalu kurus, biar sederhana dan sihat.

21 Dec 13 : Celebrate my sista birthday & brother for brilliant PMR result
12 Dec 13 : Last Presentation the day with talk by Neelofa
  
26 Nov 13 : before the Majlis Anugerah Dekan for Semester 3
konon nak macam En. Norashidin pandai shoot picture
Inilah hasil picture yang telah di shoot.
Sebenarnya aku dah mula minat warna kuning sejak 2011

Warna purple pun cantik juga actually..
aku sedang belajar untuk bertudung dengan cara sopan dan sedikit labuh.
Insya Allah,, 

Exam, please be nice

ANNOUNCEMENT! FACE your BOOK and study.

dah banyak masa berlalu, semester baru yang bermula dari September 2013 hingga ke Januari 2014. sedar tak sedar Alhamdulilah dah hampir penghujung sem 4 dan aku dah lalui banyak hal untuk ke peringkat ini.  terimakasih pada parents and family, lecturers and friends for help in academic and in face the reality of life.

teruknya kerana semester 4 ni aku banyak leka & tak serius dalam academic, tau tau je dah nak final.. alhamdulilah juga last minit aku dapat apply duduk hostel jadi dapatlah aku lebih fokus belajar Insya Allah.

semester yang banyak berdikari sebab lecturer dah mula 'bagi sudu untuk kita makan sendiri", dah tak ada istilah "semua lecturer suap untuk students".

orang seperti aku tak suka penyesalan, sebab yang lalu tak boleh di undur.. masa yang aku bazirkan sebelum ni dan ambil ringan tentang pelajaran, tak guna untuk aku kesalkan melainkan ambil iktibar dan jadikan pengajaran.

jangan give up. just try to follow the time appropriately. sebenarnya aku rasa berdebar & gementar juga dengan exam kali ni..banyak subjek dah tukar format exam yang baru..lain pula dengan assessment mark aku yang aku sendiri tak tau macam mana performance aku.  aku masih lagi berusaha dan berusaha untuk perform dengan lebih baik di final exam ini..

azam aku dalam pendidikan ini untuk menjadi salah seorang graduan ijazah dengan kelas pertama.  melihat senyuman gembira ibu bapa dengan kejayaan ini dah cukup membuat aku tersenyum bahagia untuk ibu bapa ku. aku nampak jelas sepasang raut wajah ibu bapa ku keriangan dengan Selempang Anugerah Naib Canselor yang tersarung di bahu aku waktu majlis convocation diploma level on December 2012.  siapa tak nak mengembira hati orang tua, Insya Allah aku akan usaha lagi untuk kebahagian orang tua ku.

yang ku harap, biarlah ilmu pinjaman Allah ini diberkati dan tidak menjadikan aku angkuh atau sombong, malah aku harap dengan ilmu ini dapat aku praktikan dan sebarkan kepada kawan-kawan. Berkat doa ibu bapa itu penting untuk aku berjaya, semoga Allah jua memakbulkan doa ibu bapa ku untuk aku berjaya lagi pada semester ini.

percayalah emak dan ayah, saya masih berusaha untuk pencapaian pada semester ke 4 ini. doakan anak mak dan ayah ini ya.

berbalik semula pada belajar, niatkan belajar ini sebagai salah satu ibadah yang dimana kita belajar kerana beribadah kepada Allah, Insya Allah dipermudahkan urusan.

jangan terlalu overconfident umu nadiah, biarlah kita bersederhana dahulu, Allah tahu yang mana layak untuk kita, teruskan usaha.

Friday, November 15, 2013

Tajuk : IM SORRY BUT I LOVE U

Dari Tajuk Pun dah Boleh Agak Ade Dua Hal Yg Kontra. Sorry & love u. Kesian En Buah Hati..baru Balik Keje...dah Ok Dah aku Tepon Tanye Kabar da Mkn Ke Blum...pung Pang Pung Pang Pas tu Aku Wat Dia Marah Pulak... Dok Bercerite Hal lepas...ungkit Itu ini..ape Pun Aku Tak Kisah..

Sebab Aku Amek Situasi Sesi marah Ni Sebagai Peluang Untuk Aku. Malam Ni Buah Hati Keje Lagi..12 Jam.. 630pm-630am.. Dia Baru Je Balik Keje..confirm Dia Nak Tdo Sbb malam ni keje Lg... kalau Dia Da Tido..sepanjang Hari Susah La Nk Dengar Suara Dia.. Banyak Kali Gak Tpon Time Dy Tdo..tp fkir Smla Mcm Kesian je Tdo N Rehat Dy Kite Kacau.

Ni Pagi2 Dah Kene Marah Panjang dgn dia seronok Jgak... Mcm Dpt Attention Dari Dia... Hihihi...

Itu Lah Dia.. im sorry Sebab wat Dy Marah pagi2 Balik Keje. But I Love U Sebab U Marah I & At The Same Time I Dpt Attention dari U.. & I Feel We Love Each Other. Tapi en Buah Hati Tak Tau Pun Kenape aku Blh Terbuat Macam Ni..sebab Tak Nak Dia Rase Serba Salah.. Dia X Salah Pon. Cume Kene Faham Situasi Pasangan Je. Dia Cuti Aku Kelas..aku Cuti Dia Keje.. Macam Tu La. But I Love U.

& Sbnarnye Aku tak Plan Pun Untuk Wat Dy Marah..aku Cume Nk Dgr Dy Ckp lame skit...hajat Aku Tercapai Tapi Dgn cara Yg X Sedap Lah.

Im Sorry Hubby..i love u.

Monday, September 16, 2013

SURPRISE FROM HIM

lalalala... dekat pukul 4 pagi ha, terpacak jejaka encem idaman hati di bawah appartment aku.. macam percaya tak percaya je... betulah ade kejutan dari abg don encem ni...  10 minit pas tu trus naik umah,,,golek golek dan golek,,tak dpat tdo jugak...sudahnya kul 6.00 - 6.30 je aku tdo... berlegar2 otak nk pikir ke mane nk bawak buah hati..buat surprise kan..kelam kabut aku dibuatnya..

tapi..he so sweet... we went SUNWAY PYRAMID.... berjalan di sana...
hehehehe...memandangkan mmg dah lama simpan hajat nk beli hp baru, dan duit YPJ pun dah masuk, teruslah beli hp.. lama kot menunggu hp baru.. en don tercinta tlong beli kn skali...

Thursday, September 5, 2013

completely success "cabut gigi"

credit to : KLINIK PERGIGIAN MASAI 
the best ever dental clinic services

the doctor give some briefing about the procedure, effects and the risks..then i stay outside the room..the sound is highly loud that i heard when first patient treated and clearer than rain sound outside..my turn,,my name was mentioned as the second patient and with clam i enter the operation room.

mula-mula di bius..pastu mulalah operasinya...dah tak boleh nak cerita panjang..kepala pun rasa tak ligat utk membuahkan isi-isi entri ni...sedang operate, doktor & assistant dia pun ketawa tengok aku..tiba-tiba bangun dan cakap "nak minum.." "awak nak minum ape? kumur-kumur je lah". nak kumur pun aku tak terdaya,,mulut ni dah kebas sgt..macam tak ade deria dan tak boleh kawal mulut dgn baik..comot cara aku kumur..

"sakit?" "rasa bibir macam nak terkoyak" -sebenarnya bibir kering kejap-
"gigi awak dah keluar" -tiba-tiba aku ni bangun pulak-
''awak nak ape? kenape'' -sebenarnya aku dgr mcm dia ckp 'sudah''bangun'

baring semula...jahit pulak...
ada certain time tu diorg tanya ''eh pengsan ke?''

30 minit masa yg diambil utk cabut wisdom tooth ni..
3 catridge bius aku terima..
aku pening sebenarnya, dan rasa mcm lost..ape yg lost pun aku tak tau..mamai..
diorang suruh aku baring je dulu sampai tak pening...15 minit aku baring kat tempat yg sama,,

diorg berbual dgn aku..aku bersuara kecik je.. sbb mulut kebas..separuh bibir bawah aku ni kebas...sampai ke telinga...apa pun dah selamat..ayah ada tunggu aku kat klinik...ok,,masih pening, nak tido..

#everything same with the video as previous entry#

Saturday, August 24, 2013

minor surgery wisdom tooth!!

seriously, aku ni gonjol..dah fobia dengan cabut gigi boleh plak pergi cari tahu pasal minor surgery gigi bongsu tu! owh...takot plak rase nieh lah weyhh..!

http://pajillnostra.blogspot.com/2011/01/gigi-bongsu.html
http://blogcikziera.blogspot.com/2012/09/pengalaman-pertama-kene-bedah-di-klinik.html

kesimpulannya, bius mmg 4 ke 6 kali,, bedah dalam 30 minit.. pendarahan 1 hari tak henti dan next day kurang,, pain killer kene standby byk2..pastu keje makan bubur je lah..

aku dah terasa mcm nak gile2 privacy pas cabut gigi nanti,,& tanpa warning aku nak pelempang terus je adik2 kat umah yang wat kacau time2 genting..ape yang aku nak semua orang diwajibkan penuhi kehendak aku..ceh melampau..! yelah,,mane tak nye,,doktor kata awak akan dpt MC 2-3 ari nanti,,hah tu dah jelas terbukti sakitnya teramat..ni lah first time aku akan di jahit...

aku tengah tunggu je ni call dri klinik utk appointment..arh!! peduli semua tu,,tak yah nak takut-takut sangat lah.. bencilah aku! tak nak aku tengok blog orang lagi pasal wisdom tooth ni..!

geraham bongsu yang mengada, mentang-mentanglah "BONGSU"

seperti yang aku dah jangkakan sebelum ni, tak mustahil aku ada masalah pertumbuhan gigi bongsu kemudian hari..dan harinya sudah tiba... geraham bongsu yang aku sangka memang betul-betul lambat keluar sepenuhnya rupa-rupanya salah,, penjelasan doktor gigi, tiada ruang rahang lagi untuk tempatkan geraham bongsu aku sebatang...barulah aku tahu tempoh untuk keluar sepenuhnya ialah 6 bulan, tapi keadaan aku average atau lebih dari setahun..

tak sangka, alhamdulilah aku dapat jaga dengan baik tanpa ada gigi berlubang di geraham yang selalunya dikaitkan dengan berlubang kerana mengumpul sisa makanan.. 

ye, memang betul procedure yang aku lalui, macam biasa kene ambil X ray untuk tengok keadaan susunan gigi dan tulang@akar gigi.. first time tengok, cantik gigi aku tersusun di imbasan X ray..

kos rawatan utk cabut geraham bongsu di swasta RM100-300, dengan kos yang tinggi ayah syorkan aku ambil rawatan di klinik kerajaan..mendapatkan penjelasan jelas dari doktor dan memang solution terbaik utk dicabut gigi itu kerana jika tak cabut, pengakhirannya gigi berlubang dan tetap kene cabut jugak!

kes macam ni tak lah begitu janggal berbanding kes geraham bongsu yang tumbuh secara "horizontal"..gigi aku tumbuh secara normal cuma masalah tiada ruang dan sebahagian gigi itu tertutup dengan gusi..untuk mencabutnya perlu X ray dulu dan I need of surgical treatment..kos di klinik kerajaan lingkungan RM15-RM50 mengikut tahap kesusahan gigi utk dicabut.

sebab-sebab kukuh untuk membuang gigi geraham bongsu:

- Pericoronitis [radang yang berkaitan dengan geraham bongsu]
- Komplikasi yang berkaitan dengan kerosakan gigi [tartar dan plaque]
- Periodontal [penyakit/jangkitan gusi]
- Kista (cysts) dan tumor yang berkaitan dengan geraham bongsu.
- Risiko set geraham dan gigi lain rosak dan kegagalan akar gigi untuk berfungsi dengan baik.
- Kesakitan yang kronik dan tidak selesa.
- Masalah gigi tidak sejajar.


ini keadaan gigi bongsu baru nak keluar

ini hard copy x ray gigi aku


 
keadaan gigi aku ialah "soft tissue vertical impaction"
gigi sudah mula tumbuh di permukaan tisu@gusi tapi tidak sepenuhnya.

memang dari kecik lagi aku ni takut sangat cabut gigi,, keluar bilik cabut gigi, aku menangis tak henti sampailah ke rumah,,naik motor dalam perjalanan balik ke rumah aku tak henti menangis. teringat dulu time ayah hantar ke klinik, ayah akan bagi duti syiling untuk aku beli air cincau gedegang (air tin dalam mesin) konon supaya aku leka takut cabut gigi. Sampailah ke hari ini, dah usia 22 tahun ayah masih belikan air tin utk aku sebelum jumpe doktor gigi,,

ape itu gigi bongsu? kenapa ia tumbuh? kenapa tidak sempurna? kesan-kesannya semua aku dah faham,, cuma sekarang aku nak research sikit macam mana surgeri tu dilakukan..ni semua dengan harapan aku lebih bersedia. 



mudah-mudahan semua berjalan dengan selamat sebelum dan selepas. Arggghhhh....takut,,tengok orang kene bius kat klinik tadi pun dah tak tahan..hurm... 

Tuesday, August 13, 2013

Love u Umu Nadiah Jamaluddin...

https://www.facebook.com/don.triplethree/posts/607083205988862?comment_id=6263259&notif_t=like

En Don Triplethree post "sweet" macam ni... 

Love u Umu Nadiah Jamaluddin... 


did you know what bie?
you was surprise me!
thanks so much dear.



My Beloved Dady


En Jamaluddin Bin Daud 
with his daughter
Miss Umu Nadiah Binti Jamaluddin

Love Ayah..Muahh!

En. Buah Hati Ku

Tarrarr...mempersembahkan.. en buah hati ku :

"Norashidin bin Abdul Khalil & Pasangan"


Selamat Hari Raya Aidilfitri Sayang Ku. 
Alhamdulillah kite dapat berjumpa di hari raya pertama kita ini ye. terima kasih kerana mencari masa utk dtg beraya di rumah.. suka melihat en buah hati ni datang ke rumah, jumpa orang tua, makan juadah hari raya bersama mak ayah dan along sekali... siap bertambah, yang best lagi,,en buah hati ni sembahyang maghrib berjemaah dengan ayah di masjid,, sebelum tu ayah bawa pusing2 ronda kampung dulu... kenal-kenal rumah sedara..

wah wah wah, pandai dia ambil hati orang tua ye...tapi en buah hati ni bukannya hipokrit,,memang cara dia macam tu tak kira dengan orang tua ke, kawan-kawan ke, dengan cinta dia ni ke, dengan family dia ke,,apa yang dia show tu la sebenarnya diri dia... no plastic plastic..


Norashidin at BASF Petronas, Gebeng

sekarang dia tengah training kat Gebeng, Pahang.  buat keje baik2 ye..hati-hati. utamakan keselamatan tu.. Isya Allah dengan performance yg baik, dia dapat di serap kerja di company yg sama juga.. Wish you good luck my dear hubby. 

Aidilfitri Minal wal Faizin

alhamdulillah memanjatkan kesyukuran kepada Nya yang Maha Esa. di pertemukan lagi Ramadhan & Syawal tahun ini.. 2013. meriah terasa, sangat2 meriah... pertama kali aku menunaikan ibadah sunnat sembahyang aidilfitri. membentangkan sejadah untuk jemaah.. insya Allah akan diteruskan untuk Aidilfitri yang berikutnya...

seronok, tahun ni beraya bersama ahli baru, Norhana isteri kepada abang sulung ku.  tak merancang tapi tema baju di pagi syawal kami sama..


seperti selalu, lepas makan dan bersalaman, semua berkumpul di rumah Nyai Jumah. menjadi amalan bacaan tahlil setiap pagi syawal untuk arwah Embah Marhaban. kali ni ditambah dengan selawat.. meriah, tahun di mana ramai yg berkumpul...giliran beraya di rumah nyai. 






seronok, seronok juga... tahun ni raya tetap masyukk...alhamdulillah masih dapat duit raya..segan jugalah nak terima duit raya dgn umur yg da tua ni... rezeki jangan ditolak, maut jangan di cari..

insya Allah dari tahun ke tahun ukhuwah ini makin erat. 
amin.


Wednesday, July 10, 2013

Seperti Dia.. avoid be someone else!



ku lakukan semua hanya untukmu 
biar kau tak mengerti apa maksudku
namun masa terlalu singkat
untuk aku buktikan padamu
untukkku buktikan..padamu

ku jejak tiap haluan dia tuju
kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia
ku harap malam tak muncul bintang 
kerna mereka tahu aku tak sama

ku harap malam tak muncul bintang 
kerna mereka tahu aku tak sama

jalani hidupku jadi dirimu
mencari sesuatu yang pernah hilang
namun hidup terlau singkat
untuk aku buktikan semua
untukku buktikan semua

OST "RAMADHAN YANG HILANG"

bukan nak kupas drama bersiri slot samarinda...but the topic is about how we can still survive to be someone else..wow..bagaimana seseorang kuat untuk menjadi seperti individu lain? 

seperti kita tidak bersyukurkan apa yang kita miliki sehingga kita terpaksa berkompromis dengan diri sendiri, melupakan keinginan sendiri, memaksa diri menjadi seseorang yang bukan mencerminkan identiti sebenar kita.. 

and we can conclude..what actually that we get by trying to be someone else..
were are not happy, and the most important we are cheating ourself.. 
yeah.."improving our life from time to time is necessary, but without copying others"

people do not know who they really are and what they actually want out life..we can come out with self awareness by having the clear perception of personality which including strengths, weaknesses, motivation, emotion and so forth.

just a simple advice, but it can give little impact on the way u think you are..
"SELF ACCEPTANCE" it is very interesting if we accept and loving ourself while acknowledging our shortcomings or limitations. 

kita perlu meletakkan diri kita di bawah, dengan perasaan menghambakan diri, tak perlu untuk kita menjadi "perfectionist" dengan menipu diri sendiri.. percayalah, menjadi diri sebenar adalah lebih membahagiakan kerana kita tidak menipu orang lain juga malah persekitaraan akan terima kita dengan seadanya. 

Tuesday, June 25, 2013

Istiqa mohon hujan turun

lepas zohor tadi, Masjid Negara ada buat solat hajat minta turun hujan, alhamdulillah diturunkan jua.

sepakatnya umat islam dalam mencari nikmat tuhan...
seharian kepanasan tinggal di isi perut rumah half apartment ni..
sliding window masih tak dibuka memandangkan jerebu teruk diluar..ni semua akibat aktiviti pembakaran indonesia yang mana dikatakan strategi utk menyubukan tanah tanaman....

tanpa ada had pembakaran, asapnya bersiar di bumi singapura dan malaysia...
keseimbangan bumi tercemar, khalifah menjadi alpa akhirnya derita dengan "kebodohan" sendiri.

terimbas perkongsian pendapat di usia zaman persekolahan...
tidak mustahil selang berapa abad lagi manusia akan berebut2 utk hidup,,disaat itu, yang kaya akan menguasai dunia, dan yang miskin tidak lagi mendapat kebajikan....

hidup dengan hilangnya ekosistem keseimbangan bumi, oxygen terhad...
dan di ketika itu manusia dengan pengaruh besar bersama ringgit dollar yang banyak mampu membeli alat pemberi oxygen.. wow... sampai nak hidup bernafas pun perlu beli oxygen,,? perlu berebut-rebut mendapatkannya?  tak mustahil ada yang sanggup bergaduh dan berbunuh untuk merebutkan oxygen terhad itu,,,mungkin jua ada oxygen buatan manusia & side effectnya lebih teruk...siapa boleh jangkakan??

sekarang kualiti udara merundum...
sekolah dan ipt juga di tutup....
aktiviti harian tergendala... penyakit baru boleh datang bila2 masa... imuniti badan manusia juga tak sekuat zaman nenek moyang kita dahulu... mana tak nya, dihidangkan dengan makanan tak berkhasiat, latihan fizikal pun tak di amalkan...

kesedaran pada diri juga, dihadiahkan tubuh yang sempurna dan bumi yang sesuai utk hidup, sama-samalah menjaga amanah...

jerebu di pasir gudang

pembakaran di Indonesia

macam ni lah imaginasi manusia dan bekas oxygen

Monday, May 6, 2013

Telekung Modern Cantik


mendamba telekung ini...
gedik-gedik sikit kat bakal husband..


nak telekung ni di jadikan antara hantaran utk majlis kahwin nanti..

SITI KHADIJAH 

lambang cinta abadi


Telekung Siti Khadijah Sulam c/w Kain Moden [M SK]

Friday, May 3, 2013

PETUA JIMAK MELAYU ZAMAN BERZAMAN

Post hanya utk dijadikan guideline bila sudah sah halal.
Insya Allah

1. Bertenang Ketika Memulakan Jimak

Apabila suami mahu menusukkan zakarnya kedalam faraj isteri, bertenanglah dan sama-samalah dengan suami membaca Bismillah. Ketenangan ini penting bagi penghayatan rasa, dan InsyaAllah isteri akan merasa lebih nikmat dan mudah mencapai kepuasan.Rasulullah s. a. w. sendiri berpesan kepada isteri-isterinya agar bertenang ketika itu. Menurut riwayat Al-Khatib danUm
mu Salmah, Rasulullah menutup kepalanya, dan membisikkan kepada isterinya ‘engkau layari dengan tenang’.

2. Menghisap Lidah Tanda Menyerah Sepenuhnya

Dari riwayat Abu Daud: Sesungguhnya Rasulullah s. a. w. ada mencium Siti Aisyah serta menghisap lisannya (lidahnya). Bukan saja menghisap lidah itu sunat dilakukan ketika berlangsungnya jimak kerana mengikut cara Rasulullah s. a. w., ia juga akan membantu suami agar tahan jimak dan menghebatkan kenikmatan pada wanita kerana bersatunya nafas, kenikmatan yang dirasa itu berganda hebatnya berbanding jika tidak dilakukan hisapan lidah, malah ia juga adalah tanda bahawa isteri menyerahkan jiwanya dan raganya untuk dijima oleh suaminya. Untuk melakukan ini eloklah isteri menjaga kebersihan mulutnya, begitu jugalah bagi pihak suami.

3. Paling Selesa Berada Di Bawah

Posisi jimak yang terbaik ialah suami berada di atas isteri dalam keadaan terlangkup sedang isteri pula terlentang di bawah suami bagaikan hamparan. Sebuah hadis ada menyebut ertinya: “Anak itu milik yang menjadi hamparan (wanita)”. Posisi inilah yang paling merehatkan isteri, dan membolehkan isteri menumpukan perhatian kepada rasa kenikmatan. Sekiranya alat kelamin suami itu besar pun, posisi inilah yang terbaik bagi menampungnya, kerana peha boleh dihamparkan selebar mungkin.

4. Seburuk-buruk Kedudukan Berjimak

Posisi jimak yang dianggap paling buruk dari segi kesihatan ialah keadaan dimana isteri berada di atas suami sementara suaminya pula baring terlentang. Dengan posisi ini suami akan memasukkan zakarnya dari arah punggung isterinya. Dan segi kesihatan ini dianggap bahaya kerana mani tidak boleh keluar habis dan boleh menyebabkan kerosakan alat kelamin dan boleh mengakibatkan suami mati pucuk.

5. Cara Mendapat Anak

Ada petua yang mengatakan bahawa untuk membolehkan isteri mudah hamil, sebelum jima perlulah digeletek dahulu (dirangsang) purananya (kelentit). Dari sudut seksologi moden, perkara ini dianggap karut dan tiada kena mengena dengan kehamilan. Penulis juga bersetuju dengan pendapat moden ini, dan berpendapat bahawa rangsangan purana itu lebih bermakna sekiranya suami mahu membangkitkan keghairahan yang tinggi pada isterinya dan salah satu dari jalan memuaskan isteri, dan dari segi anak, cara itu lebih memungkinkan isteri mendapat anak lelaki.

6. Jimak Yang Puas Mengawet Wajah

Menurut Mantak Chia dalam Taoist Secnets of Healing, banyak bukti yang menunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda. Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi. Kehadiran hormon-hormon ini di dalam darah impaknya melambatkan proses menjadi tua. Jika diperhatikan, wanita yang berkahwin adalah lebih berseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang umurnya serupa tetapi belum berkahwin. Pada pendapat penulis, inilah tanda bahawa wanita-wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta, dan jiwanya rasa terisi, gembira dan tenang.

7. Mengemut Ketika Buang Air Kecil

Bila buang air kecil, kemutkan faraj agar air kencing tertahan, kemudian lepaskan, ulangi 10 kali sekurang-kurangnya dengan pantas.Dalam masa yang sama, tarik otot-otot perut. Ini menolong mengawal pundi-pundi kencing yang lemah, menguatkan otot-otot kemaluan dan mempertingkatkan tenaga jima.

8. Menyusukan Anak Menyempitkan Faraj

Menurut Dr. Edwin Flatto, terdapat hubungan fisiologikal antara payudara dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukan saja kurang kemungkinan diserang barah buah dada dan barah rahim, tetapi setiap kali dia menyusukan anak dengan payudaranya, otot faraj akan menguncup. Ini menolong otot faraj untuk kembali mengecil dan tegang seperti sebelum melahirkan.

Friday, April 26, 2013

CHIENTA

sekali lagi aku jatuh cinta, cinta apakah yang membawa aku senyum tak mengenal masa..
telah menjadi kenyataan nota-nota kecil ku dulu;

siapa sangka sebalik lara yang berpanjangan ini wujudnya satu kebahagiaan yang tak berpenghujung kemudian nanti. terus berharap sinaran indah menghapus suram kedukaan.

indah... pelangi ku muncul menghibur hati mencurah kasih pada yang dinanti,,
kesudian ikhlasnya ku sambut dengan tenangnya hati ini tiada berbelah bagi pujaan hati..

indah khabar dari rupa, lakaran idamanku tidak setanding kilauan sinar peribadimu sayangku
entah apa kata dapat ku luah, entah apa irama dapatku hiburkan,
biar hilang kata untuk dirungkai, biar hilang irama untuk ku dengdangkan,
cukup sudah dengan kau mengerti perasaan hatiku menapak di jiwamu sayang

mabuk hati ku mabuk, fikiran ku melayang tak keruan
mabuk hati kau mabuk, fikiran aku juga melayang tak keruan


umu.nadiah@facebook.com

will be my family

will be your family sayang

Thursday, April 11, 2013

Berjayanya Aku Di Sini...Berjuanglah!

congratulation...
telah berjaya tidak memakai jam tangan selama 6 minggu...(tertinggal di rumah makcik)
wow...rasa puas pada diri ini, tanpa jam aku masih boleh teruskan hidup aku...perasaan berat di hati kecewa dulu berkurangan dengan ringannya tangan tanpa jam...

tengoklah hai pencinta masa lalu ku,, aku sedang success....
biar dulu aku kecewa, tapi kini aku tabah...aku dah uji sendiri diri aku..aku tahu aku bukan manusia yg lari dari masalah seperti yang terjadi antara kita..aku mencabar diri ku, membangkit semula biarpun dengan kenangan lalu yang tiba tiba menyepi mengejut..

terima kasih kerana kau beri aku harapan dan menjadi sumber inspirasi aku dulu..
usah bimbang lagi, aku masih teguh berdiri, walau cacat anggota ku, aku pasti aku mampu...

nanti aku akan amek semula jam yang tertinggal kat rumah mak cik...
aku dah buktikan, aku boleh teruskan tanpa @ dengan adanya jam tangan hadiah dari pencinta masa lalu ku..

you're number 1 for me!

saya Umu Nadiah binti Jamaluddin, sangat sayangkan emak saya Sulaimi Marhaban dan ayah saya Jamaluddin Daud... FULLSTOP!

tak de sape boleh halang perasaan sayang ni...
tak kira perkara mendatang, nak saja berjasa pada mak dan ayah..

sayalah permata hati mak ayah...kenakalan saya, kemanjaan saya, kedegilan saya mereka je yang ikhlas melayan..

LOVE SOO MUCH...


Sunday, March 24, 2013

EMAIL

menjengah semula email-email lama..memang sebenarnya aku mencari namanya, namanya yang aku telah sepikan setahun sudah...cerita kita berdua,,dah setahun cerita kite berdua berakhir..

tak sepatutnya aku memikirkan hal lepas andai jodoh jelas tiada utk kite berdua..kenapa aku berbalik pada kisah dulu..aku manusia biasa, benar aku mudah utk memaafkan tapi aku pengingat sentiasa setiap babak kite berdua..

tenangkanlah diri ku,,dia cukup bahagia sudah lebih dari memadai...
aku memaafkan kau..

Sunday, March 17, 2013

Usah Sombong..Solat Ishtikharahlah Umatku

dalam sedang kepala bercelaru,, chatting dan bertanya pd kawan2 lincah padaku...untuk berkongsi penyelesaian atau meminta pandangan...

"umu, jgn sombong dengan tuhan, tuhan tu dah bagi jalan pada kita utk wat sembahyang isthikharah untuk setiap yg diluar kemampuan kita dalam mencari penyelesaian"

akhirnya aku mengambil langkah untuk melakukan solat sunat 2 rakaat ini.. ya! aku sukar utk membuat pilihan yg cenderungnya jauh dari fakta dan dekat dgn subjektifnya keadaan... ya! kerana aku tidak berani membuat keputusan, aku harus,,, ya! aku harus mengerjakan solat ini...

tiga hari berturut aku melakukannya...disarankan tiga hari atau tujuh hari berturut... aku terjumpa sign.. sign sign sign..n aku tetap ingin mencuba utk melanjutkan selama 7 hari... utk mengelakkan respon nya ter effect dari kehidupan harian di siang hari... atau permainan syaitan...

tapi kenapa...kenapa aku terberitahu pada org lain ape yg aku alami dalam sign ishtikharah itu... aku kurang gemar memberi tahu setiap butir yg peribadi pada ku kepada org lain wlu pun org nya rapat pada ku...

dah terlepas kata, tak de nye nk rewind2 lagi...
dah..skrg fokus pda hari lanjutan solat ini...

jangan diwas-waskan pada apa yg ditunjuk...pd cara tuhan memberi pilihannya utk yg kita hajatkan...
insyalah jauh dari tipu muslihat syaitan... tidur dalam keadaan berwuduk insyalah..

AMIN YA RAB..TUHAN MAHA MENGETAHUI SETIAP APA YG TERJADI, DIA PEMUDAH SEGALA KESUKARAN..

Saturday, March 16, 2013

kami cinta satu sama lain


Adik   : Ummi Nadhirah binti Jamaluddin (2 Mei 2002)
Kakak   : Umu Nadiah binti Jamaluddin (1 Mei 1991)

KAMI CINTA SATU SAMA LAIN
XOXOXO

adik kesayangan hamba "ummi",, penghibur duka dan lara ku... gelagatnya mencuit perasaan lenyap gundah bersama dia... tak sampai hati untuk marah pada adik bongsu ni... bile aku dan dia ade kat rumah, terserlahlah kebisingan isi perut rumah dengan suara emas kite berdua... rindu sama adik.. ke mana aku pergi pasti dia nk ikut...bila dah berjanji dengan dia, mesti ditunaikan... 

segala benda aku nk serah, bagi pada dia...indah lgi jika aku dapat puaskan apa yg dia nak...sekarang terlimit lg adik...belum bekerja... aku dah janji pada adik utk rebornding rambut dia..dia pun tak kan ptong rambut dia lg..dia tunggu aku kerja utk kotakan kata2 aku... 

bile pulang setelah sekian lama tak menetap kat syurga family,,,org yg aku cari "adik"! peneman aku..nak makan pun tunggu dia... semua nk bersama dia..tak seronok tak de budak kecik..tak mau dia jd besar,,nak saja dia kecik dan comel... dihimpit2 nye aku waktu malam tengah tdur... dipeluknya pinggang aku bila tidur bersama... yg paling aku tak suke dengar "kak umu nak balik besok? ala...kejap nye.. tak payah balik lah kak umu" kesian kat dia tak berkawan di rumah... tak pe... pergilah main dgn adik sepupu ye cik dayah anak wak rom n anak2 jiran rumah...

 

teringat waktu aku bergelar cikgu tuisyen perintis di kampung kopok...aku dan syuhadah menjadi guru mengajar di situ... suke nye dengan karenah budak2... adik sedia teman aku membeli buku2 utk pelajar di pusat tuisyen perintis... alhmdlah adik pun ade minat utk belajar,,di minta aku utk membeli buku berunsur pendidikan akademik utk dia... ok,,im willing to do everything just for u my beloved younger sister... adik yg pandai..pandai,,tanpa ulang kaji adik boleh dpt result exam yg agak cemerlang... keep it up dear...


aku yang giler kejap kejap...aku yang gedik selalu...menyampah dah org kat umah nk melayan karenah aku... tergedik sana sini... perasan dan berangan... adik pun naik pening dapat kakak mcm aku... adik kadang2 pemikirannya matang seolah2 dia telah dewasa berbanding usianya... tak pe,adik yg masih setia melayan karenah kakaknya... impak drama lakonan artis di tv memberi kesan pada kanak2 generasi kini... pandai mereka menilai setiap yg berlaku di sekeliling mereka...jangan di marah budak2 ini keran mereka cuma belajar perkara yg baru dan respon mereka adalah jujur... love u adik..!

Friday, January 25, 2013

Reverse Entry 4

ALHAMDULILAH is the Best Word

2 december 2012..officially graduate with DIPLOMA HOLDER title.
thanks mak ayah coz u all tolong i..tolong daokan i belajar dgn baik, exam semuanya..
wow..it really the big day for me n my lovely mummy n daddy.

menerjah kembali masa masa yg telah berlalu dibelakang. mak dan ayah. dua insan ini paling berharga bagi saya, tak kira siapa mereka, bagaimana keadaan mereka, dan bagaimana keadaan saya,,yg tertanam di hati saya ialah mereka ialah insan paling penting bagi saya, tanpa mereka siapalah saya, tidak saya lahir ke bumi ini.  kenakalan saya, kedegilan saya,, semua di balas dengan kesabaran dua insan istimewa ini. mak dan ayah.

mak dan ayah thanks sebab datang ke majlis graduasi saya. saya dinobatkan sebagai antara pelajar terbaik.. berbeza dengan graduan lain, saya dihiaskan dengan selempang purple.
dgn nombor giliran 939, nama saya disebut jelas.

PENERIMA ANUGERAH NAIB CANSELOR, Umu Nadiah Binti Jamaluddin.
wow..syukran ya rabb, syukran ya abi n ummi, wow...fresh flower as the present from my mum n dad.. thanks so much! i love fresh flower,, lebih love if yg bagi ialah org tersayang...love love mum dad..adik umi, thank ptung comel tu yerk..nyai,,,thanks dgn bunga n ferrorrocher tu, cik aca cik non nazran syasa, thanks jugak coz sudi dtg n beri hadiah..

amazing, ayah mkin sporting,,kite semua bertukar2 jubah dgn mak n ayah,,wow, ayahku grad n terima anugerah naib canselor, my mum pun same,,, thanks so much...
WITH MORE LOVE FOR MY MUM DAD N BELOVED FAMILY.




Reverse Entry 3

YA TUHAN!

surprised me, i found my first love again. what??? my first love!
yes. i found him. we start know each other when i was in form 3. it is blind love, we never meet each other before declare in relation.  i found my first love again is our first meet.

SPEECHLESS (secret to be in more detail coz it subjective that can't to express easily)

Reverse Entry 2

my examination week!

study week sgt lame, 2 minggu..org lain 1 minggu jerk. tapi sengsara coz paper semua rapat2...first time jadual exam mcm ni...

CHICKEN POX!!!!!!!!!!!!
dua hari lagi nak exam, kene chicken pox pulak...jangkit ummi si adek kecil kesayangan hamba. persaan sangat diuji. diuji dalam tempoh nk exam. dktor nk bagi MC tapi saya tak nak coz sy nk abeskan jugak exam sy n tak moh repeat paper.

alhamdulilah syukur sangat2 coz kawan2 bg moral support. my classmate, my housemate, my roomate, my colleague, plus my lovely daddy n mummy... skit pun kwn2 tak jauhkan diri dari saya sebab saya sakit berjangkit kan.. kwn2 relax je, siap diorg baring lepak2 kat tilam saya yg jdi favourite diorg dgn kelembutan toto n bantal..selalu jugak diorg dtg bilik tnye2 kbar, study, discuss... n my roomate, tak percaya, dia belikan 100plus n bubur utk saya..owh caring nye.. my housemate pun "umu nak kirim ape2 tak? kitorg nk p beli mknn ni" "tolong saya sapu kn ubat kat biji2 chicken pox" wow..thanks u all. diorg siap ckp diorg akn subahat utk rahsiakan dri umum yg sy sakit, so bolehlah saya amek exam dlm hall. sebab, sometimes unit exam tak moh consider dgn org yg sakit2 mcm sy ni, jd conclusion maybe diorg suh balik kg n repeat paper, tak blh amek exam.

kwn2 nangis time study utk exam, sbb stress dgn jadual exam yg crazy tu! tp saya tak terasa menangis mcm diorg, saya sedih sebab hari ke hari badan saya mkin bnyk ditumbuhi dgn biji2 berair tu... muke pun! tersedih n ternangis, sebab sakit2 tak de family utk jaga kat sini, tapi tak pe, sebab sy ade kwn2 yg baik hati..love them so much! sory korang coz terpaksa susahkan korang.

1st day nk exam kwn2 nervous,,tapi saya sebuk fikir nk wat mcm ne dgn muke ni yg dah tumbuh biji2.. last day paper, lepas je pengawas kutip kertas jawapan, rasa lega sangat..senyum jerk! kuar je dewan, terasa mcm segala keberatan beban kat badan ni serta merta lucut ke bumi... huh! tuhan n kawan2 je yg tau perasaan kami ni.. n tak sedar, rupenye sepanjang satu hari tu tak makan pun,,cume mkn 1 bungkus roti gardinia 70sen sarapan sblum exam.  akibatnye!!!! segala perut2 kat dalam ni terasa dicucuk2 start tengah malam.. esok paginye pulak srapan McD,,thanks anis belanja McD wlu pun sbnrnye mcm tak de slera nk mkn..

hurm.. next sem, kitorang akan plan betul2 schedule kitorang... make sure dpt lect yg best.. jadual tak pack.. n paling penting jadual exam kene baik punye! if tak baik kene cepat2 complain... ok remeber that!

Reverse Entry 1

lama sgt dah sy tak update entry kat blog...lame nyerrr!

sekarang saya ada kat rumah..cuti sem dah pun start!! yahoo!! betul, rase mcm ini ialah pereksa akhir tahun degree sy. betul kata kak nisa, degree memang sangat tough. once i enter degree, I must complete my education in degree level.

Huh! Completely done 7 final paper within 9 days… penat sangat2..
So sekarang saya sedang berlepak2 manjakan diri setelah penat berjuang bljr…
Mak ayah, thank you so muchhh,,much much and much.. doakan anak yg sorang ni jwb exam..terharu!
Frankly speaking, saya memang perlukan banyak2 sokongan utk belajar kali ini, lebih2 lagi makin jauh dgn family..makin dewasa makin saya sayang dan rindukan family.

Yup! Thanks friend. Opss! Correction. THANKS BFF!! Yesterday kitorang kuar jalan2. Tgok movie MAMA (hantu mama).. agak best pada sy, hantunye tak la seram, cume suspen2 bnyk… syuhadah tak adil..! aku n erin boleh jerit2 ketakutan, ko stady je ea syud.. snap snap picture,,, best, rase mcm dah girls day pulak,, then p mkn chicken chop at BBU,,nyumnyum…

Biasenye the way I appreciate myself dgn cara beli sesuatu yg mahal.. before this saya dah beli handbag..tak menyesal langsung walau harga mahal utk satu handbag je, sebab tu kan tanda menghargai diri sendiri.. but, mcm kali ni saya lebih pd enjoy, kuar dgn kwn, mkn mkn bla bla bla..ops.. mungkin tu tak, tak tu bukan appreciate dri, tu sebab saya memang dah bercuti betul2 utk sem ni.. penat belajarkan. And nanti if result dah kuar, if bagus, barulah namanya saya akan appreciate diri sendiri based on my performance.

Right now, kene banyakkan berdoa supaya keputusan peperiksaan ok n isyalah cemerlang.
Dah berusaha, skrg berdoa dan bertawakal.. nak happy kn mak n ayah lagi..
Ya Allah,,takutnye nk menantikan result. Wish me good luck.. (^_^)