Monday, December 23, 2013

Exam, please be nice

ANNOUNCEMENT! FACE your BOOK and study.

dah banyak masa berlalu, semester baru yang bermula dari September 2013 hingga ke Januari 2014. sedar tak sedar Alhamdulilah dah hampir penghujung sem 4 dan aku dah lalui banyak hal untuk ke peringkat ini.  terimakasih pada parents and family, lecturers and friends for help in academic and in face the reality of life.

teruknya kerana semester 4 ni aku banyak leka & tak serius dalam academic, tau tau je dah nak final.. alhamdulilah juga last minit aku dapat apply duduk hostel jadi dapatlah aku lebih fokus belajar Insya Allah.

semester yang banyak berdikari sebab lecturer dah mula 'bagi sudu untuk kita makan sendiri", dah tak ada istilah "semua lecturer suap untuk students".

orang seperti aku tak suka penyesalan, sebab yang lalu tak boleh di undur.. masa yang aku bazirkan sebelum ni dan ambil ringan tentang pelajaran, tak guna untuk aku kesalkan melainkan ambil iktibar dan jadikan pengajaran.

jangan give up. just try to follow the time appropriately. sebenarnya aku rasa berdebar & gementar juga dengan exam kali ni..banyak subjek dah tukar format exam yang baru..lain pula dengan assessment mark aku yang aku sendiri tak tau macam mana performance aku.  aku masih lagi berusaha dan berusaha untuk perform dengan lebih baik di final exam ini..

azam aku dalam pendidikan ini untuk menjadi salah seorang graduan ijazah dengan kelas pertama.  melihat senyuman gembira ibu bapa dengan kejayaan ini dah cukup membuat aku tersenyum bahagia untuk ibu bapa ku. aku nampak jelas sepasang raut wajah ibu bapa ku keriangan dengan Selempang Anugerah Naib Canselor yang tersarung di bahu aku waktu majlis convocation diploma level on December 2012.  siapa tak nak mengembira hati orang tua, Insya Allah aku akan usaha lagi untuk kebahagian orang tua ku.

yang ku harap, biarlah ilmu pinjaman Allah ini diberkati dan tidak menjadikan aku angkuh atau sombong, malah aku harap dengan ilmu ini dapat aku praktikan dan sebarkan kepada kawan-kawan. Berkat doa ibu bapa itu penting untuk aku berjaya, semoga Allah jua memakbulkan doa ibu bapa ku untuk aku berjaya lagi pada semester ini.

percayalah emak dan ayah, saya masih berusaha untuk pencapaian pada semester ke 4 ini. doakan anak mak dan ayah ini ya.

berbalik semula pada belajar, niatkan belajar ini sebagai salah satu ibadah yang dimana kita belajar kerana beribadah kepada Allah, Insya Allah dipermudahkan urusan.

jangan terlalu overconfident umu nadiah, biarlah kita bersederhana dahulu, Allah tahu yang mana layak untuk kita, teruskan usaha.

No comments:

Post a Comment