Tuesday, October 20, 2015

Salam Aidilfitri Salam Lebaran

Don't get confuse..!  Aidilfitri jatuh pada 17hb Julai 2015,  Jumaat.

Alhamdulilah masih ditemukan dengan bulan kemenangan umat Islam, bulan Syawal.
Tahun ini kurang kemeriahan hari raya, kakak di kedah tak dapat balik ke johor, kakak ipar pun terpaksa bertugas di hospital dek kerana tanggunggjawab seorang jururawat.

Tahun ini aku menyambut Aidilfitri sebagai seorang anak dara yang berada dibawah tanggungjawab ibu bapa aku, tahun depan  aku beraya sebagai isteri kepada suamiku, insya Allah juga sebagai seorang ibu. Tiba tiba rasa sebak pula, ayah dah menjaga aku dengan sebaiknya selama 24 tahun, dan aku bakal di ambil oleh seorang lelaki lain pula.

(^_^) (^_^) (^_^)

Tahun ni juga aku dah start bagi duit raya pada anak buah dan sepupu2.. Emak ayah, adik2, nenek dan cik rom tetap dapat bahagian masing-masing.  Macam mana pun tetap berjimat, sebab selang beberapa hari, aku akan bernikah dan perlu berjimat. Aku bernikah pada 22 Syawal 1436.


* gambar keluarga raya *

 


 



 




No comments:

Post a Comment