Tuesday, October 20, 2015

Tarikh Nikah Around Corner

1 Syawal dah sudah... bermakna semakin dekatlah tarikh pernikahan aku.  Semakin kerap aku lambat balik rumah..habis sahaja kerja, ada saja langkah aku ni ke kedai-kedai peralatan hantaran perkahwinan.  Beli bunga lah... tak cukup barang singgah lagi beli sirih lah... riben lah.. kalau boleh aku tak nak beli banyak2 terus sebab tak nak membazir kalau baki barang gubah tak terpakai.

Balik lambat pon ada alasan lain, ke kedai printing tengok design kad kahwin, tengok bunting kahwin... sempat juga aku tolong student untuk order baju event di kedai printing yang sama.

Walaupun orang nampak aku macam busy @ penat, aku tak kesah, yang penting usaha aku ni berbaloi dan aku tak menyusahkan orang lain..banyak urusan aku deal sendiri antaranya :

# hantaran
# kad kahwin & bunting kahwin
# goodies
# pelamin DIY
# makeup
# baju nikah beli (set lelaki dan perempuan)
# baju dress resepsi


Lain-lain ni bantuan emak + ayah + Don

# catering - mak deal
# khemah - ayah deal
# cameraman - don (guna khidmat bos don)





*** satu-satu aku release gambar bila hari yang di nanti makin tiba ***

 


*** bunting simple & vintage concept yang aku nak ***


  

*** timberland di JPO yang dia nak, aku bagi sebagai hantaran, kasih sayang don terhadap aku lebih banyak jika nak bandingkan hanya dengan timberland shoe ***

*** marks & spencer ni dia dapat beli di KLCC kebetulan interview di situ ***

dia memang sesuai beli barangan yang berjenama international, sebabnya saiz tubuh dia tu besar susah nak di cari kalau jenama tempatan.. cuba bayangkan kasut sahaja saiz 12 - 13. 

marks & spencer ni dibeli utk pakai majlis resepsi, daripada tempah baju 1st user (sewa sahaja rm500) disebabkan saiz baju tak ada  baiklah beli sendiri dan boleh dipakai berulangkali.




inilah goodies yang aku, adik-adik & mak ayah buat.  aku design corak tengah, print, then ramai2 gunting dan tampal. Jimat.



*** ini pulak wedding counting day.. hahaha ***



*** berat badan sebelum kahwin ***

Makin dekat dengan hari nikah, aku dapat banyak teguran dari orang sekeliling, katanya aku makin kurus, Don pon agak risau dengan keadaan kurus aku.





No comments:

Post a Comment