Pada : 25 Sept 2010
awal pagi rumate aku dah siap-siap utk ke zoo ikut event student DOMT 4B yang di lancarkan kat zoo. aku nak join sekali, tapi petang ni aku akan gerak ke dungun dan bimbang pula kalau tak sempat alek dari zoo tu tepat pada waktunya, jadi dengan pendapat sya, aku stay dibilik untuk kemas barang dan wat ulangkaji utk test hari isnin,, tambahan pula mata aku ni nampak sembam.
hati aku dah di sakiti dan air mata aku dah habis kebanjiran semalam, jadi aku tak nak ada tangisan utk hari ini lagi.. walau hilang cinta si pemuda, aku masih punya cinta keluarga yang tulus dan ikhlas & aku masih punya cinta ilahi yang kekal abadi. aku siapkan kerja yang patut aku buat.
tapi hati aku terganggu sedikit, jadi aku mencapai telefon dan mendail seseorang utk mendapatkan nasihat agar tidak terus bersedih. dan kemudiannya aku menelefon dia ( DUAN, seorang lelaki yang menyukai aku sekali gus menyayagi aku) dengan tujuan dia boleh memberi aku mood yang lebih baik dan bersemangat. ternyata duan dapat membuat aku mengukir senyuman... thanks duan, lelaki yang cuba mendekati hati aku utk memberikan kasihnya... sewaktu aku kesedihan dulu, aku telah memperluaskan interaksi aku dan mungkin dari situ aku berhubung dengan duan dan akhirnya duan bergelar "BOYFRIEND" aku sejak bulan ramadhan.
aku ke dungun adalah kerana mengikuti lawatan MPP UiTM ke sana, aku ditemani oleh kak zu yang baik hati, kak zu pada mulanya tidak mahu pergi ke dungun tapi memandangkan aku yang ingin ke sana tapi aku tiada peneman jadi kak zu mengambil keputusan utk menemani aku di sana nanti...tapi di sebalik tu, aku ada perancangan lain, aku dah kabarkan kpd duan yang aku telah di ajak oleh seorang MPP utk ke sana dan dia berharap aku menerima tawaran MPP itu kerana dia ingin berjumpa dengan aku dalam waktu terdekat ini. kak zu tahu niat sebenar aku dan kerana itu lah dia menemani aku.
jam 4.3o pm kami bertolak ke UiTM dungun dan tiba di sana jam 12.2o pm. hati aku sekarang sangat bimbang jika matlamat utama aku utk berjumpa duan tidak ke sampaian. aku hanya berharap ada sedikit peluang utk aku bersemuka dengan dia. (^-^)
No comments:
Post a Comment