pada : 24 Sept 2010
aku sedang sibuk duduk di meja belajar ku menyiapkan nota CTU untuk di bawa ke dungun esok, bolehlah aku membuat sedikit ulangkaji semasa di sana jika ada sedikit kelapangan. sedang aku menyiapkan kerja ku, tiba-tiba aku terganggu dengan satu mesej yg muncul di skrin telefon bimbit ku.. tercalar sedikit hati ku mendapat kabar dari seorang perempuan.
CINTA & SAYANG
sebenarnya cinta itu boleh membawa kebahagiaan tetapi bila cinta yang datang juga boleh menyakitkan dan memusnahkan. cinta terlalu banyak kepalsuan dan kepalsuan itu memang memedihkan. cinta manusia boleh menjadi seperti embun yang kekalnya tidak lama, apabila matahari membakar diri, embun hilang tiada lagi... dan esok datang kembali, embun tak kan wujud untuk menemani panasnya hari. biarlah apa yang terjadi pada diri aku, aku redha dengannya, aku tau setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, aku tidak kekal dengan dia mungkin aku akan di beri kan seorang putera yang lebih baik untuk membimbing dan memimpin hidup ku di masa akan datang, tak akan aku bertanya kabar tentang kau lagi. cukup luka di hati kau guris.
air mata bercucuran ke pipi tidak dapat aku kawalnya. mata yang molek kian kecil dan membengkak, suara aku tidak kedengaran jelas kerana masih ada sendu tangisnya... aku dalam keadaan sangat sedih, lantas aku pergi mencapai tuala mandi, selesai mandi air sembahyang membersihkan diri aku, ku capai kitab suci Quran untuk ku baca dan menenagkan emosi aku yang sedang di uji. kerja aku di atas meja telah terbengkalai tidak aku hiraukan, kerana membentuk emosi yang baik adalah lebih utama pada waktu itu.
ketiduran aku di atas tilam setelah penat menangisi orang yang menyakiti diri aku. bangun dari tidur, terasa mata ku tidak boleh dibuka seluas hari-hari biasa.. masyaallah kecilnya mata ku ini. aku sedar dari tidur dan aku ingati diri ku lagi, sudahlah jangan menitiskan air mata hanya kerana cinta manusia, kerana cinta manusia tidak kekal sebaliknya cinta Allah itu yang abadi.
No comments:
Post a Comment