Sunday, August 24, 2014

Projek Dapur

Macam pelikan. Dulu aku lah orang yg sekeras-kerasnya tak mahu masak. Bukannya ape, cuma aku tak suka leteran mak, ayah & kakak. Suke membandingkan aku dengan kakak yg pandai masak. Adoi.. sakit kepala. Bila makin besar, makin ade rasa tanggungjawab. Setiap kali cuti sem, aku masak kat rumah. Yelah, walaupun aku sanggup tak makan sebab tak suke masak, tapi tak kan nak biarkan adik-adik kebulur.

By the time aku pandai memasak. Ok ape masak ni. Tapi bersyarat. Aku tak suka kalau masak ade orang lain. Orang macam aku ni pattern telinga nipis. Baik hati happy tenang ikhlas nak masak, pastu org dok potpet potpet complaint, terus tak seronok masak. Baik tak payah masakan.

Nak jadikan cerita, antara favourite dessert aku ialah BUBUR PULUT HITAM. 

Rasanya dah banyak kali aku request kat mak nak mak tolong masakan bubur pulut hitam ni. Tapi tak juga dapat. Biasalah, banyak sangat karenah aku nak dilayannya. 

Geram tengok beras pulut hitam kat MYDIN (setelah banyak kali berulang alik beli lauk), aku beli. Sudahnya jadi juga bubur pulut hitam. Dari sukatan secawan, dapat seperiuk hasilnya. Betulah kata orang, seronok kalau kita masak ni, lagi seronok kalau kita tengok orang kenyang makan masakan kita. Alahai, rasa bahagianya buat perut orang berisi dengan masakan air tangan kita.

LAGI SATU HAL

aku memang cukup pantang kalau orang sebuk nak tegur aku itu ini. Means "macam aku ni teruk sangat" jadi seorang perempuan yang tak tau masak. Eh HELLO..! Actually aku ni pandai masak, tak lah pandai & hebat sesangat kan. Tapi pass! 

Yang aku lagi tak boleh terima kalau ade mulut-mulut yg berbunyi cenggini : "Macam mana lah kau nak kawin ni umu, masak pon tak reti lagi" Eh HELLO..! Org jenis typical tau gini..orang yg cliche. Aku tak rendahkan orang macam ni tau, tapi pada akulah orang macam ni orang yang entah ape-ape. Sakit hati. 

Dalam Islam tak ade pon diberitahu syarat nak kawin kene pandai masak yg perempuan tu. Teruk betul. Kalau perempuan, ade saje!!! Tak ade pulak aku dengan manusia yang dok complaint kat laki cenggini: "Macam mana lah kau nak kawin ni ###, solat pon tinggal-tinggal, tak jadi imam kat masjid". Ha mana yang lagi bagus untuk dipersoalkan.

Tepuk dada tanya iman,
jangan tunding jari kat orang lain saja. 

Well : Cooking is very simple & I love cook with pleasure heart.
-ape english aku ni-

No comments:

Post a Comment