Monday, August 2, 2010

KENAPA BEGINI? MUNGKINKAH HIKMAHNYA ADALAH SATU GANJARAN UTK AKU??

SEMALAM..dia menghantar sms kdp aku..setelah sekian lama aku mendiamkan diri..aku diminta untuk menelofon dia, lantas aku menelefonnya,,,katanya rindu akan aku, tapi hati aku yang sudah tawar terhadapnya tidak mengendahkan kata-kata dia..rupanya dia hanya menyakitkan hati aku dihujung talian..aku dimarah tanpa sebab..terkilan rasa hati,,menyesal turut ada..air mata bergelinangan lantas membasahi pipi..aku mendail sahabatku untuk mendapatkan nasihat walau secebis cuma...sahabat yang baik tidak akan membiarkan, walau hanya mampu memberi nasihat itu sudah mencukupi.. selamat tinggal buat kau yang menyakiti hati aku...tidak akan aku berhubungan dengan kau lagi..kewujudan kau telah hapus kini..

ketika itu aku di tingkatan 3, aku berkenalan dengan seorang lelaki (AS) melalui hp..AS baik orangnya,,membantu aku dalam pelajaran matematik...kerap berhubung..setelah aku tamat pmr, aku memberi ruang kepada seorang lelaki untuk mengenali diri aku..dia ialah (KH)...akhirnya aku menjadi teman wanita KH...aku tidak sedar bahawa AS turut menyukai aku kerana dia hanya berkelakuan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perasaannya kepada aku..lama aku meneruskan hubungan dengan KH..sehingga aku meneruskan pengajian di IPTA..sebenarnya, aku turut menyayangi AS..cuma hati aku was-was terhadapnya..mana mungkin dia dapat menerima aku, sedangkan kami jauh bezanya...emak AS pula tidak mahu bermenantukan wanita seperti aku..jauh sungguh aku berfikir...
hubungan antara aku dengan KH dan AS tidaklah sebaik mana...ada saja masalah yang timbul..
sepanjang aku bernafas dibumi bertuah ini tidak pernah aku besua muka dengan AS..aku tidak tahu mengapa...aku hanya berjumpa dengan KH sahaja...tidak sekerap mana...dan ini membawa masalah kepada hubungan kami...mana mungkin aku boleh menahan perasaan rindu yang kian menebal jika tidak berjumpa dengan kekasih hati? tanpa aku sedar, buku aku telah kebasahan tatkala sedang belajar dalam kelas hanya kerana rindu yang menjengah tanpa diduga...
KH tak lagi tinggal di pasir gudang...dan KH tidak mahu berjumpa aku di pasir gudang, katanya hatinya tidak terbuka lagi utk ke sana rentetan daripada permasalahannya dengan kawannya...aku tidak pernah jelas dgn alasan itu....
rambut aku yang panjang telah aku potong kerana sakit hati dengan KH....pertemuan telah di aturkan..setibanya aku ditempat yang dijanjikan pada masanya, KH langsung tidak kelihatan,,sedangkan aku telah mengingatkannya tentang janji temunya dengan aku...kemudian aku dapati dia lebih mementingkan keseronokannya...tidak dia hadir menjumpai aku, malah dia setia berada di laut untuk menghabiskan masanya dengan memancing...tidak seharusnya dia perlakukan sedemikan rupa sedangkan aku menantinya yang tak kunjung tiba tanpa diberitahu apa-apa...sungguh kau tak tahu akan perasaan orang lain..kau hanya mementingkan diri kau...
keesokan hari, KH menipu aku dengan mengatakan semalam KH kemalangan dan tak dapat bertemu aku...sudah la....
tempat bertemu telah berubah...di jaya jusco...ke sana aku diminta pergi..pergi dengan menaiki bas...jauh tempatnya dari rumah aku...kerana sayang aku pergi juga..menaiki bas, bertukar bas,,,pernah aku diganggu ketika aku berseorangan di jejantas untuk berjumpa dengan KH...tapi tidak pernah KH ambil tahu akan hal ini...
APABILA AKU KENANGKAN KEMBALI,,,,MENGENANGKAN AKAN APA YANG TELAH BERLAKU,,APA YANG TELAH KH LAKUKAN,,,APA YANG TELAH AKU LAKUKAN...aku telah menyusun kesimpulan...KH bukanlah orang yang dapat menjadi peneman hidup aku...aku tak akan lagi ambil tahu tentang kau...tiada lagi simpati utuk kau...tiada lagi ruang untuk kau...telah aku bersabar dengan kau buat bertahun-tahun lamanya sudah...tapi kau seperti tidak tahu erti menghargai insan lain...
"EMAK..NAK MINTAK TOLONG LAHH...mak tolong carikan jodoh untuk saya ye...kalau mak carikan kan bagus...sebabnya, mestilah mak carikan lelaki yang baik budi pekertinya..stabil ekonominya...agamanya...seorang mak semestinya nak kan yang terbaik untuk anak..tak salah kalau mak mencari pasangan utk anak mak ni...anak mak ni nak kawin cepat, mak doakan la anak mak dpt jodoh yang baik, dan dipercepatkan jodohnya....."
ini merupakan kali kedua aku nyatakan hasrat aku pada emak...mudah-mudahan emak menolong aku..amin..mungkin kerana aku rasa sudah letih, aku serahkan kepada ahli keluarga aku tengtang hal jodoh...

No comments:

Post a Comment