Sunday, August 8, 2010

OMT 114 TEAM BUILING (TOGETHER EVERYONE ACHIEVE MORE)




YEAH…!!! PUKUL 3.15 AKU SAMPAI KAT BILIK HOSTEL….AKHIRNYA ABES GAK CAMP AKU MINGGU NI…
Aku dapat invitation utk g OM114 TEAM BUILING (office management & technology, Together Everyone Achieve More) ni di khaskan utk pelajar OM114 yg dpt pointer 3.15 above last sem..alhamdulillah aku dpat anugerah dekan lagi..camp bermula ari sabtu smpai ahad…jumaat mlm aku tido awal skit…kul 5 pg angin kencang gile,,waktu tu lak mcm biase tidur tak tutup tingkap…pinggan mangkuk kat tingkap bertaburan kat lantai..aku bangun tutup tingkap..subuh habis tikar getah level tercabut..dahsyat men!! Kul 7 lebih bas gerak g KEM ASAHAN, tempat camp yg nak g tu…partner aku raja ain,,,best giler bila dpt kunci bilik menginap kan…tambah tv je dah blh jd mcm hotel..fuh! besar badjet ni…special gak la..satu bilik utk 2 org..tp klu nk be3 pun blh…aku, raja, n aisyah jalil satu bilik..sebab partner dia tak dtg camp tu..kul 10 kitorang kumpul kat dewan, ade taklimat skit, aku dpt group biru,,ketua jurulatih kat situ cikgu jalal…dibantu 2 org ank pmpuan dia (sorang rmbut pendek, sorang rmbut pnjang) & cikgu laki yg lain,,,pas taklimat tu kitorang ade game yg lecturer da schedule awal2..game ballon walk kumpulan aku menang, caterpillar disqualified sebab caterpillar tu putus..game drawing menang g….tp game hand clamp klah..huhu..2.30 g loji air lak, wat water confidence n rakit guna boya…huh! Ponat den jadi kemudi..huhu…kalah lak tu… abes je aktiviti tu, ade main flying fox & abseiling lak..tapi aku main flying fox ja…tinggi dia 60 kaki..tinggi tu..smpai je kat bawah, jurulatih gelak kan aku,,,, “KO TENGOK KAKI DIA TU, MENGGIGIL…RAKAM BAGUS WEY…” malu la gak kan dia ketawakan aku..tp memang tinggi la klau nk bandingkan dgn kat camp PLKN aku dulu…abseiling aku tak main, aku tak yakin, sebab kaki aku ni tak kuat,,,maklumlah tak minum susu…malam lak game HARTA KARUN,,,setiap kumpulan, pergelangan tangan kene ikat dgn benang,,dr org depan smpai lah org belakang,,,& benang tu tak leh putus,,kene kerjasama la ni…klu p1 dpt kat tmpat permulaan, klu ke2 kat tulisan “WELCOME TO MSN (majlis sukan negara)..klu ke3 kat pondok jaga..klu ke4 kat hujung padang,,gile lah dah la hujung padang, sunyi,klu nya ade kat jentera yg da tak leh guna, blkg jentera tu ade pokok getah, n ade pondok..menakutkan lah wey!! Klu ke5 kat atas tiang gol…klu ke6 klu terakhir…klu nye “pokok tu condong, klu tumbang memang jatuh atas rempuh halangan,,,pokok tu namanya bermula dgn huruf K…” dah jumpe nama pokok tu karas,,pusing satu pokok tu nk cari klu,,tiba2 ade busut semut…WOI!! SEMUA ORG KENE GIGIT SEMUT..DAH LA GELAP…tiba2 dtg la jurulatih perempuan yg rambut pendek tu…(lagak dia sombong, rambut warna karat pendek,,badan kurus kering,,,muka nk putih mcm amoi lak kan,,,tp bibir hitam gile mcm org kuat rokok la wey... “assalamualaikum, kami ni nak cari klu, nak mintak tolong kak utk dpt kan klu tu,, bla..bla..bla…” dia suruh kitorang yg pergelangan tangan diikat dengan benang ni jalan berundur smpai la ke monkey rack yg bawah nye ade air…kene la kitorang wat..dgn penuh sabar..samai je kat situ,,kak suruh kitorang ni duduk kat simen monkey rack tu…erm..memang payah la kan dgn tgn berikat & tmpat yang sempit tu..dia suruh kitorang celup kaki dlm air tu…ok fine ikut je la..sebab dia celup kitorang nye klu klu tak celup kaki dlm air tu..time tu la benang putus..kitorang kene nyanyi lagu yg best..nyanyi la lagu wali band, jodoh…dia nk kitorang nyanyi lagu sedih lak lepas tu..nyanyi lagu utk mu ibu exist…dia nk kitorang nangis lak..tapi kitorang tak nangis,,,Cuma 2 orang je yg nangis..mklumlah lecturer dah set our mind, this camp just for relax,,no any tension for all of you…enjoy k..sebab tak leh nangis, dia marah nye kitorang,,,& dia suruh kite semua masuk dlm kolam terus,,smpai ke pinggang,,woi pompuan ko ape hal?? Nampak lah muka2 kitorang yg mkin geram dgn pumpuan bibir itam tu..lecturer kumpulan aku pun hangin dgn dia..tp turut je la…pmpuan tu arah kitorang naik n kuar dari kolam tu…dah kuar ni, dia suruh kitorang nagis gak..akhirnya nagis la gak..tapi dak laki kumpulan aku tu, Syuk tak leh nak nangis..laki kot,,tak kan boleh nangis tiba2 je kan…bangang la sey pmpuan tu…dah dia bebel2 mcm2..kitorang dpt gak klu tu…benang tu jurulatih ikat smula…jalan la ke tempat berkumpul…kumpulan aku kumpulan ke2 yg smpai kul 11.30 mlm, kumpulan pe1 smpai kul 11.28..bertapa pmpuan tu buang msa kitorang kat monkey rack tu…lantak ko la pmpuan…mlm tu tido sejuk je,,guna kipas & air cond..huhu…kul 6.45 pg ahad dak bilik dpn ketuk pintu bilik aku, Tanya air ade tak? Rupanya air tak de la wey…tak subuh aku,,,kul 9 ade survival jungle tracking…ok la…tapi kesian kat dak2 yg kene sengat…aku mkn 4 jenis buah dlm hutan…antarnya rambai hutan..ok la masam…pas tu alek bilik…ingat nk mandi,,tapi air tetap tak ade lagi kat bilik..memang tak mandi la kan…pas je check out.ade penyampaian hadiah….kumpulan aku dpt no4..johan kump pink, n.johan kump purple, no3 kump kuning…hahaha..ape da dpt no 4…erm…nasib la wey… utk cost camp ni, satu kepala rm75 tapi fakulti yg support smua..student join je..rm75 utk sorang, yg invite 63..lecturer lagi..utk hamper lgi…blh kata dlm 5 ribu lebih gak la total cost nye…erm sronok gak la dpt anugerah dekan klu lecturer celebrate kitorang mewah2 mcm ni..hehe….hope lepas ni aku dpt kekalkan prestasi bljr…insyalah…amin..kawan2 yg lain, jom kite sama2 bljr rajin2 & dpt dekan…dpt naik kan nama fakulti lagi..amin ya robbal alamin… UTK MAK, TERIMA KASIH YE KERANA TAK PUTUS2 MENDOAKAN KEJAYAAN BUAT ANAK2…JASA MU TETAP KU KENANG,,,KAU MENGUBAT SEGALA KESAKITAN KU,,KAU KASIH YG MEMBAWA KE SYURGA…(^_^)

Monday, August 2, 2010

KENAPA BEGINI? MUNGKINKAH HIKMAHNYA ADALAH SATU GANJARAN UTK AKU??

SEMALAM..dia menghantar sms kdp aku..setelah sekian lama aku mendiamkan diri..aku diminta untuk menelofon dia, lantas aku menelefonnya,,,katanya rindu akan aku, tapi hati aku yang sudah tawar terhadapnya tidak mengendahkan kata-kata dia..rupanya dia hanya menyakitkan hati aku dihujung talian..aku dimarah tanpa sebab..terkilan rasa hati,,menyesal turut ada..air mata bergelinangan lantas membasahi pipi..aku mendail sahabatku untuk mendapatkan nasihat walau secebis cuma...sahabat yang baik tidak akan membiarkan, walau hanya mampu memberi nasihat itu sudah mencukupi.. selamat tinggal buat kau yang menyakiti hati aku...tidak akan aku berhubungan dengan kau lagi..kewujudan kau telah hapus kini..

ketika itu aku di tingkatan 3, aku berkenalan dengan seorang lelaki (AS) melalui hp..AS baik orangnya,,membantu aku dalam pelajaran matematik...kerap berhubung..setelah aku tamat pmr, aku memberi ruang kepada seorang lelaki untuk mengenali diri aku..dia ialah (KH)...akhirnya aku menjadi teman wanita KH...aku tidak sedar bahawa AS turut menyukai aku kerana dia hanya berkelakuan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perasaannya kepada aku..lama aku meneruskan hubungan dengan KH..sehingga aku meneruskan pengajian di IPTA..sebenarnya, aku turut menyayangi AS..cuma hati aku was-was terhadapnya..mana mungkin dia dapat menerima aku, sedangkan kami jauh bezanya...emak AS pula tidak mahu bermenantukan wanita seperti aku..jauh sungguh aku berfikir...
hubungan antara aku dengan KH dan AS tidaklah sebaik mana...ada saja masalah yang timbul..
sepanjang aku bernafas dibumi bertuah ini tidak pernah aku besua muka dengan AS..aku tidak tahu mengapa...aku hanya berjumpa dengan KH sahaja...tidak sekerap mana...dan ini membawa masalah kepada hubungan kami...mana mungkin aku boleh menahan perasaan rindu yang kian menebal jika tidak berjumpa dengan kekasih hati? tanpa aku sedar, buku aku telah kebasahan tatkala sedang belajar dalam kelas hanya kerana rindu yang menjengah tanpa diduga...
KH tak lagi tinggal di pasir gudang...dan KH tidak mahu berjumpa aku di pasir gudang, katanya hatinya tidak terbuka lagi utk ke sana rentetan daripada permasalahannya dengan kawannya...aku tidak pernah jelas dgn alasan itu....
rambut aku yang panjang telah aku potong kerana sakit hati dengan KH....pertemuan telah di aturkan..setibanya aku ditempat yang dijanjikan pada masanya, KH langsung tidak kelihatan,,sedangkan aku telah mengingatkannya tentang janji temunya dengan aku...kemudian aku dapati dia lebih mementingkan keseronokannya...tidak dia hadir menjumpai aku, malah dia setia berada di laut untuk menghabiskan masanya dengan memancing...tidak seharusnya dia perlakukan sedemikan rupa sedangkan aku menantinya yang tak kunjung tiba tanpa diberitahu apa-apa...sungguh kau tak tahu akan perasaan orang lain..kau hanya mementingkan diri kau...
keesokan hari, KH menipu aku dengan mengatakan semalam KH kemalangan dan tak dapat bertemu aku...sudah la....
tempat bertemu telah berubah...di jaya jusco...ke sana aku diminta pergi..pergi dengan menaiki bas...jauh tempatnya dari rumah aku...kerana sayang aku pergi juga..menaiki bas, bertukar bas,,,pernah aku diganggu ketika aku berseorangan di jejantas untuk berjumpa dengan KH...tapi tidak pernah KH ambil tahu akan hal ini...
APABILA AKU KENANGKAN KEMBALI,,,,MENGENANGKAN AKAN APA YANG TELAH BERLAKU,,APA YANG TELAH KH LAKUKAN,,,APA YANG TELAH AKU LAKUKAN...aku telah menyusun kesimpulan...KH bukanlah orang yang dapat menjadi peneman hidup aku...aku tak akan lagi ambil tahu tentang kau...tiada lagi simpati utuk kau...tiada lagi ruang untuk kau...telah aku bersabar dengan kau buat bertahun-tahun lamanya sudah...tapi kau seperti tidak tahu erti menghargai insan lain...
"EMAK..NAK MINTAK TOLONG LAHH...mak tolong carikan jodoh untuk saya ye...kalau mak carikan kan bagus...sebabnya, mestilah mak carikan lelaki yang baik budi pekertinya..stabil ekonominya...agamanya...seorang mak semestinya nak kan yang terbaik untuk anak..tak salah kalau mak mencari pasangan utk anak mak ni...anak mak ni nak kawin cepat, mak doakan la anak mak dpt jodoh yang baik, dan dipercepatkan jodohnya....."
ini merupakan kali kedua aku nyatakan hasrat aku pada emak...mudah-mudahan emak menolong aku..amin..mungkin kerana aku rasa sudah letih, aku serahkan kepada ahli keluarga aku tengtang hal jodoh...

Sunday, July 25, 2010

BARU TIBA DI MELAKA SEMULA

23 Julai 2010 ( jumaat)..aku pulang ke pasir gudang,,rindu kat fmly...tp kali ni mak tak ada..mak p melancong ke indonesia dgn kwn2 (wanita UMNO)...rase kekurangan ja mak tak ada...rumah mcm biasa la, aku & kak nisa tak ada memang rumah kurang terurus...sronok duk kat rumah...ntah mimpi ape along tu tiba2 ja ada pla dia beli sarapan utk adik2..huhu..bagus2..balik rumah nak p beli kan DD (dunkin donut) utk adik2..tp tiba di larkin ja, donut yg aku nak beli tu dah abes..asal petang ja bnyk yg da abes...lain kali aku belikan lg..
25 Julai 2010 (Ahad)..pulang semula ke melaka..menaiki bas s&s jam 2 petang...kul 11 lebih, ayah dan aku g masai naik motor, dr masai kami ke larkin naik bas..ayah temankan..best nye!! (suke2).. OTW g larkin tu, ayah ada ckp knp tak bwa kereta mak kat rumah? tak pa la ayah..lain kali ja bawa kreta mak tu..mengorak langkah ke cerita sebenar disebalik kereta tu... RUPA-RUPANYA: ayah terkilan time kereta ayah dijual utk beli kereta Myvi baru...mak tak sabar nak beli kereta baru,,,niat hati ayah nak repair kereta ayah tu..tapi RM nye blum ckup..turut kan saja permintaan emak, wanita kesayangan ayah..ayah masih simpan hasrat utk beli kereta lagi utk kegunaannya..dia tunjuk kan kat aku kedai kereta tu & kereta yg dia nak kan..wira..2nd hand..."ayah tengah nak cukupkan duit ni nk beli kereta"...."ayah, t kalau permohonan biasiswa JPA tu lulus, ayah guna la dulu duit tu utk bayar duit muka kereta.." "tak nak la, tu duit kau..tengok la mcm ne nti, kumpul dulu duit tu..." ERM...semoga ayah dpt memiliki kereta utk ayah ye!!! kesian gak tengok ayah bile ayah ulang kali kata "ayah terkilan jual kereta lama tu"... tak pa ayah,,,tunggu ja akan dtg utk kereta baru ye...!
ayah blh penuhi permintaan anak2 nye, kenape aku tak blh nk penuhi keinginannya...tak pa, kalau aku mampu, aku akan bantu ayah,,walau tak besar mana...LOVE U DADY..!!

Tuesday, June 22, 2010

FAUZIAH (OGY) AHMAD DAUD "KISAH CINTA"

ini sebuah kisah cinta
dari sekuntum bunga sekeping hati
dua jiwa dalam hayalan berat rasa untuk berpisah

dua dunia satu miimpi
satu cita dalam satu hati
terjerat dalam permainan hidup
terkandas dalam cinta terhalang

mengapa dunia
kejam pada mereka yang bercinta
mengapa bercinta
harus ada saja perpisahan

kisah cinta berakhir
dengan penuh harapan
kisah cinta berakhir
dengan penuh ratapan
kisah cinta.....

Thursday, June 10, 2010

sejarah...



semalam nye cerita ni....cuma tak sempat nak wat semalam... 9 JUNE 2010
pagi2 lagi dah kuarkan kereta mak, wat jalan2 dlm kampung, nak mahirkan bawa kereta.. jln2 dgn kak nisa la..bljr parking....dah tu, sampai je kat rumah, mak kata HARI NI HANTAR MAK G KERJA BOLEH? NANTI PETANG ANTAR MUNA LAK...BALIK KEJE AMEK MAK JUGA... ok.. aku drive antar mak g keje, kak nisa n ummi kat blkg dlm kereta,,, sepanjang perjalanan hantar mak, memang kelakar..akhirnya selamat hantar dan selamat alek rumah..walaupun ade la juga enjin kereta mati2... tgah hari nak antar muna g sek lak... kul 2, siap2 anta muna n zana g sek,,,kak nisa nak drive lak kali ni...tiba2 muna kata KAK KAWAN AKU NAK TUMPANG, DIA TUNGGU KAT USRATUN, KG SEBELAH...ish! dlm hati aku, bukan nye nak bg tau awal2..klu tak blh kuar awal skit..janji kat usratun, tp tak da kat usratun, pas tu suruh amek kat rumah dia lak...ckp mcm keling..bg tau rumah kat mana pun tak betul..jln kmpg da la kecik gila...kak nisa pas kereta kat aku, suruh aku yg drive, dia tak berani...aku pun drive la...mak oii..da la jln mati, pastu kecik nak mampus...kanan kiri parit lak tu...ish!! baru aku tau jalan yg aku masuk tu salah...sengal si mamat kawan muna tu, bg direction tak betul...msuk la jln lain lak... lg la kecik jln nye..ni betul2 mencabar,,,dpn tak da jln, tpaksa masuk rumah org utk reverse..time nak reverse ni aku pndang r blkang..tibe2 bumper dpn berbunyi...aku pkir tayar depan kot tak lepas ni...sangkut kat pokok...pandai2 la aku ejas kedudukan kereta...akhirnya dpt gak reverse...dah sampai da kat tmpat yg kwn muna tunggu tu..tibe2 dia lak tak da kat situ..dia kata aku kat dlm rmah la..kat luar ujan..ko turun bawah lagi, amek aku kat dpn rumah aku... OI MAMAT SENDOL...KO INGAT KO NI RAJE KE APE? DAH LE MENUMPANG, WAT LA CARA MENUMPANG... last2 dtg gak si mamat sengal tu kat kereta...mcm bapok nak mampus...aku tukar tempat, kali ni kak nisa nak drive,.... aku kuar kereta, tgok bumper depan, kemek siot...buruk jadinye..adoi mesti aku kene teruk dgn mak ni.. sampai je kat dpn sek muna, dak2 ni turun la nak masuk sek, si mamat tu tgok kereta dpn blh ketawa lak...nak je aku tengking dia kat situ gak...nasib baik ade kak nisa,, hormat la juga kan...dah tu balik rumah...takut la plak klu adik2 prasan kereta kemek...tiba2 ja time nak amek muna balek dr sek, ayah perasan kan kereta tu kemek,,,abes,,ayah tak bagi aku amek muna..dia kata suruh muna alek naik bus je...time tu jga ayah terus tepon mak, bg tau kat mak kereta kemek..huhuhu...pas tu mak plak tepon kak nisa,, marah nye kak nisa,, siap bg warning,,mak balik nanti teruk korang kene...oh no...otak aku membayangkan, mak sangat marah ni..abes la aku pas ni tak dpt bwa kereta lagi,,,entah2 klu mak geram sgt abes la lesen aku kene gunting dgn mak..oh tidak!! tak terkata aku... ayah membebel la juga.... isyh!! dah petang skit, aku lapar.. baik aku makan dulu, nti kalau mak da balik, mak marah aku tak da la selera makan...berlapar pulak...g dapur makan,,ayah pun ckp APE LA KORANG NI,,NASIB BAIK AYAH KORANG NI TERROR, DAPAT BETUL KAN KERETA MAK KO YG KEMEK TU..DAH CANTIK DA AYAH BUAT..aku senyap je..pas tu aku ckp kat ayah,, ni tengah bersiap sedia.. SIAP SEDIA APE? siap sedia kene marah dgn mak...TAK LAH MU,,AYAH DA BETUL KAN MAK KO TAK MARAH LA...MEMBEBEL SIKIT JE KOT...aku p tgok kereta, FUH!terror gak ayah ni...tak nampak kemek langsung pun kereta mak tu...selamat duit...selamat aku dr pekikan dunia...dr d marah2 emak...
time mahgrib, mak makan, aku pun ade gak kat dapur,,mak kata, teruk tau mak kene marah dgn ayah, kan mak da kata...ikut jln mana antar muna tu..ade mak kata g cahaya baru? ade mak suruh ko amek kwn muna? aku gak kene marah..muna tu pun satu bagi tau la awal2 kalau kawan tu nak tumpang... biar je la kawan muna tu g sekolah sendiri,,klu dia nak tumpang dia lah kene dtg rumah kita, bukan kita yg amek dia kat rumah dia..tak payah nak susah2 kan diri utk org lain,,,ko tu pun bukan dah mahir sangat bawa kereta..enjin mati2..erm patut la ko kene ulang test jpj kereta ari tu..bawa kereta macam ape ntah...URH SEDIH NYE ATI AKU, DIA SENTUH BAB AKU TAK LULUS TEST JPJ ARI TU..JATUH KAN SEMANGAT AKU KE? LANTAK LA MAK? ASALKAN AKU MASIH PUNYA KEPERCAYAAN PD DIRI SENDIRI..

aku rasa lega,,kereta mak dah ok,,,tanpa kuar duit sikit pun,,tak dpt bawa kereta mak lagi pun tak pa la..tak kisah pun..kak nisa kata ni semua salah KAWAN MUNA TU..MAMAT YG MCM PONDAN..NGADA2..janji tunggu kat usratun, pastu suruh amek kat tempat lain lak..bg direction salah plak tu...sampai kereta kemek...dah sampai kat tempat dia tunggu tu, dia plak tak da...mamat tu da masuk rumah lak...nak suruh aku dtg kat rumah dia lak...dah la jln kg tu kecik nak mampus...banyak songel mamat sengal tu...blh lak ketawa kan kitorang ni yg susah2 amek dia...bunuh kang baru tau.. lain kali lantak ko lah, aku tak nak dgr cerita pasal ko lagi..klu ko si mamat sengal nak dtg rumah, aku tak nak tengok muka ko...sebab ko tak minta maaf pun...

Monday, June 7, 2010

pertunangan punya hal

5 jun 2010..
mak cik aku tunang..fuh siap nak wat pelamin lagi..tak boleh kalah seh dia nye majlis tunang tu...wat hantaran sendiri...cantik gak..boleh la minta tolong dia wat kat lain kali..bab makan, pak cik aku yg masak..nasi ayam..tp tak pandai nak bajet..ayam kurang..nak wat macam mana kan...dgn mak cik2 yg datang ala2 tetamu tu...tapi tak da la penat sangat masa ari mak cik tunang tu...wat keje ramai2 kan..tapi sakit hati gak bile ada hamba allah ni dok goyang kaki ja...lantak dia la...semua mak cik2 balik kg tau..seronok..lagi2 dgn anak cik zila, n anak cik mus tu...comel2..baik2..
6 jun 2010...
pagi2 lg da kuar rumah..teman kak nisa p segamat utk dtg majlis tunang kawan dia (ain & imran) patutnya kitorang dtg naik kereta sekali dgn rombongan lelaki..tiba2 lak tak da space da..apa lagi naik la bus...sampai segamat kul 12..pas tu terus naik teksi gi rumah ain, kene caj RM10..klu naik bus tak tau rumah nya kat na...sampai je rumah ain tu, org ramai da dtg..tengah bincang sikit2...rupanye majlis da abes da...haha..ape ni ain, kata majlis start kul 1.30, klu janji melayu biasa nya lambat, mungkin start kul 2..erm..ain kata, imran sampai awal, pastu terus nak langsungkan..waduh! imran di pun satu..terburu2 ler..kuar dr rumah ain dlm kul 2...tiket bus balik jb da beli tapi pukul 7.30, p la minta tukar tiket tu, tp tak dapat, katanya tiket yg tinggal kul 7.30 juga..fuh!! menjenoh nak tunggu magrib..duk je la lepak kat dlm surau..nak berjalan tak tau jalan...haha..petang skit, aku sempat jumpa dgn abg wan kat segamat, dia mai n ajak aku minum sama dgn dia..kakak aku tak nak,,tak kan nak paksa lak..kang aku lak jadi mangsa kemarahan dia...
akhirnya sampai lah magrib...geram betul dgn driver bus tu..bawa bus lembab nak mampus..ada ke patut, nak balik ke jb tu amek masa 3 jam 30 minit..bapak lama la wey...kul 11 baru smpai jb..makan bakso,,balik mak ayah jemput..yelah bus tambang pun da tak da..sampai rumah, masing2 terus tidur..zzzz..
n ari ni pulak aku mcm demam je..huhu..

akhirnya berjaya juga......

2 jun 2010..
test jpj kereta kali yg ke3...akhirnya aku berjaya juga...
3 jun 2010..
aku dapat lesen P,,,aku g buat lesen P sendiri di JPJ MELAKA tanpa di temani oleh sesiapa...maklumlah kwn2 ada class..
puas rasanya lepas aku dapat lesen P, tak payah nak fikir2 lagi hal lesen ni..dah malas aku nak datang ke PUSAT INSTITUT MEMANDU ZAPCITY DI MELAKA...sekarang ni di rumah aku pandu kereta mak aku, nak mahirkan diri...secara keseluruhan aku belanjakan hampir RM1000 utk buat lesen tu...lantak la..yg penting azab aku wat lesen dah lepas pun...thanks kat emak n ayah yg ajar aku gak...yg hulurkan duit bantu aku wat lesen..thanks kat cikgu rambeli,,,