Friday, December 31, 2010

pergi berlalu

bumi berputar mengelilingi matahari di atas paksi... putaran lengkap mengelilingi matahari mengambil tempoh 365 hari bagi tahun ini... & hari ini ialah hari yg ke 365.. esok bumi akan mulakan putaran barunya di atas paksi untuk mengelilingi matahari lagi, selagi tiupan sangkakala dari malaikat Israfil tidak menunjukkan aksi, selagi itulah masih ada kehidupan di bumi ini.. bumi yang kian menghitung hari tuanya.

akan aku tinggalkan 2010 seperti perginya siang menggantikan malam dan esok menjelang kembali cuma berbeza dari sebutan tahun yang selalu diungkapkan.. 2010 akan pergi dan 2011 kembali... pelbagai telah aku lalui pada 2010 antara sedar atau tidak.. yang indah akan aku bekalkan untuk dijadikan peneman di hari muka sebagai penawar untuk kelihatan ceria berpanjangan. pada kenangan yang membawa kekesalan biarkan aku hapus sehingga tiada kesan peninggalannya...

2011,
usaha aku untuk membanting tulang empat kerat aku ini.. memperbetulkan apa yang aku mampu dengan bimbingan mereka yang sudi, dengan cekalnya hati ini.. senyuman akan aku ukirkan buat tahun yang menjelang esok.. aku akan di kelilingi oleh insan yang berhati mulia, yang mencurah kasih tidak terhingga, dari kecil hingga dewasa...

"SELAMAT TAHUN BARU"



No comments:

Post a Comment