Thursday, February 17, 2011

"seri pudar tanpa sinaran mu..."

di mana ku letakkan jiwa ini, seakan berterbangan mencari tempatnya, hatiku kan selama memuja dan mencintai kau kekasihku.

KITA adalah insan yang sama pada asalnya.. dicipta dari sesuatu yg telah ditetapkan oleh-Nya... dan diberi lumrah hidup yg sama utk menyemikan perasaan kasih sayang. hati aku terpaut penuh pada kau seluruhnya.. siapa kau, dari mana kau, bagaimana kau, kau tetap pilihan aku... namun kita masih punya perbezaan yg kita cipta sendiri...mungkin disegajakan atau mungkin tanpa dirancang...

DUNIA KAU: lelaki yg bekerja mencari rezeki meneruskan hidup dgn sumber yg halal.. hari-hari kau berbeza dgn aku walau diberi masa 24 jam yg sama.. hidup bersama keluarga dan tinggal di sisi dua orang warga emas yg namanya kau semat di dalam hati..

DUNIA AKU: wanita yg menuntut ilmu pinjaman-Nya menjadi tanggungjawab yg perlu digalas.. hari-hari aku turut berbeza dgn kau walau diberi masa 24 jam yg sama. aku hidup jauh dari keluarga tercinta, aku merantau ke tempat orang demi impian sendiri dan harapan keluarga teragung..

maafkan aku kerana tidak dpt memberi sepenuh masa utk kau, aku yakin kau mengerti dgn penjelasan aku, bergelar pelajar adalah perkara biasa yg didegari, tetapi tugasnya tidak menentu seperti yg dijangka, dalam tempoh pengajian ini, DIA menemukan hati ku dgn kau.. hati aku menjadi berbelah-belah, PENGAJIAN, PERCINTAAN, KELUARGA, DIRI SENDIRI...
aku bertemu dgn waktu kemuncak aku iaitu antara pengajian dan percintaan... aku sebolehnya ingin adil dlm keduanya.. tapi aku bimbang, bimbang ingin beri keadilan dlm pengajian dan kau pula yg aku ketepikan sementara waktu, bimbang ingin beri keadilan dllm percintaan, tanggungjawab menuntut ilmu hanya menjadi sampingan aku.. aku tak kan benarkan kedua situasi ini berlaku... jika ianya tetap berlaku, aku mohon maaf, cuma aku tersepit dalam jerat yg aku hiasi sendiri.

BUAT KELUARGA TERCINTA, PENGAJIAN DAN DIRI KU:
aku tetap dgn pendirian aku utk menuntut ilmu sebaik mungkin, memperoleh kejayaan yg cemerlang agar senyuman menawan terukir buat insan istimewa kedua ibu bapa ku.. aku akan berusaha utk menjadikan cita-cita ku kenyataan dan bukan hanya sekadar kata-kata sahaja.

BUAT PERCINTAAN YG SETIA:
aku perlukan sebentuk kesabaran dan pemahaman dari kau, sokongan kau aku nantikan... jangan pernah mengalah utk apa yg berlaku... "utk memperoleh sesuatu yg berharga, jangan kau bimbang utk hulurkan secebis pengorbanan" hanya itu yg dapat aku perkatakan kepada kau. hati aku tetap terpaut pada kau..hapuslah segala keraguan kau.

Kita tak tahu antara dua
Hala yang berbeza
Kiri kau menjanjikan cinta
Kanan menjanjikan kerjaya
Oh yang mana…

Kita tak tahu antara dua
Pilihan yang nyata
Sebelah hati inginkan cinta
Sebelah lagi inginkan cita
Agar hati membimbing kita
Tahu antara dua

Takkan lari gunung dikejar
Semoga diizinkan cinta
Selesaikan yang dah bermula
Sementara usia masih muda
Tapi tidak ku nafi hati ku sangsi

No comments:

Post a Comment