Tuesday, February 8, 2011

terasa kehilangannya.


dulunya kami berkenalan di sebuah sekolah kecil pada usia 11 tahun. perkenalan yg tidak seberapa cuma tidak terhenti di situ. tamatnya peperiksaaan UPSR, secara tidak disengajakan, kami duduk bersebelahan di dalam bas lawatan ke Pulau Pinang. tidak terduga rupanya kami seperti ditakdirkan oleh Nya utk bersama lagi. SMT ERT Azizah menemukan kami semula di dalam kelas yg sama, selama 2 tahun dia menjadi sebahagian dari coretan hidup aku. langkah aku tersusun menuju ke sebuah pusat pengajian tinggi hanya utk beberapa bulan sahaja. aku menemuinya utk mengkhabarkan berita yg separuh gembira dan separuh duka. perasaan dan hati membawa aku ke UiTM Melaka, dan sekali lagi aku menuntut ilmu pinjaman Nya bersama dia lagi. Dalam jurusan yg sama dan kelas yg sama. seperti belangkas itulah ungkapan yg sesuai buat kami. masa tu dah berlalu pergi dan kenyataan sekarang seolah tidak adil buat aku. dia semakin senyap membisu. aku juga malu utk menyapanya lagi. apakan daya, kemungkinan besar puncanya adalah melibatkan aku. aku benar-benar memohon maaf pada dia kawanku, aku sunyi dgn ketiadaan kau. andai masih ada sisa persahabatan sejati utk aku, hulurkanlah ikatan suci itu sekali lagi. hidup tanpa sahabat seolah-olah hilanglah bimbingan, aku perlukan dia. dia seorang sahabat yang aku kenal sejak dahulu.
Saila Alias, dia yang aku tunggu hingga kini.

No comments:

Post a Comment