Monday, March 21, 2011

USAH HANYA BERKATA JIKA TIADA TINDAKAN...!

perasaan sedih menyelubungi hati aku kembali... selalu benar aku bersedih... mana keceriaan yang aku sembunyikan? apa yang sebenarnya telah terjadi? persoalan demi persoalan menerpa ruang fikiran... yang buruk jadikan sempadan dan yang baik jadikan tauladan...

kuiz ekonomi hanya 3.8 per 10% yang aku peroleh.. test pula 5 dari 10%..
kuiz pertama membuatkan aku rasa aku tidak bersedia lagi dengan kehadiran semester ini.. ah, itu semua alasan semata.. sebenarnya aku tidak belajar bersungguh-sungguh, mungkin itu jawapan yang tepat bagi pemarkahan yang aku peroleh..

sebentar tadi tangan kanan aku mencapai kertas ujian ekonomi yang pertama..alangkah hati aku menjadi remuk dengan luka-luka tersembunyi apabila aku lihat hanya 5 per 10% sahaja yang aku perolehi.. telah aku bertungkus lumus membuat ulangkaji pelajaran.. mengorak langkah kaki aku ini ke rumah kawan-kawan yang tinggal di luar kampus.. walau penat, walau letih, aku kuatkan pendirian aku demi untuk memastikan kepuasan hati aku dengan markah ujian... secara amnya, aku tahu bahawa isi perut rumah kawan-kawan aku itu terisi dengan nyawa-nyawa hidup yang dikurniakan sebentuk otak yang bijak menelaah ilmu.. harapan aku, dengan kehadiran ke rumah mereka akan turut memberi manfaat kepada aku...tapi aku silap...

aku silap, aku perlu tukar niat aku terlebih dahulu..untuk apa aku ke sana? kerana apa aku ke sana? terlupa benar di ingatan aku untuk menjadikan Allah itu yang utama dalam setiap tingkah laku aku... jauh benar aku untuk mengingatinya lagi... ya Allah, ampunkan hamba Mu ini..
itu semua juga tidak cukup, ada juga yang aku tinggalkan, aku lupa untuk mendoakan insan yang mendidik aku.. aku juga banyak melaksanakan tugasan aku "last minute"... itu juga punca yang membuat aku terjerumus dalam lembah yang dalam ini.

sekadar bertanya kenapa, mengapa, bagaimana, dan siapa... serta pelbagai soalan lagi tidak cukup untuk mengubah sesuatu.. sudah di ungkapkan dalam kalam Allah "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"

lantaran itu, aku harus menegaskan pada diri aku sendiri, hanya mencari punca bagi setiap kesalahan tidak mendatangkan impian berubah menjadi kenyataan... aku harus bertindak.. bertindak seperti yang lain,, kenapa aku tidak boleh mencapai setinggi langit yang diterbangi oleh burung sedangkan mereka yang lain berupaya mencapai langit biru yang tidak pernah terlihat oleh penglihatan burung.

BERTINDAKLAH...
TERUSKAN MENUNTUT ILMU DENGAN NIAT YANG TEGUH KERANA ALLAH...
JADIKAH USAHA ITU PENDAMPING DI SETIAP MASA...
JANGAN PERNAH PUTUS ASA...


No comments:

Post a Comment