Saturday, April 23, 2011

7 PERKARA YANG PERLU ANDA JAUHI...

1. jangan bercakap tentang keburukan kelemahan dan kesalahan orang lain yang anda tak puas hati. sekali anda bercakap, perkataan yang lahir dari hati anda boleh menimbulkan getaran negatif. anda akan susah nak berfikiran positif semula

2. jangan pandang rendah orang lain. jangan ketawakan mereka dan kelemahan mereka, kerana sikap memandang rendah adalah sikap negarif, ia membuatkan anda riak, meninggi diri dan dalam masa yang sama membuatkan diri anda sedikit bongkak.

3. jangan bercakap tentang isu-isu semasa yang agak negatif, isu-isu politik, permasalahan, perbalahan dan persengketaan. kalau anda asyik tak puas hati, itu tandanya minda anda dipenuhi gelombang emosi negatif. kesannya, anda akan menarik situasi-situasi negatif.

4. jangan mesrasa anda lebih hebat dan lebih ber'skill' dari orang lain.

5. buang rasa meluat, menyampah dan tak senang dengan sesiapa yang anda tak suka. maafkan mereka, terima mereka seadanya dan lupakan apa yang mereka dah buat pada anda. kalau di simpan lama-lama ia menjadi magnet negatif yang semestinya menarik semua yang negatif datang pada anda. seba anda asyik sakit hati saja! latih diri anda untuk jadi seorang yang pemaaf.

6. jangan selalu kenang situasi buruk di masa lalu. paling baik, jadikannya pembakar semangat untuk lebih memajukan diri. elakkan dari rasa tertekan, risau, gusar, sakit hati mahupun geram dek kenangan lalu. let go!

7. jangan lupa untuk berterima kasih pada apa jua yang anda sekarang ini, orang-orang yang ada di sekeliling anda, semua benda yang anda ada dan hasil gaji dari kerjaya anda. ucap syukur sentiasa.

No comments:

Post a Comment