Tuesday, August 30, 2016

Rinduku Akan Tulisan Jiwa


Assalamualaikum w.b.t., menjadi pengetahuan ramai, kala ini aplikasi facebook semakin advance meneraju teknologi.. mana tidaknya, kadang menu tengahari semalam kita boleh lupa, tapi berbeza dengan facebook,, memori tahunan lalu dipaparkan semula ke ruang "newsfed" @ suapan berita akaun pengguna.

wow wow wow

status dua tahun lepas :

Adakala kita tersilap langkah dalam perjalanan kehidupan ini.  Tiba-tiba kita tersentak lalu tersedar, maka cepat-cepatlah kembali kepada Allah.  Itu tanda Allah sayang.

aku bagaikan dapat mengingati semula,, mewarnai semula kisah dua tahun yang lalu, mengapa isi hati aku diluah dalam ayat teguran sedemikian sopan.  Pada kala itu, aku di semester 2 tahun 2 pengajian peringkat ijazah.  

Dikelilingi oleh penyeri mata, penyejuk hati...mendorong diri memperbaiki diri..menjaga niat disetiap perbuatan... ya, betul keadaan itu sangat membantu dalam mendekatkan diri kepada pencipta.  solat dipelihara, adab dijaga, kemungkaran dijauhi.. 

Barakallah, Allah memudahkan tujuan ku. Selesai dari menamatkan pengajian, tiada lagi penyeri mata, penyejuk hati... benteng diri mula merapuh kembali... menjadi identiti yang sudah sebati seperti sediakala.. bersahaja... cukup hanya dengan mengetahui amar makruf nahi munkar..

Sepi bertandang di saat ini,, ingin aku cuba kembalikan zaman mendampingi Mu, menagungkan Mu, bilakah masa itu akan mendatang kini?
yang pasti, perlu perbaiki asas diri, perbaiki niat diri, berhajat, dan memujuk diri semula untuk memupuk zaman itu muncul lagi.

kehadiran suami, membuat aku selesa kerana terjaga baik dan rapi akan agama ku,, amalan ku.. namun kesedaran dalam diri itu adalah jauh lebih penting, tanpa kesedaran yang menusuk, tidak mustahil lagi untuk zaman itu muncul dan berlalu pergi lagi dan lagi..

Wasalam.

No comments:

Post a Comment