Tuesday, August 30, 2016

Ulang Tahun Perkahwinan Pertama

Sampai masa, hilang seri hidup seseorang tanpa peneman.
Sampai masa juga, sinar bahagia menemani tiap detik kehidupan seseorang yang berteman.

Alhamdulillah, kehidupan ku di atur baik oleh Nya. tiada bertemu dengan seri yang menghilang.. sentiasa dikelilingi oleh keluarga, tidak pernah merasa jemu akan kasih sayang mereka, aku dikurniakan lagi dengan sebuah kasih sayang baharu..kasih sayang dari suami, pemimpin ku dunia dan akhirat.  

Kini telah setahun hubungan suami isteri dilalui bersama, "sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri".  Irama dan lirik merdu alunan P. Ramlee menjadi nasihat dalam hubungan suami isteri kami.  

Pernikahan kami berlangsung setahun yang lalu pada 7hb Ogos 2016 bersamaan 23 Syawal 1436.  Tahun ini kami menyambut ulang tahun hari bahagia kami pada 23 Syawal 1437... 

Ligat kepala ku menyusun strategi, selesai waktu kerja axia merah kesayangan mula menggolekan tayar menuju arah mencari bahan utama untuk meraikan kami suami isteri malam itu. Pulang agak lewat, suami pula pulang agak awal berbanding malam-malam sebelumnya.  

"Assalamualaikum...assalamualaikum..."

berulangkali suami ku memberi salam, aku menjawab salam dan ketawa dari dalam rumah maklumlah ketika itu aku rasa lucu kerana belum sempat aku menghabiskan ayat akhir kad ucapan untuk yang tercinta,, kehairanan dan kemudian suami ku menggesa agar aku membuka daun pintu rumah secepat mungkin.

mulanya hairan, kemudian bertambah hairan.  Namun hati suami ku selalu betul, ia meneka, meneka ada sesuatu yang aku lakukan di dalam rumah.. 

Kehairanan kerana aku menutup lampu, air cond di matikan... pintu utama rumah dibuka perlahan.. aku dalam keadaan telah berhias dengan pakaian waktu bercinta dengannya dahulu juga cantik bersolek mengenakan selendang putih pernikahan.  

Terpinga-pinga,, "sayang hari ni baru 28 Julai 2016..anniversary kita 7 Ogos 2016. tak kan lah bie salah tengok kalendar."

Kami meraikan malam itu dengan bacaan doa, menjamu kek ke mulut pasangan, dan menyanyi sambil menari berdua. 

No comments:

Post a Comment