Thursday, October 14, 2010

DUAN....SHAHFIEE

dah masuk 3hari duan dapat call scra percuma... mcm mane blh dpt call percuma pun tak tau la,, semuanye nampak hairan... aku sudah sedia maklum, duan tak bagi aku keluar dgn mana2 laki melainkan dia seorang, walaupun kawan aku, aku tetap tak boleh keluar... & semalam dia bagi tau lagi, aku tak boleh call mane2 laki atas sebab hanya utk suka2... aku bagi tau yg aku tak setuju dgn halangan dia kali ini... bagi seorang yg suka berhubung & berbual di dlm telefon, tiba2 di suruh utk berhenti dari berbuat demikian, terasa mcm dunia aku makin kecil, makin terkongkong & kebebasan aku mula digenggam sepenuhnya oleh orang lain... aku mula terfikir, belum ada ikatan perkahwinan, aku sudah mula diberi pelbagai arahan & larangan.. apa pula jika dah berkahwin? terasa seperti aku perlukan masa utk kenali siapa duan yg sebenarnya.. dia menjawab dgn ayat ringkas bahawa aku masih belum memiliki hatinya sepenuhnya & sebab itu aku tak faham kenapa aku dihalang sedemikian.. akhirnya aku setuju semula dgn duan utk tidak call mereka2 tanpa ape2 perkara yg penting...

entah mengapa aku rasa mimpi2 malam aku mula menikam aku dari belakang, kenapa mimpi2 yg bertandang mlm tadi menyakitkan aku sendiri,,, mengapa GAMBARAN SHAHFIEE yg wujud lagi..??? kau dtg dlm mimpi aku.. langkah kaki ku di dunia mimpi memaksa aku berhadapan dgn engkau, dgn engkau lelaki yg menggetarkan hati aku & lelaki yg memusnahkan aku, kali ini aku bertempur dgn engkau & aku pulang segala yg berkait dgn kau, hp aku yg punya no tel kau, aku serah kpd kau... kau memaki aku di khalayak ramai... kau menjerit kemarahan & menjadikan anak isteri kau sebagai mangsa kemarahan kau... kesakitan tubuh mereka.. shahfiee, biar pun hidup kau senang, gembira, susah @ duka, aku dah tak mau kau wujud dlm hidup aku,, tak mau walau dlm mimpi aku, walau ketika aku bermenung... aku tau bukan mudah utk melupakan kau, tapi aku tetap akan berusaha juga...
KERANA AKU TAU DUAN AKAN MEMBANTU AKU...
DUAN AKAN MEMBANTU AKU...


Tuesday, October 5, 2010

BERMIMPI LAGI...

tidur semalam agak awal... jam 10 lebih dah mula tidur...
sebab duan tak bz..tak msg... duan nk alek ganu smula tumpang org..
maka aku pun tidur... zzzZZZ..
rumate aku masih tak tidur... ade yg wat keje bbm
ade yg baca komik..

tidur aku terjaga2 jerw...
tibe2 aku terjaga dan buka mata,,
berdekatan dgn aku ade sya & nad..
sya kata " eh, kau tidur betul2 la umu kat tilam sane"
aku kat " eh, korang dgr aku bunyi2 tak tidur tadi? ermm..erm.."
bunyi seolah2 aku membaca buku gaya malas, cuma ade bunyian
tanpa sebutan jelas....

mana tidak nye sebelum aku terjaga tu, aku sedang membaca 4 perkara...
rupenye,, EX aku muncul lagi dlm mimpi aku..
sakit nye hati aku, aku dah tak nak amik tahu pasal dia
ape tah lagi nak mimpi kan dia..memang tidak la wey...

dia jumpe aku, dan katakan, dia nak berkahwin...
berkahwin dgn perempuan macam aku...
yg ade 4 perkara disebalik ape yg dia ingin kan dr perempuan..

isyh..! kalau kau nak kahwin ke , tunang ke, aku tak nak amek tau la..
tak payah la nak kabar kan kat aku dlm mimpi @ dlm nyata...
aku dah serik la wey...

BLA LA WEY... BLA...BLA...!!!

Saturday, October 2, 2010

AKU BERMIMPI

bangun pagi kali ni agak lewat.. kul 9 pagi baru bangun...
lepak2 kat katil dulu... mengimbas ape yg jadi waktu tidur malam td..
rupe2 nye malam td ujan dlm kul 3 pg... terase sjuk...
baru la aku buka selimut dan tutup badan aku...
pinggang ke kaki saje la yg aku tutup dengan selimut..
sebab aku guna baju sweater tidur malam tdi..kebetulan sweater dekat...
aku pun capai je la sweater tu..
dah abes lepak2 kat katil....
aku bangun kemas tempat tidur...
mcm biase, aktiviti yg aku sukebuat ialah...
lepas bangun tido je tgok muka kat cermin.. sebab..
ustad pernah ckp, saat perempuan itu cantik ialah waktu dia bangun dr tido..
rupa sebenar wajah dia....
aku tertanye2?
malam tdi aku mimpi yg sedih ke?
sebab bila tgok pd bahagian mata aku, tak seperti biase...
aku pikir ape yg aku mimpi malam tdi..
dan aku dah tau jawapan soalan aku tu...
malam td aku mimpi yg sedih...
EX aku dtg dlm mimpi.. si penipu dtg dlm mimpi aku..
dtg dgn berharap aku akan kembali pada dia..
sengal,, kenapa dia menyebok dlm mimpi aku lg...
aku dah tak undang kau dlm hidup aku, dlm mimpi pun akutak undang kau lg..
kau hanya merumitkan keadaan saje..
kau bagi tahu pada aku,,WANI tu menipu kau..
WANI tak seriuas dgn kau...
tu masalah kau la wey... dlm mimpi kau memujuk rayu aku...
tapi walau mcm mne pun, aku tak kan balik pada kau..
penipu yg aku tak kan percaya pada kau lagi...
walau dlm mimpi, walau dlm nyata...
kau tak bermakna pada aku...
kau cuma pemusnah aku...
walau tak mudah utk aku lupa kan kau..
walau ambil masa sepanjang hidup aku utk lupe kan kau..
aku tetap akan lupa kan kau....

Wednesday, September 29, 2010

LETIH LAH...

semalam merupakan antara hari yang agak letih bagi aku.. masih tak cukup rehat ni, tapi kalau di ikutkan kehendak hati je susahlah... kene bangun juga & takut rugi nanti bangun lewat...

awal pagi semalam aku bangun pukul 5:30 pg utk wat kerje yg patut... first amek laptop untuk upload gmbar kat fb buah hati,, sebab dia asyik tanya-tanya gambar mana... kesian dia tunggu lame-lame... tu pun siap upload pukul 8:?? pagi... kul 8:30 pagi aku dah gerak keluar utk wat assigment mandarin (video).. dah dapat kereta terus shooting,, kelakar la rasenye sebab tak menghafal lagi kan, time tu gak kene hafal... banyak lah adegan2 kelakar time wat video tu...

habis wat video tu terasa minyak kereta masih banyak lak.. so (yani, fafau, kak zu dan aku) g ronda-ronda bandar melaka untuk habiskan minyak tu... aku & kak zu tertidur di belakang... pulang kereta jam 2:30 petang, wal hal 2:30 petang tu ade kelas.. masuk kelas lewat sikit.. tertinggal zuhur aku...

pas kelas (aku, ain, nad & marin) singgah pasar dulu untuk beli air, kami dahaga tapi tak lapar pun... aku mula terasa penat, kepala pening & sedikit mual... pening sebab cuaca panas,, penat sebab tak da rehat jap, pas wat video trus masuk klas, mual sebab mkn sata...

siap-siap g koko dengan sya, nad, ain & aku,,, tiba ja di padang kawad kitorang di tahan kerana lambat.. pada hal tak da la lambat pun kitorang ni,,, cuma yg tahan kitorang tu ialah org yg kitorang tak suke..org tu dulu satu klas dgn aku, pengang jawatan juga la... tapi kadang2 agak bangga dengan jawatan dia tu... lantak kau la wey... nak tahan pun tahan la... tapi at the end kitorang di lepaskan gak, tak de pun amek name kitorang...

"ujian fizikal" tajuk utk koko... larian di buat sebanyak 4 kali,,, aku berlari dgn sya, ain & nad.. cuma awal2 je.. pas tu nad dah penat,, aku pimpin tangan nad... berlakon konon2 nad sakit dan tak blh lari jadi jalan je la.. mmg agak lain sikit la tgok nad tu, sebab tangan dia dah warna biru pun... pas abes lari ade wat angkat tubi la tekan tubi la lompat bintang la... baru boleh alek...

badan busuk,, jom mandi wey... toilet betul2 penuh...kitorang pun mandi la kat toilet kan... memandangkan malam nye ade graded test note taking, & kami pun tak wat persiapan lagi utk graded test tu,, mandi cepat2... pastu solat n trus capai note... balik bilik agak lewat kerana ade masalah sikit, sya nak print folder dia yg ilang... naik je kat level sendiri, bacaan yasin pun abes...

ha time ni mcm ade "HOT CHAIR" sikit.. pas abes baca doa yasin, chaq selaku ketua level bercakap sekejap... tup tup.. semua org kenekan dia,, dia di marah, semua benda kecil nak di perbesarkan... pas bersurai, chaq masuk bilik kitorang and menangis.. baru sekarang kitorang nampak dia menangis....

aku sangat letih sebenarnye.. tapi tetap tidur lewat gak...kul 1.20 baru tidur.. alahai,, ingatkan ari ni nak bangun kul 5:30 pagi tapi tak terbangun... huhhuhuh.. (^_^)

Tuesday, September 28, 2010

SENDIRIAN DI DALAM BILIK

Pada : 25 Sept 2010

awal pagi rumate aku dah siap-siap utk ke zoo ikut event student DOMT 4B yang di lancarkan kat zoo. aku nak join sekali, tapi petang ni aku akan gerak ke dungun dan bimbang pula kalau tak sempat alek dari zoo tu tepat pada waktunya, jadi dengan pendapat sya, aku stay dibilik untuk kemas barang dan wat ulangkaji utk test hari isnin,, tambahan pula mata aku ni nampak sembam.

hati aku dah di sakiti dan air mata aku dah habis kebanjiran semalam, jadi aku tak nak ada tangisan utk hari ini lagi.. walau hilang cinta si pemuda, aku masih punya cinta keluarga yang tulus dan ikhlas & aku masih punya cinta ilahi yang kekal abadi. aku siapkan kerja yang patut aku buat.

tapi hati aku terganggu sedikit, jadi aku mencapai telefon dan mendail seseorang utk mendapatkan nasihat agar tidak terus bersedih. dan kemudiannya aku menelefon dia ( DUAN, seorang lelaki yang menyukai aku sekali gus menyayagi aku) dengan tujuan dia boleh memberi aku mood yang lebih baik dan bersemangat. ternyata duan dapat membuat aku mengukir senyuman... thanks duan, lelaki yang cuba mendekati hati aku utk memberikan kasihnya... sewaktu aku kesedihan dulu, aku telah memperluaskan interaksi aku dan mungkin dari situ aku berhubung dengan duan dan akhirnya duan bergelar "BOYFRIEND" aku sejak bulan ramadhan.

aku ke dungun adalah kerana mengikuti lawatan MPP UiTM ke sana, aku ditemani oleh kak zu yang baik hati, kak zu pada mulanya tidak mahu pergi ke dungun tapi memandangkan aku yang ingin ke sana tapi aku tiada peneman jadi kak zu mengambil keputusan utk menemani aku di sana nanti...tapi di sebalik tu, aku ada perancangan lain, aku dah kabarkan kpd duan yang aku telah di ajak oleh seorang MPP utk ke sana dan dia berharap aku menerima tawaran MPP itu kerana dia ingin berjumpa dengan aku dalam waktu terdekat ini. kak zu tahu niat sebenar aku dan kerana itu lah dia menemani aku.

jam 4.3o pm kami bertolak ke UiTM dungun dan tiba di sana jam 12.2o pm. hati aku sekarang sangat bimbang jika matlamat utama aku utk berjumpa duan tidak ke sampaian. aku hanya berharap ada sedikit peluang utk aku bersemuka dengan dia. (^-^)

Monday, September 27, 2010

CINTA MANUSIA

pada : 24 Sept 2010

aku sedang sibuk duduk di meja belajar ku menyiapkan nota CTU untuk di bawa ke dungun esok, bolehlah aku membuat sedikit ulangkaji semasa di sana jika ada sedikit kelapangan. sedang aku menyiapkan kerja ku, tiba-tiba aku terganggu dengan satu mesej yg muncul di skrin telefon bimbit ku.. tercalar sedikit hati ku mendapat kabar dari seorang perempuan.

CINTA & SAYANG

sebenarnya cinta itu boleh membawa kebahagiaan tetapi bila cinta yang datang juga boleh menyakitkan dan memusnahkan. cinta terlalu banyak kepalsuan dan kepalsuan itu memang memedihkan. cinta manusia boleh menjadi seperti embun yang kekalnya tidak lama, apabila matahari membakar diri, embun hilang tiada lagi... dan esok datang kembali, embun tak kan wujud untuk menemani panasnya hari. biarlah apa yang terjadi pada diri aku, aku redha dengannya, aku tau setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, aku tidak kekal dengan dia mungkin aku akan di beri kan seorang putera yang lebih baik untuk membimbing dan memimpin hidup ku di masa akan datang, tak akan aku bertanya kabar tentang kau lagi. cukup luka di hati kau guris.

air mata bercucuran ke pipi tidak dapat aku kawalnya. mata yang molek kian kecil dan membengkak, suara aku tidak kedengaran jelas kerana masih ada sendu tangisnya... aku dalam keadaan sangat sedih, lantas aku pergi mencapai tuala mandi, selesai mandi air sembahyang membersihkan diri aku, ku capai kitab suci Quran untuk ku baca dan menenagkan emosi aku yang sedang di uji. kerja aku di atas meja telah terbengkalai tidak aku hiraukan, kerana membentuk emosi yang baik adalah lebih utama pada waktu itu.

ketiduran aku di atas tilam setelah penat menangisi orang yang menyakiti diri aku. bangun dari tidur, terasa mata ku tidak boleh dibuka seluas hari-hari biasa.. masyaallah kecilnya mata ku ini. aku sedar dari tidur dan aku ingati diri ku lagi, sudahlah jangan menitiskan air mata hanya kerana cinta manusia, kerana cinta manusia tidak kekal sebaliknya cinta Allah itu yang abadi.

about today..

terasa sibuk sangat...banyak perkara yang nak di catit tapi tak ada masa yang cukup... bayangkan, saya tiba di melaka jam 11.30 p.m. hari ahad.. dan hari ini saya ada test CTU pada pukul 10.30 a.m.- 12.30 p.m. tapi masih tak habis membaca dan buat ulangkaji utk test.. angan2 nak bangun jam 5 pagi tapi mcm mana ntah saya blh tidak sedar dan bangun pada pukul 6.30 a.m... mungkin saya terlalu penat sebab baru pulang dari lawatan ke UiTM dungun... selesai menduduki ujian, saya belajar subjek math dan dengan izin pensyarah saya diberi pelepasan awal untuk ke klinik menemani kak zu yang ingin membuat rawatan giginya di alor gajah...

dah berhari-hari tak sempat nak menulis di blog saya ni,,, terasa sibuk sangat.... hari jumaat saya sibuk menyiapkan nota,,, sabtu sibuk untuk pergi lawatan ke dungun.. ahad pula baru pulang ke melaka dan saya masih dalam keadaan letih tambahan ulangkaji pelajaran masih belum selesai,, jadi saya lakukan kerja saya yang lebih utama..