Monday, March 14, 2011

tidak terkata lagi...kini bibir terketap rapat

SEDUTAN DARI FACEBOOK SAYA:

wey, dgr sini..dgr aku nk ckp..eh, banggang, binatang, anjing, babi, sial, aku ckp dgr aku nk ckp. eh anjing, anjing,, (SANGAT TERLUKA HATI AKU BILE ORG BERKATA MCM TU PADA AKU, SEOLAH-OLAH AKU SANGAT HINA DAN PERLU DIPANGGIL BEGITU).........(- _ -) air mata aku pun deras mengalir...

BUKAN niat di hati utk memburukkan diri orang lain, tapi apakan daya seorang manusia yang tidak setabah MUHAMMAD untuk berhadapan dengan pelbagai keindahan dan kepura-puraan dunia. aku juga insan biasa, yang ada kekurangan dan kelebihan..tapi tidak perlu kau menghina aku sekiranya aku tidak seperti yang kau inginkan.

kini kau dan aku sudah tiada apa lagi ikatan. walau kau SERIBU kali lebih baik, walau kau SEJUTA kali lebih baik dari apa yang pernah ku kenali, aku TETAP tidak akan kembali mengundang kau dalam corak seni hidup aku. akan ku pengang teguh dengan kata-kata aku. kasih yang aku beri dibalas pula dengan cacian hina. tanggapan aku yang menjulang tinggi terhadap kau, serta merta tidak ada nilaian lagi.. sungguh kau tiada prinsip dalam hidup.. orang yang telah kau sayangi kau perlakukan sebegini rupa.. sanggat terluka, andai tiada nilai keinsafan pada diri kau, tidak mustahil hidup kau terus dengan arus ombak yang sama..


aku tidak menginginkan kau muncul lagi dalam hidup aku, saban hari kau mengintai mimpi malam aku, kau sengaja membiarkan tidur aku bersama rengek kesedihan. tiadakah sedikit perasaan kasihan kau terhadap perempuan ini.. jangan kau ganggu aku lagi. aku masih mampu berdiri di atas kaki sendiri walau pun cacat anggota sekali pun. aku tetap bernilai, aku tetap aku walau tiada kau.

SEKALI LAGI, JANGAN KAU MENGGANGGU AKU...KABAR BERITA DARI KAU PUN TIDAK SUDI TELINGA AKU MENDENGAR LAGI.
INILAH KELUKAAN SEORANG WANITA...

Tuesday, March 8, 2011

.......................................


"CINTA INI MEMBUNUH KU" & "SEPARUH JIWA KU PERGI" akhirnya "KINI CINTA TIADA"

"ISLAM UBATNYA"

Thursday, February 17, 2011

"seri pudar tanpa sinaran mu..."

di mana ku letakkan jiwa ini, seakan berterbangan mencari tempatnya, hatiku kan selama memuja dan mencintai kau kekasihku.

KITA adalah insan yang sama pada asalnya.. dicipta dari sesuatu yg telah ditetapkan oleh-Nya... dan diberi lumrah hidup yg sama utk menyemikan perasaan kasih sayang. hati aku terpaut penuh pada kau seluruhnya.. siapa kau, dari mana kau, bagaimana kau, kau tetap pilihan aku... namun kita masih punya perbezaan yg kita cipta sendiri...mungkin disegajakan atau mungkin tanpa dirancang...

DUNIA KAU: lelaki yg bekerja mencari rezeki meneruskan hidup dgn sumber yg halal.. hari-hari kau berbeza dgn aku walau diberi masa 24 jam yg sama.. hidup bersama keluarga dan tinggal di sisi dua orang warga emas yg namanya kau semat di dalam hati..

DUNIA AKU: wanita yg menuntut ilmu pinjaman-Nya menjadi tanggungjawab yg perlu digalas.. hari-hari aku turut berbeza dgn kau walau diberi masa 24 jam yg sama. aku hidup jauh dari keluarga tercinta, aku merantau ke tempat orang demi impian sendiri dan harapan keluarga teragung..

maafkan aku kerana tidak dpt memberi sepenuh masa utk kau, aku yakin kau mengerti dgn penjelasan aku, bergelar pelajar adalah perkara biasa yg didegari, tetapi tugasnya tidak menentu seperti yg dijangka, dalam tempoh pengajian ini, DIA menemukan hati ku dgn kau.. hati aku menjadi berbelah-belah, PENGAJIAN, PERCINTAAN, KELUARGA, DIRI SENDIRI...
aku bertemu dgn waktu kemuncak aku iaitu antara pengajian dan percintaan... aku sebolehnya ingin adil dlm keduanya.. tapi aku bimbang, bimbang ingin beri keadilan dlm pengajian dan kau pula yg aku ketepikan sementara waktu, bimbang ingin beri keadilan dllm percintaan, tanggungjawab menuntut ilmu hanya menjadi sampingan aku.. aku tak kan benarkan kedua situasi ini berlaku... jika ianya tetap berlaku, aku mohon maaf, cuma aku tersepit dalam jerat yg aku hiasi sendiri.

BUAT KELUARGA TERCINTA, PENGAJIAN DAN DIRI KU:
aku tetap dgn pendirian aku utk menuntut ilmu sebaik mungkin, memperoleh kejayaan yg cemerlang agar senyuman menawan terukir buat insan istimewa kedua ibu bapa ku.. aku akan berusaha utk menjadikan cita-cita ku kenyataan dan bukan hanya sekadar kata-kata sahaja.

BUAT PERCINTAAN YG SETIA:
aku perlukan sebentuk kesabaran dan pemahaman dari kau, sokongan kau aku nantikan... jangan pernah mengalah utk apa yg berlaku... "utk memperoleh sesuatu yg berharga, jangan kau bimbang utk hulurkan secebis pengorbanan" hanya itu yg dapat aku perkatakan kepada kau. hati aku tetap terpaut pada kau..hapuslah segala keraguan kau.

Kita tak tahu antara dua
Hala yang berbeza
Kiri kau menjanjikan cinta
Kanan menjanjikan kerjaya
Oh yang mana…

Kita tak tahu antara dua
Pilihan yang nyata
Sebelah hati inginkan cinta
Sebelah lagi inginkan cita
Agar hati membimbing kita
Tahu antara dua

Takkan lari gunung dikejar
Semoga diizinkan cinta
Selesaikan yang dah bermula
Sementara usia masih muda
Tapi tidak ku nafi hati ku sangsi

Tuesday, February 8, 2011

terasa kehilangannya.


dulunya kami berkenalan di sebuah sekolah kecil pada usia 11 tahun. perkenalan yg tidak seberapa cuma tidak terhenti di situ. tamatnya peperiksaaan UPSR, secara tidak disengajakan, kami duduk bersebelahan di dalam bas lawatan ke Pulau Pinang. tidak terduga rupanya kami seperti ditakdirkan oleh Nya utk bersama lagi. SMT ERT Azizah menemukan kami semula di dalam kelas yg sama, selama 2 tahun dia menjadi sebahagian dari coretan hidup aku. langkah aku tersusun menuju ke sebuah pusat pengajian tinggi hanya utk beberapa bulan sahaja. aku menemuinya utk mengkhabarkan berita yg separuh gembira dan separuh duka. perasaan dan hati membawa aku ke UiTM Melaka, dan sekali lagi aku menuntut ilmu pinjaman Nya bersama dia lagi. Dalam jurusan yg sama dan kelas yg sama. seperti belangkas itulah ungkapan yg sesuai buat kami. masa tu dah berlalu pergi dan kenyataan sekarang seolah tidak adil buat aku. dia semakin senyap membisu. aku juga malu utk menyapanya lagi. apakan daya, kemungkinan besar puncanya adalah melibatkan aku. aku benar-benar memohon maaf pada dia kawanku, aku sunyi dgn ketiadaan kau. andai masih ada sisa persahabatan sejati utk aku, hulurkanlah ikatan suci itu sekali lagi. hidup tanpa sahabat seolah-olah hilanglah bimbingan, aku perlukan dia. dia seorang sahabat yang aku kenal sejak dahulu.
Saila Alias, dia yang aku tunggu hingga kini.

Thursday, January 27, 2011

lain yg dirancang, lain yang jadi

dari awal minggu ni lagi aku dah rancang utk mengisi hari khamis "tak ada kelas" dengan kerja2 preparation utk BEL 312 "Presentation for service after holiday" dan OMT 290 "Outline for Public Speaking" dan lain-lain kerja yg banyak.

kata org kene lah pandai curi masa. memang pun itu yang perlu dilakukan. menulis blog ni pun aku curi masa juga. tapi tibe2 aku rase aku perlu lebih "power" utk curi waktu. sebabnya hari ni aku yang tak ada kelas kene tolong classmate aku as president english language club yang ade function. owh.. banyak nye. aku boleh tolong dengan yani dan kak zu, tapi yang ada kat kepala otak aku ni cume sedikit bantuan je yg kite org kene tolong, yelah kan sebagai top pup je utk ape2 yg tak cukup time majlis tu. tapi tibe2 pulak kitorang bertiga ni mcm jd diorang nye ajk, tak nampak ajk2 yg kene wat keje. senang cite kitorang jd in charge program tu..

len kali, aku akan pastikan aku tak kan wat keje kerana simpati atau kesian kat orang lagi. pape pun kene settle kan keje aku dulu! ingat tu umu! korang2 yg kat luar tu pun ingat gak hal ni. wat keputusan betul2 sblum nk bekerjasama dgn org lain.

Monday, January 24, 2011

why my beg??


sedang bergegas-gegas untuk g klas malam... "if u dtg klas lewat, i potong 1 markah"... tergiang2 perkataan mis muna tu kat telinga aku ni... tup tup.. aku nye beg pun rosak.. adoi.. tak yah la nk rosak2...


mak,, belikan saya beg kuliah baru boleh.. nanti semangat sikit anak mak ni nak belajar maklumlah pemberian ibu tersayang,, betul tau ni mak, serius tak main2 atau nak bodek pun. ok mumy i love you. muah...


Wednesday, January 5, 2011

suapan seni seketika

kelmarin aku ke perpustakaan bersama rakan sekelas aku sementara menantikan kelas selanjutnya pada waktu tengahari. buku GALERI ILMU menjadi santapan aku yg mana tajuk mukanya ialah HARGA SEGULUNG IJAZAH sebagai penyeri buku itu.

sedang aku membelek-belek sedikit isi perut buku itu, aku dapati ianya sesuai benar untuk dijadikan bahan bacaan para siswa dan siswazah. sesuai juga untuk dijadikan sebagai hadiah buat kawan seperjuangan.

terselit satu coretan sajak yg bertajuk KAKTUS BUAT SAHABAT.. aku tidak berapa pasti dengan tajuknya tapi yg pasti kaktus itu ialah pemberian seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain sebagai simbol penghargaan. tapi buat kawan-kawan ku sekalian, aku tak punya sebarang sajak buat kamu semua, tapi yang pasti aku masih simpan gulungan-gulungan sokongan buat kamu semua dikala memerlukan. jika aku senyap membisu tidak bermakna aku lari dari kau sahabat ku, tapi percayalah tidak ku lupa siapa sahabat ku.