Saturday, April 23, 2011

gigi "BUSUK ARGHH..!!!!"

ISH.... mulut memainkan peranan paling penting dalam komunikasi... ala korang ni macam la tak tau lak pasal mulut.. ape hal mulut nie? busuk! maka seperti malapetakalah jika mulut tu busuk..

cantik dan tak berbau.. @ segar... guna fresh & white maybe... haa... macam ni la baru betul... rupa tak lawa pun tak pa..asalakan kebersihan tu terjaga... wah2.. pandai lak beri nasihat...

sekarang ni aku bukan nak cite bab mulut busukkk... tu just intro jerw.. fokus aku sekarang ni kat, "MULUT MENAWAN, HATI TERTAWAN"
JOM KITE TENGOK BENTUK GIGI

kenape bentuk gigi lak... ala..banyak tanye lah plak... bab ni kompom tak ramai yg tau di sebalik bentuk gigi ade juga melambangkan keperibadian diri... apa lagi, baca lah..

teeth Pictures, Images and Photos


Rahsia Peribadi Mengikut Bentuk Gigi

JARANG DAN KECIL


  • Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah.Beralah sajalah!

    BERSAIZ SEDERHANA DAN RATA
  • Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau!! Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka
    menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti
    tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain.
    Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?

    BESAR DAN JARANG

  • Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu
    sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu.
    Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja.
    Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki.
    Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai
    kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

    JONGANG DAN KECIL

  • Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik . Ada juga
    yang masih kelihatan manis dan cantik. Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat
    dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!

    JONGANG DAN BESAR

  • Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

    TIDAK TERSUSUN

  • Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan
    giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya
    itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya 'cantik'.
    Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik
    juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai
    membahagiakan orang lain.

    SEOLAH MASUK KE DALAM

  • Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa
    mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka
    tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu
    pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan
    rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

    KECIL DAN TERSUSUN

  • Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil
    dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong
    orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang
    memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!


CHECKKK GIGI KORANG SEMUA...
KORANG PUN AKAN TAU SEDIKIT KEPERIBDIAN DIRI TU...
NI SEMUA CUMA KAJIAN JE TAU..


7 PERKARA YANG PERLU ANDA JAUHI...

1. jangan bercakap tentang keburukan kelemahan dan kesalahan orang lain yang anda tak puas hati. sekali anda bercakap, perkataan yang lahir dari hati anda boleh menimbulkan getaran negatif. anda akan susah nak berfikiran positif semula

2. jangan pandang rendah orang lain. jangan ketawakan mereka dan kelemahan mereka, kerana sikap memandang rendah adalah sikap negarif, ia membuatkan anda riak, meninggi diri dan dalam masa yang sama membuatkan diri anda sedikit bongkak.

3. jangan bercakap tentang isu-isu semasa yang agak negatif, isu-isu politik, permasalahan, perbalahan dan persengketaan. kalau anda asyik tak puas hati, itu tandanya minda anda dipenuhi gelombang emosi negatif. kesannya, anda akan menarik situasi-situasi negatif.

4. jangan mesrasa anda lebih hebat dan lebih ber'skill' dari orang lain.

5. buang rasa meluat, menyampah dan tak senang dengan sesiapa yang anda tak suka. maafkan mereka, terima mereka seadanya dan lupakan apa yang mereka dah buat pada anda. kalau di simpan lama-lama ia menjadi magnet negatif yang semestinya menarik semua yang negatif datang pada anda. seba anda asyik sakit hati saja! latih diri anda untuk jadi seorang yang pemaaf.

6. jangan selalu kenang situasi buruk di masa lalu. paling baik, jadikannya pembakar semangat untuk lebih memajukan diri. elakkan dari rasa tertekan, risau, gusar, sakit hati mahupun geram dek kenangan lalu. let go!

7. jangan lupa untuk berterima kasih pada apa jua yang anda sekarang ini, orang-orang yang ada di sekeliling anda, semua benda yang anda ada dan hasil gaji dari kerjaya anda. ucap syukur sentiasa.

MIND VISION


26hb - 27hb Mac 2011

KURSUS TEAMBUILDING
KEM NUR BUKIT UNGGUL
JENDERAM HULU, SELANGOR

FOR: HIGH ACHIEVERS T.E.A.M (OM114)

"Coming Together Is A Beginning,
Keeping Together Is Progress,
Working Together Is Success"

LAGU TEMA MIND VISION TRAINING AND SERVICES
(Merealisasikan Pembangunan Modal Insan Negara)

"JENDELA HATI"

aku ingin hidup secerah mentari pagi
yang menyinari di taman hatiku
aku ingin seriang kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan

aku ingin segala-galanya damai
penuh mesra membuahkan ceria
aku ingin menghapus duka dan lara
melerai rindu di dalam dada

sedamai pantai yang memutih (chorus)
sebersih titisan embun pagi
dan ukhuwah ini pasti berputik
menghiasi taman kasih yang harmoni

seharum wangian kasturi (ulang)
seindah ceria pelangi
segalanya kan bermula di sini

aku ingin segala-galanya damai
penuh mesra membuahkan ceria
aku ingin menghapus duka dan lara
melerai rindu di dalam dada



Friday, April 22, 2011

LOVE MY FAMILY...


JAMALUDDIN'S GENERATION


MADE BY :
UMU NADIAH BINTI JAMALUDDIN


selamat "BERBLOGER" kembali..


setelah sekian lama aku tak aktif berblog ni.. sekarang aku muncul lagi... ATHOIII AAIII... kenapa aku dah lama tak tulis kat blog? jawapan bagi soalan yang tak menguji minda ini ialah "AKU RASE SANGAT SIBUK" semester ni je la rasa sibuk memanjang...

semalam baru je abes jawab paper "economi" alhamdulillah... harap2 keputusan economi tu nanti tidak mengecewakan.. aku berserah sajalah kepada Allah yang maha berkuasa..
dan hari ni aku keluar bersama ima... keluar ke mana? lu pikir la sendiri oiii... hahahaha...
aku kuar pagi2 pergi KLINIK GIGI ALOR GAJAH" niat nak cuci gigi masih ada lagi dalam hati aku ni. al-maklumlah, semester lepas aku datang nak cuci gigi tak dapat, sebab patient nye ramai sangat...

WOW...! WOW...! WOWWWWWWW.......!!!!!!
first time g cuci gigi di klinik.. terasa ade ruang2 di beberapa celah gigi yang putih ni... ada ruang je, tp tak bermakna gigi jarang-jarang ea... kenapa ada ruang?? sebab doktor dah bersihkan gigi aku, kekotoran dah tanggal sebab tu wujud ruang... puas hati dengan bayaran RM3, gigi aku perfect... hahahahaha...

jalan keluar dari klinik... opsss,, KFC... jamuan jam 10 pagi aku dan ima makan SNACK PLATE... nk kata breakfast tidak.. lunch pun tidak.. jadi kita panggil "brunch" gabungan antara breakfast dan lunch....

gigi dah bersih, perut dah kenyang, masih kat alor gajah lagi ni... keluar je dari pintu KFC, jumpe pula dengan kedai cenderahati... WAAAHHHHHH..... saya suke masuk kedai cenderahati.. sebab item2 nye cantik maaa... lagi pun memang saya nak beli hadiah untuk emak dan ayah tercinta, dan ummi adik bongsu tersayang...

wah..hasilnya dapatlah saya beli 3 barang... cantik.. simple.. sweet....
set tabung couple untuk mak dan ayah
bunga penyepit nota untuk ummi yang selalu tinggalkan nota pesanan

bab duit? dont worry..
everything about my family,
i willing to do soo...
because, my family is the most important
and my family is the number one..


Monday, March 21, 2011

USAH HANYA BERKATA JIKA TIADA TINDAKAN...!

perasaan sedih menyelubungi hati aku kembali... selalu benar aku bersedih... mana keceriaan yang aku sembunyikan? apa yang sebenarnya telah terjadi? persoalan demi persoalan menerpa ruang fikiran... yang buruk jadikan sempadan dan yang baik jadikan tauladan...

kuiz ekonomi hanya 3.8 per 10% yang aku peroleh.. test pula 5 dari 10%..
kuiz pertama membuatkan aku rasa aku tidak bersedia lagi dengan kehadiran semester ini.. ah, itu semua alasan semata.. sebenarnya aku tidak belajar bersungguh-sungguh, mungkin itu jawapan yang tepat bagi pemarkahan yang aku peroleh..

sebentar tadi tangan kanan aku mencapai kertas ujian ekonomi yang pertama..alangkah hati aku menjadi remuk dengan luka-luka tersembunyi apabila aku lihat hanya 5 per 10% sahaja yang aku perolehi.. telah aku bertungkus lumus membuat ulangkaji pelajaran.. mengorak langkah kaki aku ini ke rumah kawan-kawan yang tinggal di luar kampus.. walau penat, walau letih, aku kuatkan pendirian aku demi untuk memastikan kepuasan hati aku dengan markah ujian... secara amnya, aku tahu bahawa isi perut rumah kawan-kawan aku itu terisi dengan nyawa-nyawa hidup yang dikurniakan sebentuk otak yang bijak menelaah ilmu.. harapan aku, dengan kehadiran ke rumah mereka akan turut memberi manfaat kepada aku...tapi aku silap...

aku silap, aku perlu tukar niat aku terlebih dahulu..untuk apa aku ke sana? kerana apa aku ke sana? terlupa benar di ingatan aku untuk menjadikan Allah itu yang utama dalam setiap tingkah laku aku... jauh benar aku untuk mengingatinya lagi... ya Allah, ampunkan hamba Mu ini..
itu semua juga tidak cukup, ada juga yang aku tinggalkan, aku lupa untuk mendoakan insan yang mendidik aku.. aku juga banyak melaksanakan tugasan aku "last minute"... itu juga punca yang membuat aku terjerumus dalam lembah yang dalam ini.

sekadar bertanya kenapa, mengapa, bagaimana, dan siapa... serta pelbagai soalan lagi tidak cukup untuk mengubah sesuatu.. sudah di ungkapkan dalam kalam Allah "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"

lantaran itu, aku harus menegaskan pada diri aku sendiri, hanya mencari punca bagi setiap kesalahan tidak mendatangkan impian berubah menjadi kenyataan... aku harus bertindak.. bertindak seperti yang lain,, kenapa aku tidak boleh mencapai setinggi langit yang diterbangi oleh burung sedangkan mereka yang lain berupaya mencapai langit biru yang tidak pernah terlihat oleh penglihatan burung.

BERTINDAKLAH...
TERUSKAN MENUNTUT ILMU DENGAN NIAT YANG TEGUH KERANA ALLAH...
JADIKAH USAHA ITU PENDAMPING DI SETIAP MASA...
JANGAN PERNAH PUTUS ASA...


Monday, March 14, 2011

tidak terkata lagi...kini bibir terketap rapat

SEDUTAN DARI FACEBOOK SAYA:

wey, dgr sini..dgr aku nk ckp..eh, banggang, binatang, anjing, babi, sial, aku ckp dgr aku nk ckp. eh anjing, anjing,, (SANGAT TERLUKA HATI AKU BILE ORG BERKATA MCM TU PADA AKU, SEOLAH-OLAH AKU SANGAT HINA DAN PERLU DIPANGGIL BEGITU).........(- _ -) air mata aku pun deras mengalir...

BUKAN niat di hati utk memburukkan diri orang lain, tapi apakan daya seorang manusia yang tidak setabah MUHAMMAD untuk berhadapan dengan pelbagai keindahan dan kepura-puraan dunia. aku juga insan biasa, yang ada kekurangan dan kelebihan..tapi tidak perlu kau menghina aku sekiranya aku tidak seperti yang kau inginkan.

kini kau dan aku sudah tiada apa lagi ikatan. walau kau SERIBU kali lebih baik, walau kau SEJUTA kali lebih baik dari apa yang pernah ku kenali, aku TETAP tidak akan kembali mengundang kau dalam corak seni hidup aku. akan ku pengang teguh dengan kata-kata aku. kasih yang aku beri dibalas pula dengan cacian hina. tanggapan aku yang menjulang tinggi terhadap kau, serta merta tidak ada nilaian lagi.. sungguh kau tiada prinsip dalam hidup.. orang yang telah kau sayangi kau perlakukan sebegini rupa.. sanggat terluka, andai tiada nilai keinsafan pada diri kau, tidak mustahil hidup kau terus dengan arus ombak yang sama..


aku tidak menginginkan kau muncul lagi dalam hidup aku, saban hari kau mengintai mimpi malam aku, kau sengaja membiarkan tidur aku bersama rengek kesedihan. tiadakah sedikit perasaan kasihan kau terhadap perempuan ini.. jangan kau ganggu aku lagi. aku masih mampu berdiri di atas kaki sendiri walau pun cacat anggota sekali pun. aku tetap bernilai, aku tetap aku walau tiada kau.

SEKALI LAGI, JANGAN KAU MENGGANGGU AKU...KABAR BERITA DARI KAU PUN TIDAK SUDI TELINGA AKU MENDENGAR LAGI.
INILAH KELUKAAN SEORANG WANITA...