Saturday, June 25, 2011

I KNOW WHO THE REAL MEN

nak kata apa pasal aku @ nak fikir aku ni perempuan jahat,
terpulanglah... pemikiran masing-masing... yang penting tak kacau hidup aku.

erm, andaian aku kat lelaki ni, konon2 je lelaki ni bagus... konon2 bagusshh!!!
baru keep in touch dgn aku within one month, dah nak buat first move
ish ish ish... laki ni dah silap orang la derrr...
aku ni bukan perempuan yang boleh dibodohkan @ dalam bahasa jahatnya "dikencingkan"
aku ni bukan tak tau cinta si penipu..!

kononnye suke kan aku dari dulu...maksud dr dulu tu adalah around 4 years ago
kalau betul suke, ape hal ko blh cari orang lain
nape tak je ko tunggu aku bertahun2 n tak cari orang lain
awal2 ko cakap pun aku tau ko ni kira laki yg *susah lah nak cakap...

ada gak aku korek cite ex girl dia, skrg ni dah mkin rapat smla...
& lepas aku wat research n bla...bla..bla.., aku sure diorg couple smla..
no komen lah...budak2 sekarang ni banyaknya suke2 je..tak serius langsung..

ini dari andaian aku je lah.. & aku rasa andaian aku tak jauh menyimpang..
sebab laki ni boleh "hehehehe" plak bila aku ckp "congrate dah couple smla" kat dia

utk kaum hawa, hati-hati dgn mainan dunia
utk kaum adam plak :
janganlah nak main-mainkan perasaan perempuan
sakit hati tak terkata tau

kenapa aku cakap macam niehh????
mungkin lah kan..
sebab aku masih lagi geram dgn kaum adam ni kot
insyalah bila aku dah betul2 sedia, barulah aku jd normal..
bukan gila ea... tp aku masih takut2 lagi..
tak moh kecewakan org, n tak moh dikecewakan

Wednesday, June 1, 2011

ceruk mana nak korek??

cerok mana nak korek?
sesuai untuk gambaran apakah itu?
jawapannya: POKET TENGAH BOLOS
BOLOS?? senang cerita tak ada duit dahhh...

ni minggu pertama kuliah semester 5...semester 5 dah..wahhhhh... tak lame lagi tamat sudah pengajian kat sini...insyalah...
BAD NEWS...BAD NEWS...& REALLY BAD NEWS...
not for me only..but to those that we call as diploma student
terutamanya yg pinjam PTPTN...

ape hal bed news sgt ni.. mana tak nye, kuliah dah start.... tapi DUIT PTPTN TAK MASUK LAGI DERRR..!!!! for the first week class, memanglah tak study lagi..tp "memang kene ade duit" nak beli buku kan... mana boleh petik daun je nak bayar duit buku..nak pulak tu buku tak lah sama harga macam kat KEDAI RM2....
campur-campurkan semua buku dan harga, jumlahnya cecah RM200... tapi tak kisah berapa pun student kene lah ade effort utk belajar..beli buku..untuk ilmu jangan berkira sangat...
lagi pening kepala kalau duit tengah tak ade lepas tu buku tu mahal dan limited pulak... macam mana tu... mau tak mau, langkah pertama terpaksalah ikat perut

tak ape..bersusah dulu pendapatan...
sedar2 je nanti dah sampai minggu depan..
duit pun dah masuk...boleh lah belanja yg patut...

Thursday, May 26, 2011

kebenaran air mata

hati aku gentar... gentar seperti petir yang datang menyambar di kala puting beliung bakal menyunsung... aku ketepikan semuanya, dengan helah untuk mencari ketenangan buat seketul hati yang ketakutan...

apabila berhadapan dengan mesin canggih komputer, dan kalendar mengeluarkan angka "25hb May 2011" dan arah jam telah melepasi masa 9:00 pagi, pelbagai misteri bermain dengan emosi aku.. terasa badan aku lemah dan ingin rebah di bumi tuhan...

aku kuatkan diri aku, inilah saatnya untuk aku menggunakan mata aku dan memandang keputusan peperiksaan aku..

YA ALLAH... YA ALLAH... YA ALLAH... memang benar selepas itu aku terus rebah di dalam perut rumah keluarga aku... air mata aku mengalir tanpa dipaksa, Allah Maha Berkuasa... hanya DIA yang aku ingat ketika itu... alat komunikasi telefon bimbit aku gapai dengan lemah,, mendail nombor telefon, suara yang penuh kasih sayang mengucapkan "tahniah" buat aku.. terima kasih juga buat emak kerana telah mendoakan kejayaan anak-anaknya.

segala ketakutan dan misteri yang menyelubungi aku, terlerai sudah... tetapi, aku masih lagi dalam keadaan ketakutan, ketakutan dengan "terperanjat" tidak percaya apa yang telah berlaku..

emak, keluarga ku, kawan-kawan, guru-guru dan semua
aku ucapkan terima kasih
terima kasih kerana ikhlas bersama-sama aku
menempuhi hari-harian aku di dunia yang sementara ini
"SYUKRAN"

Tuesday, May 17, 2011

JOM LAYAN

BERTAMU DI KALBU
BY
JACLYN VICTOR


ku genggam semilir malam
tika rembulan menyinari
lalu ku menadahkan
kata cinta nan suci
dan akan ku
hembuskannya
tika malam syahdu

kerana dalamnya
kasih sedalam lautan
setinggi mentari
tak mampu digapai
oleh khayalan insani
cuma di naluri

corus:
katakan bara melecur diri
bisa memercik jalan yang luka
dengan selasih balut pedih ngeri
tiada berpaling setia

adalah sejarah jadi saksi
bulan, bintang menghangat kasih suci
kita pun terpaut dan bersatu
dalam bebayang mimpi berseri
ulang corus

ku layarkan asmara
di pelabuhan setia
akan ku rentangkan
sang pelangi suci
yang pastinya anggun di hati
bertamu di kalbu



Monday, May 16, 2011

sukar memilih

"SUKAR"

ungkapan yang tidak tahu lagi untuk di beri erti sebenar

tambahan lagi jika berhadap dengan situasi yang gentir

"MEMILIH"

apa akan terjadi jika tersalah memilih?

bagaimana pula dengan akibatnya jika tersalah memilih?

pemilihan yang tepat semestinya kehendak semua

"SUKAR MEMILIH"

fikir-fikirkanlah

sedalam-dalamnya



mimpi mengundang ajal

jika di ikutkan, mimpi jenis ini dah dua kali aku alami, first sewaktu zaman sekolah teknik dan second malam tadi. kenapa aku cakap mimpi itu mengundan ajal? cikgu pernah bagi tahu pada aku, jika kita mimpi dan di dalam mimpi itu ada diri dua diri kita dalam mimpi itu, itu ialah mimpi yang bahaya kerana boleh membawa kepada kamatian, mimpi yang mengundang ajal.

alangkah bernasib baiknya jika kita tersedar dari mimpi itu. aku ialah antara golongan yang benasib baik pada malam tadi. aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbit waktu mimpi itu datang dalam tidur aku. sungguh aku kabarkan, aku bukanlah sebaik-baik manusia hamba allah di muka bumi ini, masih banyak dosa aku yang belum terampun, masih banyak lagi amalan aku yang kurang, gerunnya aku setelah tersedar dari mimpi itu.

dalam mimpi jenis ini, diri yang pertama itu ialah "ROH" dan diri yang kedua ialah "JASAD". roh tidak bersama dengan jasad. roh dapat melihat jasad, tetapi jasad tidak menyedari roh. aku tidak tahu kebenaran tentang mimpi ini, buat sesiapa yang ragu-ragukan tentang hal ini, cubalah buat research untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya.

terdetik di hati aku untuk berubah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan aku, mengukur baju di badan sendiri. ajal maut itu rahsia allah, bila masa dan ketikanya tiada sesiapa yang tahu.
semoga aku sentiasa diberi petunjuk dan hidayah-Nya serta mendapat syafaat Muhammad S.A.W. di akhirat kelak. amin ya robbal alamin...

Sunday, May 1, 2011

masak oh masak....

"perempuan dan masak"

memang similar sangat dua perkataan ni...
asal perempuan je masak..asal masak je perempuan...
nak di jadikan cerita, aku kene ambek tender masak
semalam aku kene masak...ikan..
ikan kembung masak singgang,, ikan goreng,,, n tempe goreng..
nak tau hasilnya...
as a result, aku yang masak, aku sorang je yg makan..
alahhh... ni semua tak de hal la..
dah biasa sangat masak sendiri, sendiri yang makan...
tak abeh makan, campak dalam tong sampah...
nak wat macam mana an...
dah pun realitinya aku masak tak sedap...ni lah cabarannya..

hari ni pun aku masak gak...
masak soto..mak aku yg suruh aku masak...
mak aku cuma masak nasi impit jerk... sup aku lak yg masak
kali ni kalau aku masak n tak da sape makan pun aku dah tak kesah..
tak kan nak paksa2 orang makan an...
lagi pun tanggungjawab aku masak dah beres..
terpulang pada isi perut rumah ni lah nak makan ke tak...

that's all from me...
daaa daaa..