Monday, December 23, 2013

Makin Lama Makin Kuat Perasan


Sebenarnya ini lah diri aku Cik Umu Nadiah Jamaluddin yang memang tak lepas dari identiti kakak yang gedik di dalam keluarga aku.  sebab aku suka kelihatan cantik dan persan cantik sendiri-sendiri. pantang nampak cermin. aku bersyukur dengan wajah yang sempurna dikurniakan Allah, moga akhlak ku juga sempurna dan secantik ciptaan Allah ini.

biarlah orang nak kata aku syok sendiri ke ape ke..aku dah tak kisah, sebab aku dengan gambar2 aku dan cara aku ialah untuk kepuasan aku..dan tak ada ape pun yang aku libatkan orang lain atau jejaskan orang lain. ini gambar aku dan suka hati aku untuk mempamerkan kesukaan aku.

memang dah terdidik dari dulu, aku sukakan kekemasan, kecantikan...ayah aku antara orang yang pentingkan kecantikan dan kekemasan, anak dicorak berdasarkan peribadi orang tuanya. aku antara orang yang takut gemuk. jangan terlalu kurus, biar sederhana dan sihat.

21 Dec 13 : Celebrate my sista birthday & brother for brilliant PMR result
12 Dec 13 : Last Presentation the day with talk by Neelofa
  
26 Nov 13 : before the Majlis Anugerah Dekan for Semester 3
konon nak macam En. Norashidin pandai shoot picture
Inilah hasil picture yang telah di shoot.
Sebenarnya aku dah mula minat warna kuning sejak 2011

Warna purple pun cantik juga actually..
aku sedang belajar untuk bertudung dengan cara sopan dan sedikit labuh.
Insya Allah,, 

Exam, please be nice

ANNOUNCEMENT! FACE your BOOK and study.

dah banyak masa berlalu, semester baru yang bermula dari September 2013 hingga ke Januari 2014. sedar tak sedar Alhamdulilah dah hampir penghujung sem 4 dan aku dah lalui banyak hal untuk ke peringkat ini.  terimakasih pada parents and family, lecturers and friends for help in academic and in face the reality of life.

teruknya kerana semester 4 ni aku banyak leka & tak serius dalam academic, tau tau je dah nak final.. alhamdulilah juga last minit aku dapat apply duduk hostel jadi dapatlah aku lebih fokus belajar Insya Allah.

semester yang banyak berdikari sebab lecturer dah mula 'bagi sudu untuk kita makan sendiri", dah tak ada istilah "semua lecturer suap untuk students".

orang seperti aku tak suka penyesalan, sebab yang lalu tak boleh di undur.. masa yang aku bazirkan sebelum ni dan ambil ringan tentang pelajaran, tak guna untuk aku kesalkan melainkan ambil iktibar dan jadikan pengajaran.

jangan give up. just try to follow the time appropriately. sebenarnya aku rasa berdebar & gementar juga dengan exam kali ni..banyak subjek dah tukar format exam yang baru..lain pula dengan assessment mark aku yang aku sendiri tak tau macam mana performance aku.  aku masih lagi berusaha dan berusaha untuk perform dengan lebih baik di final exam ini..

azam aku dalam pendidikan ini untuk menjadi salah seorang graduan ijazah dengan kelas pertama.  melihat senyuman gembira ibu bapa dengan kejayaan ini dah cukup membuat aku tersenyum bahagia untuk ibu bapa ku. aku nampak jelas sepasang raut wajah ibu bapa ku keriangan dengan Selempang Anugerah Naib Canselor yang tersarung di bahu aku waktu majlis convocation diploma level on December 2012.  siapa tak nak mengembira hati orang tua, Insya Allah aku akan usaha lagi untuk kebahagian orang tua ku.

yang ku harap, biarlah ilmu pinjaman Allah ini diberkati dan tidak menjadikan aku angkuh atau sombong, malah aku harap dengan ilmu ini dapat aku praktikan dan sebarkan kepada kawan-kawan. Berkat doa ibu bapa itu penting untuk aku berjaya, semoga Allah jua memakbulkan doa ibu bapa ku untuk aku berjaya lagi pada semester ini.

percayalah emak dan ayah, saya masih berusaha untuk pencapaian pada semester ke 4 ini. doakan anak mak dan ayah ini ya.

berbalik semula pada belajar, niatkan belajar ini sebagai salah satu ibadah yang dimana kita belajar kerana beribadah kepada Allah, Insya Allah dipermudahkan urusan.

jangan terlalu overconfident umu nadiah, biarlah kita bersederhana dahulu, Allah tahu yang mana layak untuk kita, teruskan usaha.

Friday, November 15, 2013

Tajuk : IM SORRY BUT I LOVE U

Dari Tajuk Pun dah Boleh Agak Ade Dua Hal Yg Kontra. Sorry & love u. Kesian En Buah Hati..baru Balik Keje...dah Ok Dah aku Tepon Tanye Kabar da Mkn Ke Blum...pung Pang Pung Pang Pas tu Aku Wat Dia Marah Pulak... Dok Bercerite Hal lepas...ungkit Itu ini..ape Pun Aku Tak Kisah..

Sebab Aku Amek Situasi Sesi marah Ni Sebagai Peluang Untuk Aku. Malam Ni Buah Hati Keje Lagi..12 Jam.. 630pm-630am.. Dia Baru Je Balik Keje..confirm Dia Nak Tdo Sbb malam ni keje Lg... kalau Dia Da Tido..sepanjang Hari Susah La Nk Dengar Suara Dia.. Banyak Kali Gak Tpon Time Dy Tdo..tp fkir Smla Mcm Kesian je Tdo N Rehat Dy Kite Kacau.

Ni Pagi2 Dah Kene Marah Panjang dgn dia seronok Jgak... Mcm Dpt Attention Dari Dia... Hihihi...

Itu Lah Dia.. im sorry Sebab wat Dy Marah pagi2 Balik Keje. But I Love U Sebab U Marah I & At The Same Time I Dpt Attention dari U.. & I Feel We Love Each Other. Tapi en Buah Hati Tak Tau Pun Kenape aku Blh Terbuat Macam Ni..sebab Tak Nak Dia Rase Serba Salah.. Dia X Salah Pon. Cume Kene Faham Situasi Pasangan Je. Dia Cuti Aku Kelas..aku Cuti Dia Keje.. Macam Tu La. But I Love U.

& Sbnarnye Aku tak Plan Pun Untuk Wat Dy Marah..aku Cume Nk Dgr Dy Ckp lame skit...hajat Aku Tercapai Tapi Dgn cara Yg X Sedap Lah.

Im Sorry Hubby..i love u.

Monday, September 16, 2013

SURPRISE FROM HIM

lalalala... dekat pukul 4 pagi ha, terpacak jejaka encem idaman hati di bawah appartment aku.. macam percaya tak percaya je... betulah ade kejutan dari abg don encem ni...  10 minit pas tu trus naik umah,,,golek golek dan golek,,tak dpat tdo jugak...sudahnya kul 6.00 - 6.30 je aku tdo... berlegar2 otak nk pikir ke mane nk bawak buah hati..buat surprise kan..kelam kabut aku dibuatnya..

tapi..he so sweet... we went SUNWAY PYRAMID.... berjalan di sana...
hehehehe...memandangkan mmg dah lama simpan hajat nk beli hp baru, dan duit YPJ pun dah masuk, teruslah beli hp.. lama kot menunggu hp baru.. en don tercinta tlong beli kn skali...

Thursday, September 5, 2013

completely success "cabut gigi"

credit to : KLINIK PERGIGIAN MASAI 
the best ever dental clinic services

the doctor give some briefing about the procedure, effects and the risks..then i stay outside the room..the sound is highly loud that i heard when first patient treated and clearer than rain sound outside..my turn,,my name was mentioned as the second patient and with clam i enter the operation room.

mula-mula di bius..pastu mulalah operasinya...dah tak boleh nak cerita panjang..kepala pun rasa tak ligat utk membuahkan isi-isi entri ni...sedang operate, doktor & assistant dia pun ketawa tengok aku..tiba-tiba bangun dan cakap "nak minum.." "awak nak minum ape? kumur-kumur je lah". nak kumur pun aku tak terdaya,,mulut ni dah kebas sgt..macam tak ade deria dan tak boleh kawal mulut dgn baik..comot cara aku kumur..

"sakit?" "rasa bibir macam nak terkoyak" -sebenarnya bibir kering kejap-
"gigi awak dah keluar" -tiba-tiba aku ni bangun pulak-
''awak nak ape? kenape'' -sebenarnya aku dgr mcm dia ckp 'sudah''bangun'

baring semula...jahit pulak...
ada certain time tu diorg tanya ''eh pengsan ke?''

30 minit masa yg diambil utk cabut wisdom tooth ni..
3 catridge bius aku terima..
aku pening sebenarnya, dan rasa mcm lost..ape yg lost pun aku tak tau..mamai..
diorang suruh aku baring je dulu sampai tak pening...15 minit aku baring kat tempat yg sama,,

diorg berbual dgn aku..aku bersuara kecik je.. sbb mulut kebas..separuh bibir bawah aku ni kebas...sampai ke telinga...apa pun dah selamat..ayah ada tunggu aku kat klinik...ok,,masih pening, nak tido..

#everything same with the video as previous entry#

Saturday, August 24, 2013

minor surgery wisdom tooth!!

seriously, aku ni gonjol..dah fobia dengan cabut gigi boleh plak pergi cari tahu pasal minor surgery gigi bongsu tu! owh...takot plak rase nieh lah weyhh..!

http://pajillnostra.blogspot.com/2011/01/gigi-bongsu.html
http://blogcikziera.blogspot.com/2012/09/pengalaman-pertama-kene-bedah-di-klinik.html

kesimpulannya, bius mmg 4 ke 6 kali,, bedah dalam 30 minit.. pendarahan 1 hari tak henti dan next day kurang,, pain killer kene standby byk2..pastu keje makan bubur je lah..

aku dah terasa mcm nak gile2 privacy pas cabut gigi nanti,,& tanpa warning aku nak pelempang terus je adik2 kat umah yang wat kacau time2 genting..ape yang aku nak semua orang diwajibkan penuhi kehendak aku..ceh melampau..! yelah,,mane tak nye,,doktor kata awak akan dpt MC 2-3 ari nanti,,hah tu dah jelas terbukti sakitnya teramat..ni lah first time aku akan di jahit...

aku tengah tunggu je ni call dri klinik utk appointment..arh!! peduli semua tu,,tak yah nak takut-takut sangat lah.. bencilah aku! tak nak aku tengok blog orang lagi pasal wisdom tooth ni..!

geraham bongsu yang mengada, mentang-mentanglah "BONGSU"

seperti yang aku dah jangkakan sebelum ni, tak mustahil aku ada masalah pertumbuhan gigi bongsu kemudian hari..dan harinya sudah tiba... geraham bongsu yang aku sangka memang betul-betul lambat keluar sepenuhnya rupa-rupanya salah,, penjelasan doktor gigi, tiada ruang rahang lagi untuk tempatkan geraham bongsu aku sebatang...barulah aku tahu tempoh untuk keluar sepenuhnya ialah 6 bulan, tapi keadaan aku average atau lebih dari setahun..

tak sangka, alhamdulilah aku dapat jaga dengan baik tanpa ada gigi berlubang di geraham yang selalunya dikaitkan dengan berlubang kerana mengumpul sisa makanan.. 

ye, memang betul procedure yang aku lalui, macam biasa kene ambil X ray untuk tengok keadaan susunan gigi dan tulang@akar gigi.. first time tengok, cantik gigi aku tersusun di imbasan X ray..

kos rawatan utk cabut geraham bongsu di swasta RM100-300, dengan kos yang tinggi ayah syorkan aku ambil rawatan di klinik kerajaan..mendapatkan penjelasan jelas dari doktor dan memang solution terbaik utk dicabut gigi itu kerana jika tak cabut, pengakhirannya gigi berlubang dan tetap kene cabut jugak!

kes macam ni tak lah begitu janggal berbanding kes geraham bongsu yang tumbuh secara "horizontal"..gigi aku tumbuh secara normal cuma masalah tiada ruang dan sebahagian gigi itu tertutup dengan gusi..untuk mencabutnya perlu X ray dulu dan I need of surgical treatment..kos di klinik kerajaan lingkungan RM15-RM50 mengikut tahap kesusahan gigi utk dicabut.

sebab-sebab kukuh untuk membuang gigi geraham bongsu:

- Pericoronitis [radang yang berkaitan dengan geraham bongsu]
- Komplikasi yang berkaitan dengan kerosakan gigi [tartar dan plaque]
- Periodontal [penyakit/jangkitan gusi]
- Kista (cysts) dan tumor yang berkaitan dengan geraham bongsu.
- Risiko set geraham dan gigi lain rosak dan kegagalan akar gigi untuk berfungsi dengan baik.
- Kesakitan yang kronik dan tidak selesa.
- Masalah gigi tidak sejajar.


ini keadaan gigi bongsu baru nak keluar

ini hard copy x ray gigi aku


 
keadaan gigi aku ialah "soft tissue vertical impaction"
gigi sudah mula tumbuh di permukaan tisu@gusi tapi tidak sepenuhnya.

memang dari kecik lagi aku ni takut sangat cabut gigi,, keluar bilik cabut gigi, aku menangis tak henti sampailah ke rumah,,naik motor dalam perjalanan balik ke rumah aku tak henti menangis. teringat dulu time ayah hantar ke klinik, ayah akan bagi duti syiling untuk aku beli air cincau gedegang (air tin dalam mesin) konon supaya aku leka takut cabut gigi. Sampailah ke hari ini, dah usia 22 tahun ayah masih belikan air tin utk aku sebelum jumpe doktor gigi,,

ape itu gigi bongsu? kenapa ia tumbuh? kenapa tidak sempurna? kesan-kesannya semua aku dah faham,, cuma sekarang aku nak research sikit macam mana surgeri tu dilakukan..ni semua dengan harapan aku lebih bersedia. 



mudah-mudahan semua berjalan dengan selamat sebelum dan selepas. Arggghhhh....takut,,tengok orang kene bius kat klinik tadi pun dah tak tahan..hurm...